Pemanggul Akidah Haq
Syaikh Ali Jum'ah menegaskan bahawa pengikut mazhab al-Asyaa`irah adalah pemanggul aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sehingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Oleh itu janganlah kalian terpedaya dengan dakyah "Wahabi -Silapi" yang mengaku ikut al-Quran dan as-Sunnah dan malu dipanggil Wahabi, yang syok alim sehingga berpendapat sebaliknya. Semua orang boleh mendakwa ikut al-Quran dan as-Sunnah, namun dari kacamata siapa mereka memandangnya. Faqir lebih selesa memahami al-Quran dan as-Sunnah menerusi kacamata para ulama kita yang muktabar. Ketahuilah bahawa pengikut mazhab al-Asyaa`irah sejak dahulu lagi sehingga kini merupakan kumpulan majoriti umat Islam dan sesungguhnya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam berpesan agar kita mengikut as-sawaadul a'dzam (kelompok terbesar) daripada umat baginda. Sabda Baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam: "Sesungguhnya Allah tidak akan menghimpunkan umatku dalam kesesatan, ketika kamu melihat ikhtilaf (perselisihan dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu berpegang dengan as-sawaadul a'dzam (golongan yang terbesar)." Perselisihan yang disebut oleh Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah perselisihan yang membawa kepada kesesatan, yakni perselisihan dalam urusan pokok akidah yang menjadi teras iktikad, bukannya perselisihan dalam bab - bab furu` syariat. Oleh itu, jika mahu selamat daripada kesesatan ikutilah jalan Ahlis Sunnah wal Jama`ah, yakni al-Asyaa`irah dan al-Maturidiyyah, jauhi segala kumpulan serpihan walaupun namanya indah - indah dengan slogan kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sesungguhnya pengikut dan pendokong akidah ahlul haq, al-Asyaa`irah dan al-Maturidiyyah, tidak perlu "kembali" kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana sekali - kali mereka tidak pernah meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah. Yang perlu kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah puak - puak yang telah meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah, sehingga ada yang mentasybihkan Allah dengan makhluk. Amalan kita Ahlis Sunnah wal Jama`ah adalah tasbih dan bukannya tasybih, yakni kita mensucikan Allah dari sebarang penyerupaan dengan makhluk ciptaanNya dan sekali - kali tidak menyerupakan Allah dengan makhlukNya. SubhanaAllah wa bi hamdih.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan