Khamis, Jun 29, 2006
Selasa, Jun 27, 2006
Nabi Khidhir 2
- First question:- Is Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious scholars reject his being alive ?
- Answer:- He is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has the second. It is because of this that those scholars have doubted his being alive.
- ....The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the 'station of Khadr'. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi'uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kalian, nak terima sila, nak tolak gasak kome le, kan Syaikh an-Nursi tak maksum, sama jugak macam Syaikh Qardhawi dan Dr. Solah al-Khalidi. Tergelak den bila tengok hujah geng Ahkam, syabas kepada THTL, alitantawi & Zain Y.S. Typical hujjah geng Ahkam bila tersandat .... ulama tak maksum ....... ulama bias ........ macamlah depa kat Ahkam Online maksum, tak bias ....... lagi sekali gua cakap sama lu:-
TUAN HASAN TUAN LAH,
ZAIN Y. S
TUAN HASAN PIIIIIRAAAAAH.
ZAIN SSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Syarah Muslim - Fadhail al-Khidhir s.a.w.
Buat masa ini, malas aku nak komen panjang terhadap tuduhan dan tohmahan budak-budak kat forum al-Ahkam especially buat yang dikasihi THTL yang kononnya aku anti sunnah sebab anti wahhabi lalu anti salafi lalu anti sunnah. Inilah dakyah geng puak tu, mudahnya disinonimkan salafi gadungan puak depa dengan kaum salafus saleh terdahulu. Muka tak malu mengaku salaf. Kalau kat Pulau Jawa, istilah Salafi digunakan untuk penyokong Ahlus Sunnah wal Jamaah yang bermazhab, bukan salafi gadungan macam THTL. Buat THTL komen aku buat masa ini:-
Jangan marah, karang cepat mampus tak sempat pulak jadi imam mujtahid.
Isnin, Jun 26, 2006
Karamah Sidi Ahmad ar-Rifa`ie
- fi haalatil bu'di ruuhiy kuntu ursiluha; tuqabbilul ardha 'anniy wa hiya naa-ibatiy
- wa hadzihi dawlatul asybaahi qad hadharat; faamdud yamiinaka kay tahdhza biha syafatiy.
- Dari kejauhan kukirimkan ruhku, untuk mengucup bumi ini (maqam Junjungan s.a.w)sebagai ganti diriku;
- Dan sekarang giliran jasad telah pun tiba, maka hulurkanlah tangan kananmu supaya dapat dikucup oleh bibirku.
Diriwayatkan bahawa keluar tangan Junjungan s.a.w. dari maqam baginda yang mulia dan diciumnya oleh Sidi Ahmad ar-Rifa`ie dengan disaksikan oleh ribuan manusia yang berada di situ termasuklah Sidi 'Abdul Qadir al-Jilani r.a.
Begitulah kisahnya, pelik ? Apa pulak peliknya, semua hal ini termasuk dalam perkara mumkin dalam qudrah dan iradah Allah s.w.t. Geng anak Pak Wahhab mungkin keberatan nak terima kisah ini, sebab mereka tak mengaji sifat 20. Kisah ini aku nukil dari kitab-kitab yang dipegang oleh ulama kita, antaranya kitab "Tanwirul Qulub" karangan Syaikh Muhammad Amin al-Kurdi al-Irbili asy-Syafi`i an-Naqsyabandi. Pada mukasurat 79, Syaikh Amin al-Kurdi menyatakan bahawa kisah ini adalah mutawatir dengan disaksikan ramai orang dan 'arifin. Jadi kepada penyokong dan pendokong Wahhabi, kome pegang saja pegangan kamu, dan biar aku pegang ngan Sidi Amin dengan damai.
Al-fatihah lin Nabiyil Karim wa aalihil kiram wa ashhabihil 'idhzam
wa li jami`il awliya-il-kaun wal muslimina ajmain
Khamis, Jun 22, 2006
Nabi Khidhir a.s. - 1
- JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir) hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma'rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma'rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu 'Umar bin ash-Sholah: "Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini". Dia juga berkata: "Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan pulak mudah sangat men'claim' telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam bermu'amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal 'Abidin di mana dia berpesan : "Anggaplah setiap orang yang engkau temui itu Nabi Khidhir". Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk membaikkan budipekerti serta baik mu'amalah dan mujammalah sesama anak Adam. Allahu 'alam.
Isnin, Jun 19, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 17
- (Dan telah ditanyai) akan orang yang mudah-mudahan Allah memanfaatkan dengannya (yakni Syaikh Ibnu Hajar rhm.) mengenai hadis "Seawal-awal yang diciptakan Allah adalah ruhku dan alam keseluruhannya dicipta daripada nurku, setiap sesuatu kembali kepada asalnya", siapakah perawinya ?
- (Maka dijawab) dengan perkataannya:- "Aku tidak mengetahui sesiapa yang meriwayatkannya sedemikian. Dan bahawasanya yang diriwayatkan dia 'Abdur Razzaq adalah bahawasanya Junjungan s.a.w. bersabda bahawa Allah telah mencipta nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya."
- ....Dan diriwayatkan 'Abdur Razzaq dengan sanadnya bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya Allah telah mencipta Nur Muhammad sebelum segala sesuatu daripada nurNya (yakni nur yang dimiliki Allah) lalu dijadikan nur tersebut berputar dengan qudrahNya mengikut kehendak Allah dan belumlah ada pada waktu tersebut loh dan tidak ada qalam", al-hadis dengan panjangnya (yakni hadis ini ada lagi sambungannya yang panjang.............Maka diketahui bahawasanya seawal-awal sesuatu yang dijadikan secara ithlaq ialah an-Nur al-Muhammadiy, kemudian air, kemudian arsy, kemudian qalam..........
Juga dalam mukhtasar beliau bagi kitab mawlidnya 'an-Ni'matul Kubra 'alal 'alam bi mawlidi Sayyidi Waladi Adam", beliau menyatakan:-
- Ketahuilah bahawa Allah ta`ala telah memuliakan nabiNya s.a.w. dengan terdahulu/terawal nubuwwah baginda pada azali lagi. Dan yang sedemikian itu adalah kerana apabila Allah ta`ala berkehendak untuk mewujudkan makhluk, diwujudkanNya (yakni diciptakanNya) al-Haqiqatul Muhammadiyyah dari semata-mata nur sebelum wujud apa-apa ciptaan dari segala makhluk, kemudian diambil daripadanya sekalian alam....
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Jumaat, Jun 16, 2006
Manfaat bagi si mati
- Telah disebut oleh asy-Syaikh al-'Adawi rhm. dalam "Masyaariqul Anwaar" bahawasanya:- "Telah sepakat atas sampainya (pahala) sedekah kepada si mati. Tidak ada bezanya sama ada sedekah tersebut dilakukan jauh dari kubur si mati atau dekat. Dan demikian jugalah pada doa dan istighfar." Dan telah berkata al-Imam al-Qurthubi bahawa telah ijma` sekalian ulama atas sampainya (pahala) sedekah kepada orang-orang mati, dan demikian pula perkataannya pada bacaan al-Quran, doa dan istighfar yang dikuatkannya dengan hadis: " Dan setiap ma'ruf itu adalah sedekah". Demikian lagi dikuatkannya dengan hadis Junjungan s.a.w.: " Orang mati itu di dalam kuburnya seperti orang lemas yang meminta-minta pertolongan. Dia menunggu doa berhubungan dengannya daripada saudaranya atau sahabatnya, maka mendapat doa tersebut adalah lebih baik baginya dari dunia seisinya." Dan juga dalil atas sampainya pahala tadi ialah hadis Junjungan s.a.w.: "Sesiapa yang melalui perkuburan lalu membaca Suratul Ikhlash 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada orang-orang mati, dikurniakan pahala baginya sebanyak bilangan orang-orang mati tersebut." Adalah al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata:- "Apabila kamu memasuki kawasan perkuburan, maka kamu bacalah al-Fatihah dan al-Mu`awwidzatain dan Suratul Ikhlash dan kamu jadikanlah pahala yang sedemikian itu buat ahli kubur tersebut, maka bahawasanya pahala tersebut sampai kepada mereka."
Tok Syaikh Daud al-Fathani pula dalam "Bughyatuth Thullab" juzuk 2 mukasurat 33 menulis:-
- (Faedah) Telah datang daripada salaf bahawasanya barangsiapa membaca surah Qul Huwa Allahu Ahad sebelas kali dan dihadiahkan pahalanya bagi ahli kubur , diampun Allah ta`ala dosanya dengan sebilang-bilang orang yang mati di dalam kubur itu dan riwayat yang lain diberi akan dia pahala sebilang orang yang mati padanya.
Meh ramai-ramai hadiahkan pahala bacaan-bacaan tersebut untuk orang-orang Islam yang telah wafat. Mudah-mudahan bermanfaat buat kita dan mereka.....al-Fatihah.
Selasa, Jun 06, 2006
Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi
- Beliau (yakni Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi) dilahirkan pada 15 April 1911 bersamaan 12 Rabi`ul Akhir 1328 di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.
- Syeikh Sya'rawi adalah merupakan Sayyidul 'Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah s.w.t.
- Sahabat akrabnya pernah mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang tahajjud kepada Allah s.w.t.
- Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 c kerana memuliakan tempat tersebut. Maha Besar Allah s.w.t. sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasaannya bertawaf sebanyak 7 kali. Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat terik beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali.
- Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih daripada anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah s.a.w. terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan berselawat kepadanya. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi s.a.w.
- Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Masjid Sayyidina Husain r.a. dan sentiasa menziarahi maqam Sayyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Sayyidina Husain r.a.
- Kesufiannya juga amat tinggi...Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud.
- Beliau telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna.
- Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus di kampung beliau.
- Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta junaih (lebih kurang 73 juta dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 junaih (lebih kurang 146,000 dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.
- Sebelum Syeikh Sya'rawi meninggal dunia, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk bernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematiannya, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Husain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gembira dengan kedatanganmu." Kemudiannya beliau melafazkan ucapan hamdallah lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
- Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasar wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pecinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Allahu Akbar, inilah orang yang disyirikkan oleh Wak Rasul Dahri. Sudahlah Wak, jangan jadi wak-wak. Tobat Wak, kembalilah ke jalan yang benar, jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Mari ikhwah kita baca al-Fatihah untuk Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi dan kita doakan agar Allah beri hidayah dan taufiq kepada umat ini ke arah jalan yang benar, Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Nur Muhammad s.a.w. 16
- Telah warid dalam hadis: "Bahawa Jabir bin 'Abdullah r.a. telah bertanya kepada Junjungan Rasulullah s.a.w.: "Apa yang awal-awal diciptakan Allah ?", lalu Junjungan bersabda:"Nur nabimu, wahai Jabir." Bagaimana disesuaikan/diselarikan hadis ini dengan bahawa seawal makhluk itu Adam dan dia daripada tanah ?
Antara jawapan Syaikh Mutawalli:-
- Daripada kesempurnaan yang mutlak dan dari segi tabi`ienya, bahawa Allah memulakan penciptaan dengan menciptakan makhluk yang tinggi, kemudian diambil daripadanya akan yang rendah. Tidaklah masuk akal, bahawa diciptakan bahan baku materi / material / unsur tanah (al-maadah ath-thiniyyah) dahulu kemudian baru Dia mencipta daripadanya Muhammad, kerana sesungguhnya insan yang paling tinggi adalah para rasul, dan yang tertinggi daripada mereka adalah Muhammad bin 'Abdullah.
- Oleh itu, tidak sah (dikatakan) bahawa diciptakan unsur materi kemudian diciptakan daripadanya Muhammad. Tak dapat tiada bahawa jadilah an-Nur al-Muhammadiy itulah yang wujud dahulu, dan daripada an-Nur al-Muhammadiy timbulnya segala sesuatu, dan jadilah hadis Jabir itu benar......
Jelas daripada jawapan tersebut Syaikh Mutawalli asy-Sya'raawi termasuk ulama yang menerima kebenaran hadis Jabir r.a. Sebenarnya sandaran untuk konsep Nur Muhammad ini bukanlah hanya pada hadis Jabir ini sahaja, tetapi ada lagi hadis-hadis yang dijadikan sandaran. Silalah tuan-tuan rujuk segala kitab karangan ulama kita. Bahkan, jika ada pun yang menolak tsabitnya hadis Jabir, maka tidak bermakna mereka juga menolak konsep Nur Muhammad. Oleh itu selayaknya kita menghormati perbezaan pendapat dengan lapang dada tanpa saling tuduh - menuduh, kerana jari yang kau tuding itu mungkin mencucuk mata para ulama yang kita disuruh memuliakan mereka.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.
Isnin, Jun 05, 2006
KHM Syafi`i Hadzami
Ahad, Jun 04, 2006
100 tahun Mawlid Habsyi
"Simthud-Durar fi akhbar Mawlid Khairil Basyar min akhlaqi wa awshaafi wa siyar" atau singkatannya "Simthud-Durar" adalah karangan mawlid Junjungan yang disusun oleh Habib Ali bin Muhammad bin Husain al-Habsyi (1259 - 1333H / 1839 - 1913M). Mawlid yang juga terkenal dengan panggilan "Mawlid Habsyi" ini telah diimla'kan oleh Habib Ali tatkala beliau berusia 68 tahun dalam beberapa majlis bermula pada hari Khamis 26 Shafar al-khair 1327 dan disempurnakan 10 Rabi`ul Awwal tahun tersebut dan dibacakan secara rasminya di rumah murid beliau Habib 'Umar bin Hamid as-Saqqaf pada malam Sabtu tanggal 12 Rabi`ul Awwal.
Habib Thoha bin Hasan bin Abdur Rahman as-Saqqaf dalam "Fuyudhotul Bahril Maliy" menukil kata-kata Habib 'Ali berhubung karangannya tersebut seperti berikut:-
- " Jika seseorang menjadikan kitab mawlidku ini sebagai salah satu wiridnya atau menghafalnya, maka sir Junjungan al-Habib s.a.w. akan nampak pada dirinya. Aku mengarangnya dan mengimla`kannya, namun setiap kali kitab itu dibacakan kepadaku, dibukakan bagiku pintu untuk berhubungan dengan Junjungan Nabi s.a.w....."
Habib Novel bin Muhammad al-'Aydrus menceritakan bahawa antara keistimewaan "Simthud Durar" ialah seseorang yang mempelajarinya akan cepat menghafal al-Quran. Perkara ini beberapa kali berlaku pada murid-murid yang diasuh oleh Habib Husain Mulakhela, di mana sebelum menghafal al-Quran mereka disuruh membaca dan menghafal "Simthud Durar" dan ternyata hasilnya murid-murid tersebut lebih cepat menghafal al-Quran. Habib Husain Mulakhela sendiri mengalami hal sedemikian. Ketika diawal menuntut ilmu bahasa 'Arab, gurunya, Habib Hadi Jawas telah menyuruhnya untuk terlebih dahulu mempelajari "Simthud Durar". Setelah dipelajari dengan tekun, barulah diketahuinya bahawa "Simthud-Durar" menghimpun semua wazan / pola kata / tata kata dalam bahasa 'Arab, sehingga dia menjadi mudah untuk menguasai ilmu nahu dan sharaf.
Jumaat, Jun 02, 2006
Nur Muhammad s.a.w. 15
- ......Telah sampai kepada kami dalam hadits-hadits yang masyhur, bahawa sesuatu yang mula pertama dicipta Allah ialah nur yang tersimpan dalam pribadi ini (yakni Junjungan Nabi s.a.w.). Maka nur insan tercinta inilah makhluk pertama muncul di alam semesta, daripadanya bercabang seluruh wujud ini, ciptaan demi ciptaan, yang baru datangnya ataupun yang sebelumnya (yang yang terlebih dahulu datangnya dari yang kemudian).
- Sebagaimana diriwayatkan Abdur Razzaaq dengan sanadnya sampai kepada Jaabir bin 'Abdullah al-Anshaari (semoga ridha Allah atas keduanya): "Bahawasanya ia pernah bertanya: "Demi ayah dan ibuku, ya Rasulullah, Beritahukanlah kepadaku tentang suatu yang dicipta Allah sebelum segalanya yang lain (yakni sebelum segala makhluk yang lain). Jawab baginda: "Wahai Jabir, sesungguhnya Allah telah menciptakan nur nabimu Muhammad s.a.w. dari nurNya sebelum sesuatu yang lain."
Ikhwah, jika dikatakan bahawa Allah menciptakan nur Muhammad ini daripada nurNya, maka yang dimaksudkan di sini adalah nur yang menjadi milik Allah, bukannya sebahagian daripada zat Allah yang Maha Suci dan Maha Esa daripada berjuzuk-juzuk dan berpisah-pisah. Inilah yang dikatakan idhafah tasyrifiyyah iaitu suatu sandaran untuk memuliakan sesuatu. Sama seperti kita sandarkan bait (rumah) kepada Allah seperti BaitUllah (rumah Allah) atau ka'baatUllah (ka'bah Allah) dan sebagainya. Sebahagian golongan tersesat kerana beranggapan bahawa nur Muhammad ini asalnya adalah sebahagian dari zat Allah kerana beranggapan bahawa nur itu adalah sebahagian daripada zat Allah. Ini menjadikan pegangan mereka seumpama pegangan nasrani terhadap ketuhanan Nabi Isa a.s. Jelas ini bukanlah pegangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Kita berpegang bahawa Nur Muhammad ini adalah makhluk yang diciptakan Allah dan tidak lebih daripada itu walau betapa hebat dan agungnya ciptaan ini.
Allahumma sholli wa sallim 'ala Nuril Anwar.