Sabtu, Januari 31, 2009

Hidup Erdogan !

Satu masa dahulu, bangsa Turki telah menunjukkan keberanian mereka dengan menjadi jaguh umat Islam. Mereka membina empayar besar, Daulah atau Khilafah `Uthmaniyyah, yang berdiri ratusan tahun lamanya, menjulang panji-panji Islam. Adakah kemungkinan bangsa yang pernah menjadi jaguh Islam ini, kembali menjadi jaguh Islam. Berita hari ini menyebut bahawa Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, telah bertindak keluar meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos, Switzerland, setelah tidak diberi peluang bercakap mengenai keganasan Tel Aviv di Gaza. Beliau sempat menempelak terroris Shimon Peres atas kekejaman yang telah dilakukan oleh Tel Aviv.

Jasa-jasa Khilafah 'Uthmaniyyah dan bangsa Turki dalam mempertahankan kedaulatan Islam bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lupakan. Mereka telah mengharumkan nama Islam satu ketika dahulu. Di tangan merekalah Kota Constantinople berjaya dibuka dan dimerdekakan. Maka berubahlah ia menjadi Kota Islam (Istanbul) yang sebelumnya merupakan pusat Kristian dan kemegahan Empayar Roma Timur (East Byzantine). Junjungan Nabi s.a.w. telah memuji pembuka kota Contantinople tersebut dan bala tenteranya dalam sabdaan Junjungan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam al-Hakim, Imam ath-Thabrani dan Imam Ahmad yang berbunyi:-
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير أميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش

Sesungguhnya akan dibuka (yakni untuk Islam) Kota Constantinople, dan sebaik-baik raja adalah rajanya (yakni yang membukanya) dan sebaik-baik tentera adalah tentera tersebut (yakni tentera yang berjaya membuka kota tersebut).
Maka jatuhlah pujian Junjungan Nabi s.a.w. kepada Sultan Muhammad ke-II yang terkenal dengan gelaran Abul Khairat Muhammad al-Fatih, sultan Khilafah 'Uthmaniyyah yang ke-7. Insya-Allah wa bi `awnihi, moga Allah beri kelapangan untuk kita tulis nanti berhubung hadits tersebut dan Sultan Muhammad al-Fatih rhm. Namun, sudah menjadi resam dunia, tiada yang kekal, khilafah tersebut akhirnya musnah. Mudah-mudahan tidak semuanya hilang, mudah-mudahan semangat dan keberanian tentera-tentera al-Fatih untuk berjuang menegakkan Islam masih wujud dalam jiwa anak cucu, pewaris dan bangsa mereka. Moga Allah memberikan tawfiqNya, hidayahNya dan inayahNya kepada mereka dan sekalian umat ini untuk bangun semula mendaulatkan Islam.

**************************************************

video

Rabu, Januari 28, 2009

Ceramah Habib 'Umar

Dalam ceramahnya ini, al-Habib memperingatkan kita kepada sejarah kemasukan Islam di rantau kita. Di mana bangsa kita telah diberi kemuliaan dengan menerima syahadah daripada keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dan para pencinta mereka. Bangsa kita juga telah menerima dan mengamalkan 'aqidah dan manhaj usul yang shohih iaitu Ahlus Sunnah wal Jama` ah yang dipelopori oleh Imam Abul Hasan 'Ali al-Asy`ari yang menjadi ikutan majoriti umat Islam baik kalangan awam maupun para ulamanya. Dalam furu` fiqh pula, bangsa kita telah menerima dan mengamalkan mazhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i. Allahu ... Allah, besar sungguh ni'mat yang telah anugerahkan ke atas bangsa kita ini. Kenapa sekarang timbul pulak usaha hendak mengganggu gugat pegangan bangsa kita dengan berbagai fahaman yang kesannya hanya menimbulkan perpecahan dan memporak-perandakan masyarakat.

Selain itu, Habib 'Umar juga menceritakan kisah mimpi Imam Abul Hasan 'Ali asy-Syadzili mengenai ketinggian maqam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali. Kome dengolah dengan tenang ye, percaya ke idak, terpulanglah, jangan kutuk-kutuk, tak baik tau. Selamat mendengar.


video

Selasa, Januari 27, 2009

Pakai Tasbih - NU

Berdzikir Memakai Tasbih

Ada beberapa amalan berupa dzikir atau shalawat yang ditentukan bilangannya. Seperti sehabis shalat wajib disunnahkan membaca "Subhanallah" sebanyak 33 kali. "Alhamdulillah" 33 kali, "Allahu akbar" 33 kali dan "La Ilaha illallah" 100 kali. Demikian pula membaca shalawat nariyah 4444 kali.

Untuk mencapai bilangan itu, biasanya orang-orang memakai tasbih. Ada yang mengklaim bahwa penggunaan tasbih itu adalah bid’ah, sebab tidak ada pada zaman Rasulullah SAW. Lalu bagaimana sebetulnya?

Tasbih dalam bahasa Arab disebut dengan as-subhah atau al-misbahah. Yaitu untaian mutiara atau manik-manik dengan benang yang biasa digunakan untuk menghitung jumlah tasbih (bacaan Subhanallah), doa dan shalawat. Dan ternyata pada masa Rasulullah pemakaian tasbih ini sudah dilaksanakan. Dalam sebuah hadits dijelaskan:
“Diriwayatkan dari Aisyah binti Sa’d bin Abi Waqash dari ayahnya bahwa dia bersama Rasulullah SAW pernah masuk ke rumah seorang perempuan. Perempuan itu memegang biji-bijian atau krikil yang digunakan untuk menghitung bacaan tasbih. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُعَلَيْكِ مِنْ هَذَا أوْ أفْضَلُ فَقَالَ قُوْلِيْ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَاخُلَقَ فِي السَّمَاءِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَاخُلِقَ فِي الأرْضِ، سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَابَيْنَ ذَلِكَ، سُبْحَانَ الله عَدَدَ مَاهُوَ خَالِقٌ، وَاللهُ أكْبَرُمِثْلَ ذَلِكَ‘وَالْحَمْد ُلِلّهِ مِثْلُ ذَلِكَ، وَلَاإلهَ إلَّااللهُ مِثْلَ ذَلِكَ‘وَلَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ إلاَّباِللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ مَثْلُ ذَلِكَ

Aku akan memberitahu dirimu hal-hal yang lebih mudah kamu kerjakan atau lebih utama dari menggunakan kerikil ini. Bacalah “Maha Suci Allah” sebanyak bilangan makhluk langit, “Maha Suci Allah” sebanyak hitungan makhluk bumi, “Maha Suci Allah” sebilangan makhluk antara langit dan bumi, “Maha Suci Allah” sebagai Sang Khaliq. “Segala Puji Bagi Allah” seperti itu pula (bilangannya), “Tiada Tuhan Selain Allah” seperti itu pula, ”Allah Maha Besar” seperti itu pula, dan ”Tidak Ada Upaya dan Kekuatan Selain dari Allah” seperti itu pula." (HR Tirmidzi).
Mengkomentari hadits ini Abi al-Hasanat Abdul Hayyi bin Muhammad Abdul Halim al-Luknawi dalam Nuzhah al-Fikri fi Sabhah ad-Dzikr mengatakan, Rasulullah SAW tidak mengingkari apa yang dilakukan wanita itu. Hanya saja beliau bermaksud untuk memudahkan dan meringankan wanita itu serta memberi tuntutan bacaan yang umum dalam tasbih yang memiliki keutamaan yang besar.

Bertolak dari pendapat ini, kami bisa memahami bahwa para sahabat sudah biasa menggunakan biji-bijian atau kerikil untuk mempermudah di dalam menghitung dzikir-dzikir yang dibaca sehari-hari. Dan hal itu ternyata tidak pernah dipungkiri oleh Rasulullah SAW.

Ini membuktikan bahwa Nabi mengamini (setuju) terhadap apa yang dilakukan oleh para Sahabat itu. Oleh sebab itu, memakai tasbih dalam berdzikir bukannya bid’ah dhalalah (hal baru yang menyesatkan) sebagaimana yang diklaim oleh beberapa orang selama ini. Sebab jika memang menggunakan tasbih itu termasuk hal-hal yang menyesatkan niscaya sejak awal Rasul sudah melarang para sahabat untuk memakainya.


KH Muhyiddin Abdushomad
Pengasuh Pondok Pesantren Nurul Islam, Ketua PCNU Jember

************************************************************************

Membuat Biji Tasbih

video

Sabtu, Januari 24, 2009

Sholat Sunnat Kusuf

Isnin ni (26 Januari 2009) kira-kira jam 4.30 petang (lepas asar) akan berlaku gerhana annular matahari. Maka jangan lupa menunaikan sholat sunnat gerhana matahari (kusuf). Kalau ada semejid yang mengadakan secara berjemaah eloklah pi, sebab sholat ini kalu ikut hukum lam mazhab ianya dikategorikan sebagai sunnat muakkad yang makruh ditinggalkan tanpa uzur. Sesiapa yang tak berkelapangan untuk menunaikannya di masjid dengan berjemaah, bolehlah sembahyang sendiri mengikut mana-mana kaifiat yang dikehendaki. Sekurang-kurangnya sholat sahaja dua rakaat sebagaimana sholat - sholat sunnat yang biasa, tanpa penambahan qiyam dan ruku`. Buat jangan tak buat, karang menyesal tak sudah. Ingatlah Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-

إِنَّ الشَّمْسَ وَ الْقَمَرَ آيَتاَنِ مِنْ آياَتِ اللهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَ لاَ لِحَياَتِهِ،

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوْا الله َ وَ كَبِّرُوْا وَ صَلُّوْا وَ تَصَدَّقُوْا.

"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Terjadinya gerhana bukanlah kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya. Apabila kamu menyaksikan gerhana, maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah membesarkan Allah, bersholatlah dan bersedekahlah."

Rabu, Januari 07, 2009

Boikot !!!!!!!!!


Mari kita jayakan program boikot dengan niat membantu saudara-saudara kita yang dizalimi. Sungguh bagi penjenayah - penjenayah tersebut, nyawa saudara-saudara kita tiada harga. Sebelumnya datuk nenek mereka telah membunuh ramai nabi dan rasul daripada kalangan mereka sendiri. Moga Allah bersihkan bumi ini daripada kezaliman mereka.

******************

يا قوي يا متين
إكف شر الظالمين


video

Selasa, Januari 06, 2009

Hunuskan Pedang Malam

Tak dapat kutahan air mata
Biar hatiku sekeras batu bata
Tak tertahan air mata
Terbujur kaku kanak-kanak ahli syurga
Kenapa pembunuh mereka begitu tega
Dibunuh kejam mereka
Apa dosa mereka
Sungguh tiada dosa pada mereka
Hanya bangsat dan binatang yang tega
Bangsat yang mengaku manusia
Syaithan berupa manusia

Ayuh wahai ikhwan wahai saudara
Bangkit malam merintih pada Yang Esa
Dia Maha Berkuasa
Maha Bijaksana
Dia segala-galanya
Sandaran kita semua
Tiada daya upaya kita
Selain bantuan Dia

Hunuskan pedang malam kita
Biar setumpul mana
Jangan putus asa
Atas kita ikhtiar usaha
Atas Dia kabulnya
Sungguh satu ketika
PintuNya pasti dibuka
Maha Rahim Dia
Ni'mal Mujeeb HUWA

لا حول و لا قوة إلا بالله
اللهم انصر اخواننا في فلسطين على اليهود الغاصبين
اللهم انصر اخواننا في فلسطين على اليهود الغاصبين
اللهم انصر اخواننا في فلسطين على اليهود الغاصبين

*******************************************

video

Karbala` - Habib Ali

10 Muharram, hari 'Asyura kita disunnatkan berpuasa demi mencari keredhaan Allah dengan menuruti ajaran Junjungan Nabi s.a.w. Juga dengan harapan agar puasa tersebut menjadi kaffarah bagi dosa-dosa kita pada tahun lepas. 'Asyura juga membawa kita mengenang perjuangan Imam Husain r.a. menentang pemerintahan yang zalim dan fasiq. Imam Husain telah gugur syahid dalam peristiwa Karbala' yang masyhur yang sewajarnya diperingati untuk dijadikan teladan dalam memperjuangkan kebenaran hingga ke titisan darah yang terakhir. Jangan pulak korang kata ambo ini Syiah, INGATLAH bahawa Imam Husain adalah kekasih kita Ahlus Sunnah wal Jama'ah, bagaimana kita tidak mencintai buah hatinya Junjungan Nabi s.a.w., hanya golongan munafik sahaja yang akan membenci dan memusuhi keluarga Junjungan Nabi s.a.w. yang mulia. Moga Allah menetapkan kemuliaan bagi segala keturunan Junjungan Nabi.

Akibat pembantaian tentera Yazid, maka gugurlah sebagai syahid Imam Husain di Karbala`. Tidak cukup dengan dibunuh, penjenayah-penjenayah tersebut bertindak lebih biadap dengan memenggal kepala Imam Husain yang mulia agar jenazahnya tidak dikenali. Maka walaupun Imam Husain gugur syahid di padang Karbala`, hanya jasad baginda sahaja yang dimakamkan di sana bersama dengan pengikut-pengikut baginda, manakala kepala baginda yang mulia telah dibawa berkeliling beberapa kota sehingga kini bersemayam di Kota Kaherah. Dahulu pernah ada seorang ustaz (malas ambo nak sebut namanya) yang mengatakan bahawa tidak benar kepala Imam Husain dimakamkan di Kaherah. Sesungguhnya pendapat ini menyalahi pendapat kebanyakan ulama dan awliya'. Mufti Mesir, Dr. 'Ali Jum'ah dalam "al-Bayan" halaman 319 - 321, menyatakan antara lain:-
Ahli- ahli sejarah dan (keterangan) kitab-kitab sirah sepakat bahawa jasad Imam Husain r.a. dimakamkan di tempatnya di Karbala`. Adapun kepala baginda yang mulia, maka ianya telah dibawa berkeliling sehingga berhenti di 'Asqalan - bandar perlabuhan Falestin - di tepi laut Mediterranean, yang hampir dengan pelabuhan - pelabuhan Mesir dan Baitul Maqdis. Keberadaan kepala baginda yang mulia di 'Asqalan kemudian dipindahkan ke Mesir disokong oleh majoriti ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh terkemuka, antaranya Ibnu Muyassar, al-Qalqasyandi, 'Ali bin Abu Bakar yang dikenali sebagai as-Saayih al-Harawi, Ibnu Iyaas, Sibth al-Jauzi dan al-Hafiz as-Sakhaawi. ..... Dan telah menulis al-'Allaamah asy-Syabrawi - mantan Syaikhul Azhar - sebuah kitab berjodol "al-Ittihaaf" mensabitkan dengan yakin bahawa kepala Imam Husain berada di makamnya yang terkenal di Kaherah. Beliau turut menyenaraikan ulama-ulama yang mensabitkan sedemikian, iaitu al-Imam al-Muhaddits al-Mundziri, al-Hafiz Ibnu Dihyah, al-Hafiz Najmuddin al-Ghaithi, al-Imam Majduddin bin 'Utsman, al-Imam Muhammad bin Basyir, al-Qadhi Muhyiddin bin 'Abdudzh Dzhahir, al-Qadhi 'Abdur Rahim, 'Abdullah ar-Rifaa'ie al-Makhzumi, Ibnu an-Nahwi, asy-Syaikh al-Qurasyi, asy-Syaikh asy-Syablanji, asy-Syaikh Hasan al-'Adawi, asy-Syaikh asy-Sya'raani, asy-Syaikh al-Munaawi, asy-Syaikh al-Ajhuuri, Abul Mawahib at-Tunisi dan lain-lain lagi.

Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim juga telah menulis berhubung perkara ini sebuah risalah dengan jodol " Ra'sul Imam al-Husain bi masyhadihi bil Qahirah tahqiqan muakkidan hasiman " yang penuh dengan dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang memuaskan hati. Berdasarkan kepada pemaparan tadi, tenanglah hati ini untuk berpegang dengan apa yang dipegang oleh kebanyakan ahli sejarah bahawa adalah kepala Imam Husain r.a. telah memuliakan Kaherah al-Mahrusah.
Mari kita hayati kisah syahidnya Imam Husain sebagaimana dituturkan oleh Habib 'Ali al-Jufri. Moga dapat diambil pengajarannya, menambahkan lagi rasa cinta kasih kepada keluarga Junjungan Nabi s.a.w., serta mengobarkan semangat jihad menentang kezaliman dan penindasan dalam jiwa kita.

**************************************************
Kisah Karbala` - Habib 'Ali al-Jufri

video

مدد يا مولانا يا حسين
مدد يا بو زين العابدين

Ahad, Januari 04, 2009

Ceramah Habib Taufiq

Ceramah Habib Taufiq bin Abdul Qadir as-Segaf di Kampung Pasir Pandak, Kuching, Sarawak, pada 6 November 2008 sempena Haul Imam al-Haddad r.a. Antara perkara yang disentuh oleh beliau dalam ceramah tersebut adalah tujuan kita melaksanakan peringatan haul untuk mendoakan mereka-mereka yang telah kembali ke rahmatUllah dan untuk mengenang serta mengingat orang-orang sholeh dengan harapan agar kita dapat mengikuti kesholehan mereka. Habib juga membahaskan betapa pentingnya kita menempel dengan orang-orang sholeh dan berusaha menyerupai mereka walaupun tidak seratus persen (100%) menyamai mereka. Kemudian disudahi dengan kisah ketabahan Junjungan Nabi s.a.w. dan anakanda baginda Sayyidah Fathimah az-Zahra` yang tidak tergoda dengan kenikmatan duniawi, di mana dalam keadaan duniawi yang serba kekurangan, mereka tetap mentaati Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya berbanding dengan kita yang serba cukup ini, bagi kita yang tak cukup hanya ketaatan dan ketakwaan kepada Allah. Allahu .. Allah.

Habib juga memberikan satu penjelasan yang berkesan berhubung sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang berbunyi:-

الأرواح جنود مجندة فما تعارف منها ائتلف و ما تناكر منها اختلف
"Arwah itu (roh) sebelum Allah satukan dengan jasad manusia ini dahulu di alamnya itu berkelompok-kelompok. Yang dalam satu kelompok, mereka akan menjadi orang yang cinta dengan yang sekelompok dengannya di alam arwah dulu. Yang bukan dalam kelompoknya, mereka tidak mungkin akan cinta dan cocok ketika dalam kehidupan dunianya."
Untuk lebih jelas sila hayati ceramah Habib di bawah. Moga kita dikelompokkan dalam kelompoknya Junjungan Nabi s.a.w. dan para kekasih baginda.

video

Jumaat, Januari 02, 2009

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah dalam praktik amalan Mazhab Syafi'i hanya sunnat dilakukan dalam sholat fardhu yang lima (termasuklah sholat Jumaat), sama ada dalam kesemua sholat yang lima tersebut atau mana - mana sholat fardhu, ketika umat Islam ditimpa musibah atau menghadapi ancaman sesuatu bahaya seperti wabak, penindasan, penganiayaan, peperangan, kemarau dan sebagainya. Pernah sewaktu ancaman jerubu dahulu Mufti Negeri Sarawak menyarankan agar dibacakan Qunut Nazilah dalam sholat fardhu yang lima dan sholat Jumaat. Menurut fuqaha' kita, tidaklah semestinya bahaya-bahaya atau musibah-musibah itu mengancam umat keseluruhannya, disunnatkan juga berqunut nazilah apabila ada sebahagian umat yang mengalaminya. Dan tidak juga disyaratkan yang menerima atau menghadapi musibah itu diri orang yang berqunut itu sendiri.

Dalam perlaksanaannya, Qunut Nazilah dilakukan seperti Qunut Subuh, iaitu dibacakan pada i'tidal rakaat terakhir sholat fardhu tersebut. Sebagaimana Qunut Subuh ianya dibaca dengan jahar ketika berjemaah walaupun dalam sholat-sholat sirriyyah - Zohor dan Asar. Jika dibaca dalam sholat sendirian, maka ianya dibaca secara perlahan (sir.) Selain sholat-sholat fardhu yang lima tidaklah disunnatkan berqunut padanya. Maka dalam sholat jenazah, sholat nazar dan sholat sunnat tidak disunnatkan berqunut nazilah, bahkan dalam sholat jenazah ianya dihukumkan sebagai makruh, manakala dalam sholat sunnat dan sholat nazar, ianya dihukumkan sebagai khilaful awla.

Seperkara lagi yang perlu kita ingat ialah walaupun Qunut Nazilah ini seumpama Qunut Subuh, tetapi hukumnya tidaklah sama kerana Qunut Subuh itu adalah sunnat ab'adh yang sunnat ditampal dengan sujud sahwi jika ditinggalkan. Manakala Qunut Nazilah jika ditinggalkan dengan sengaja atau lupa tidak sunnat dijabar dengan sujud sahwi. Berhubung lama masa mengerjakan Qunut Nazilah, kebanyakan ulama kita berpendapat ianya dilaksanakan sehingga hilang musibah atau bahaya tersebut dan ada juga segelintir yang hanya membatasi perlaksanaannya dalam tempoh sebulan.

Berhubung bacaan pula, maka apa-apa doa yang munasabah bagi tujuan nazilah adalah memadai. Juga memadai jika dibaca Qunut Subuh yang lazim, dengan atau tanpa apa-apa penambahan doa-doa lain. Cuma pada kebiasaannya amalan ulama kita, ianya diawali dengan membaca Qunut Subuh lalu sebelum bersholawat ditambah dengan doa-doa yang munasabah seperti doa tolak bala' dan sebagainya. Dan biasa juga dibaca Qunut Sayyidina 'Umar r.a. sebagai Qunut Nazilah.


***********************************
Qunut Sayyidina 'Umar

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu, tidaklah kami mengkufuriMu, kami beriman denganMu dan kami berlepas diri daripada orang-orang yang menderhakaiMu. Ya Allah, Engkaulah yang kami sembah dan keranaMulah kami bersholat dan bersujud, kepadaMu kami arahkan segala usaha dan khidmat, kami mengharapkan rahmatMu dan takut akan azabMu, sesungguhnya azabmu yang dahsyat layak untuk ditimpakan kepada orang-orang kafir. Ya Allah, azabkanlah orang-orang kafir yang menghalangi jalanMu, yang mendustakan para utusanMu, yang membunuh para waliMu. Ya Allah, ampunilah sekalian mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, perbaikilah hubungan antara mereka, satukanlah antara hati-hati mereka, jadikanlah hati-hati mereka dipenuhi keimanan dan hikmah, tetapkanlah mereka atas agama Rasulullah s.a.w., teguhkanlah mereka dalam melaksanakan janjiMu yang telah Engkau janjikan bagi mereka, Bantulah mereka dalam menghadapi musuhMu dan musuh mereka, wahai Tuhan yang Maha Benar, jadikanlah kami daripada kalangan mereka.