Khamis, Mac 06, 2008

Undi Jangan ٍSik Ngundi

Lamak juak aku sik update blog tok, alhamdulillah baruk dapat update, ya pun sik dapat nak nulis panjang-panjang, sekadar nak melepas geram election jak. Harap sapa yang nak ngundi ya, pikir dolok sebelum ngundi calon yang nak dipilih. Aku dah tauk sapa yang nak kupilih. Calon pilihan aku ialah calon yang sik merokok, sebab YB yang merokok ya jelas dan terang sik ngikut bahkan melanggar dan menghina Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri yang udah MENGHARAMKAN rokok. Munlah YB masih merokok, cam ney rakyat jelata nak berenti merokok. Jadi mun ngikut fatwa kerajaan kinek tok (yakni kerajaan yang didokong oleh kebanyakan sidak YB ya) sapa-sapa merokok maka nya udah melakukan sesuatu yang haram menurut hukum syarak, maka berdosa. Ya adalah antara kriteria calon pilihan akulah, kitak urang suka ati kitaklah, cuma suka aku ngingat kata-kata yang mun dak salah ingat aku dinisbahkan kepada Junjungan Nabi s.a.w. atau setidak-tidaknya atsar sahabi:-

كيفما تكونوا يولى عليكم

yang maksudnya lebih kurang "cam nei keadaan kita, cam ya juaklah keadaan orang yang merentah kita." Cam selalu dipadah urang kita - pencuri milih pencuri, perompak milih perompak, cam yalah lebih kurang retinya.

Dalam demokrasi, penting ada "cek en belen" - kata urang kampung aku (mun urang yang kampungnya di London - "check and balance"), bahkan perkara tok juak ada diisyaratkan dalam al-Quran cam lam surah al-Baqarah ayat 251 yang berbunyi:-

وَلَوْلاَ دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الأَرْضُُ

yang kira-kira bererti: "Munlah Allah nisik nolak sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya rusak benasalah bumi tok". Retinya mun dibiarkan satu pihak ajak berkuasa selama-lamaknya tanpa ada timbalbalas pihak lain, nescaya akan mudahlah berlakulah penyelewengan yang ngembak kepada kefasadan atas muka bumi tok. Allahu ... Allah.

Oleh kerana ya, kita kenak tauk menghargai sesama, baik parti penyokong kerajaan yang ada (baca: BN) mauk pun parti pembangkang (baca : BA). Sidak yang menang dan merentah, jangan mandang lekeh ngan pembangkang. Sebab pembangkang bukanlah musuh negara dan rakyat, sidaknya juak adalah pemain dalam politik demokrasi dalam negara tok. Bahkan pembangkang juak ada sumbangan besar dalam membangun dan memakmurkan negara. Conto yang paling mudah ialah apa yang kita niat waktu election dolok, mun sik ada pembangkang, lambatlah sidak orang kampung nak dapat geran tanah. Tok bukan cakap kosong, coba tanyak ngan sidak kampung tepi sungei ya, tanyak ngan sidak Semariang, bila geran tanah sidaknya keluar. Bertaun dah diam sia, masih juak TOL atau NCR atau tanah kampung sik bergeran ajak status tanah sidak. Tapi bila pembangkang main isu tanah, baruklah sidak kerajaan gago merik geran. Sapa sik tauk hal tok di tempat aku. Mun masih sik tauk juak, confirm jenis urang sik nengar bedok. Jadi masin-masin ada tugas dan tanggungjawab masin-masin. Mun sidak BN nak merentah, merentahlah ngan bait demi rakyat bukan demi kroni atau anak-beranak ato petunggal peduak. Pembangkang penting supaya dacin sidak BN sik singit.

*************************************************

Kalah Menang Bukan Alasannya
Sucikanlah Niat Di Hati

Tiada ulasan: