ِِِِAshhaabul Badr

Adalah kami pada hari Badar berkongsi seekor unta 3 orang, dan adalah Sayyidina Abu Lubabah r.a. dan Sayyidina Ali bin Abu Talib r.a. menjadi rakan berkongsi unta dengan Junjungan Nabi s.a.w. Ketika sampai giliran untuk menunggang unta, mereka berdua berkata kepada Junjungan s.a.w.: "Wahai RasulAllah, biarlah kami berjalan dan engkau tetap naik." Baginda menjawab: "Kalian tidaklah lebih kuat daripadaku untuk berjalan dan tidaklah aku terkaya daripada memperolehi pahala."

Sungguh Ghazwah Badar amat signifikan dalam kehidupan seseorang individu muslim kerana inilah hari berlakunya penentuan sama ada Islam terus tetap berkembang atau berkubur. Junjungan s.a.w. sendiri dalam munajat baginda sebelum meletusnya perang tersebut menyatakan:-
اللهم أنشدك عهدك و وعدك، اللهم إن تهلك هذه العصابة لا تعبد في الأرض
Sungguh peristiwa ini mesti sentiasa lekat dalam fikiran dan sanubari kita. Kemenangan tentera Badar di bawah pimpinan Junjungan telah menjadi sebab bagi perkembangan pesat Islam ke seluruh alam sehingga ke rantau kita ini wajar diingat dengan penuh rasa syukur kepada Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah Ali Imran ayat 123:-
Ya Allah, aku mengharapkan janji-janjiMu. Ya Allah, jika sekiranya Engkau binasakan akan pasukan ini (yakni para pejuang Badar), nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُواْ اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan sungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).



Ikhwah, untuk penutup posting ini, aku nukil kalam Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rhm. dalam "Hadiiqatul Azhaar war Riyaahiin" bahawa:-
و قال صلى الله عليه و سلم أذكروا الصالحين يبارك عليكم.
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
و قال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة
Dan bersabda Nabi s.a.w.:- "Sebut oleh kamu akan segala orang yang sholihin nescaya diberi berkat atas kamu". Dan sabdanya juga:- "Tatkala menyebutkan segala orang yang sholihin itu turunlah rahmat."Mudah-mudahan keberkatan Ahli Badar terus mengalir kepada kita sekalian demi kemuliaan Penghulunya Ahli Badar, Junjungan Nabi s.a.w., moga dengan keberkatan tersebut kita akan bersemangat waja untuk mengamalkan dan menegakkan Islam dengan sebaiknya.
اللهم آمين .... الفاتحة إلى حضرة النبي و الى ارواح اصحاب البدر الكرام
6 ulasan:
Mlm Nuzul Al-Quran baru2 ni, Syeikh Fuad mengadakan majlis Nuzul Al_Quran dan Majlis Memperingati Ahli Badar. Dibacakan kisah2 sebelum dan sewaktu perang Badar juga dibacakan nama2 semua Ahli Badar dan bertawassul dgn ahli Badar. Alhamdulillah, inilah kali pertama saya menghadiri majlis barokah sebegini. Saya rasa belum pernah lagi saya dengar majlis memperingati badar al-kubra ini dibacakan nama2 ahli badar di negara kita ni. Wallahulam.
Juga diriwayatkan inilah satu-satu perang yg perang yg disertai oleh Jibril AS, Mikail AS dll. Selain dari perang tersebut, malaikat2 hanya mendoakannya. Juga diriwayatkan amat lama sekali Sayyidina Wa Maulana Rasulillah bermunajat sewaktu para sahabat telah bertolak ke medan peperangan. Dlm keadaan bersujud, baginda bermunajat dgn menyebut Ya Hayyum Ya Qayyum sehingga Sayyidina Abu Bakar pergi menjenguk keadaan di medan peperangan beberapa kali baginda masih dlm keadaan bersujud. Sesudah itu barulah baginda mempersiapkan pakai perang Baginda dan dengan malaikat Jibril AS dihadapan (berserban) dan malaikat Mikail dikanan Baginda dan seorang malaikat lagi dikiri baginda (maaf terlupa pulak namanya).
Juga di malam itu dibacakan qasidah agar kita sentiasa mengingati kota madinah. Sebak rasa hatiku dan tanpa ku sedar airmataku mengalir deras.
Allahuma Solli 'Ala Sayyidina Wa Habibina Wa Maulana Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad.
Insya-Allah, pasti ada keberkatannya Tuan Ajichop.
Mudah-mudahan dapat dikembangkan majlis dzikra ash-sholihin ini ke seluruh pelusuk negara.
syaikh,
maaf, lari dari tajuk.
mohon pandangan syaikh berhubung doa berbuka puasa.
Status hadis do'a "Allahumma laka Sumtu" yang biasa di baca itu, dikatakan ulama' hadith mengatakan bahawa hadith tersebut lemah (Dhaef) berbanding doa "zahaba dzoma' wabtalatil uruk". Adakah ini benar?
Pun begitu, lafaz doa "Allahumma laka Sumtu" tu dikatakan membawa maksud yang baik dan boleh diamalkan.
dan dikatakan yang lebih baik sebelum bebuka baca Bismillah... kemudian Allahummalakasumtu... kemudian makan rutob, kemudian minum seteguk air kemudian baca Zahaba zzuma'....
Mohon pandangan syeikh.
Jazakallah
Hadits "dzahaba" itu berdarjat hasan dikeluarkan antaranya oleh Imam Abu Daud dan Imam Nasa-i.
Hadits "...laka shumtu" pula diriwayatkan oleh Imam Abu Daud daripada Mu`adz bin Zuhrah dan dihukum mursal kerana Mu`adz adalah seorang tabi`in dan bukan sahabi. Di sinilah letak kelemahan sanadnya. Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa hadits ini turut diriwayatkan oleh Imam Daraquthni dan Imam ath-Thobarani dengan sanad yang bersambung dengan Junjungan Nabi s.a.w. tetapi dhoif, walaupun begitu IANYA ADALAH HUJJAH PADA TEMPAT INI (YAKNI UNTUK FADHOILUL A'MAAL). Tuan boleh rujuk kitab al-Futuhaat ar-Rabbaniyyah karangan Syaikh Ibnu 'Illan ash-Shiddiqi, juzuk 4, mukasurat 339 - 341.
Maka tidaklah ada masalah untuk mengamalkan kedua-dua doa tersebut di sisi para ulama kita termasuklah Amirul Mu'minin fil Hadits Syaikhul Islam Ibnu Hajar tadi.
Cara yang diamalkan tuan molek sudah. Allahu a'laam
Syukran.
Salamun 'alaikum,
can you pls advise where I can purchase or download the book, "Saifu-n Nasr" of Sayyid Ibrahim b. Idris al-Sanusi?
jazaka-Llahu khairan.
Catat Ulasan