Karamah Syaikh Daud Fathani
Antara kitab Tok Syaikh Daud bin `Abdullah al-Fathani rahimahullah yang dekat dengan hati kita di alam Melayu adalah "Munyatul Mushalli". Punya dekatnya sehingga ada ustaz yang berfikiran salahpi turut menggunakannya sebagai teks mengajar untuk mengelabui mata masyarakat. Kemudian ustaz ini akan memasukkan jarum - jarum salahpinya dengan menyalahkan atau memperlekehkan isi kandungan kitab ini dengan alasan "tidak selari dengan sunnah" atau "tiada nas" dan dan dan sebagainya. Mudah-mudahan Allah memberi petunjukNya kepada ustaz ini dan juga kita sekalian agar berpegang dengan ajaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar.
Berbalik kepada "Munyatul Mushalli", ianya membicarakan mengenai persoalan shalat yang diwajibkan ke atas kita. Nak tahu isi kandungannya yang terperinci, korang belilah sendiri baca dan pergi mengaji. Di sini, kawe nak share satu kisah yang berkaitan dengan penulisan karya ini. Diceritakan bahawa karya yang berkat ini disusun dan ditulis sendiri oleh Tok Syaikh Daud rahimahullah atas permintaan seorang raja. Maka Tok Syaikh rahimahullah pun mula menyusun karangannya ini berdasarkan ilmu yang ada dalam ingatan beliau semata-mata tanpa merujuk kepada mana-mana kitab. Melihat kepada hal tersebut, Sang Raja mula meragui kebolehan dan ilmu Tok Syaikh Daud rahimahullah. Namun keraguan tersebut segera hilang apabila pada satu ketika Sang Raja melihat Tok Syaikh Daud rahimahullah menulis kitab ini tanpa menggunakan lampu dan qalam. Ketika menulis di waktu malam, jari-jari Syaikh Daud rahimahullah akan mengeluarkan cahaya meneranginya dan jari telunjuknya pula digunakan sebagai qalam untuk menulis.
Inilah antara cerita karamah Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah yang diceritakan melalui lisan tok - tok guru kita rahimahumullah. Kisah karamah sebegini juga dinukilkan berlaku kepada ramai lagi ulama yang `amilin lagi mukhlisin seperti asy-Syaikhan, Imam an-Nawawi rahimahullah dan Imam ar-Rafi`i rahimahullah. Maka gemarkanlah diri kita hendaknya untuk mentelaah segala kitab turats peninggalan para ulama kita yang ikhlas. Insya-Allah, ilmu dapat, berkat dapat dan doa pengarangnya pun dapat.

2 ulasan:
Allahu Allah...
kitab yg nipis tp penuh barokah...tp ramai yg memandang lekeh
Mereka menulis dgn pimpinan ladunni...bukan akal apalagi sbg bahan menyohor dan bagga...krn itu kitab mrk kekal merentasi zaman...padat dgn petunjuk nurani...penuh barakah
Catat Ulasan