Selasa, Februari 28, 2006

Syaikh Abdullah Fahim - Murid Sidi Syatha


Syaikh Abdullah bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Syaikh Abdullah Fahim merupakan ulama terkenal Tanah Melayu dan mufti pertama Pulau Pinang yang berkhidmat dari 1951 - 1961. Beliau dilahirkan di Kampung Syib 'Ali, Makkah pada tahun 1286H dan dibesarkan di sana dalam suasana ilmu keagamaan. Beliau berdamping dan berguru dengan ramai ulama, menurut riwayatnya guru beliau di Makkah dan Madinah tidak kurang 42 orang. Di antara guru-gurunya ialah:-
  • Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi (murid Sidi Ahmad Zaini Dahlan dan pengarang kitab I`aanathuth -Tholibin yang masyhur. Jelas bahawa terdapat hubungan sanad keilmuan antara beliau dengan Sidi Ahmad Zaini.;
  • Syaikh Muhammad Sa`id BabShil;
  • Syaikh Muhammad Sulaiman Hasbullah al-Makki;
  • Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani;
  • Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kalantani; dan
  • Syaikh Wan Ahmad Muhammad Zain al-Fathani.

Syaikh Abdullah Fahim selain alim dalam ilmu-ilmu fiqh, tauhid dan tasawwuf, juga mendalami ilmu falak. Keahliannya dalam ilmu falak menyebabkan nasihatnya diminta mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan cadangannya untuk tarikh tersebut diterima. Jangan pula disalah anggap bahawa ilmu falak Syaikh Abdullah Fahim tu serupa dengan ramalan Tok Sami dan Tok Cha. Kalau nak tahu berkenaan ilmu falak kenalah belajar dengan ahlinya, cuma kena ingat bahawa falak ulama itu bukan setakat melihat anak bulan sahaja. Mudah-mudahan titihan zuriat beliau yang akhirnya menjadi Perdana Menteri ke-5 Malaysia dapat memartabatkan lagi Islam di persada dunia umumnya dan Nusantara khususnya.

ALLAHUMMA ASLIH MAN FI SHALAAHIHI SHALAAHUL MUSLIMIN;

WA AHLIK MAN FI HALAKIHI SHALAAHUL MUSLIMIN.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Kalau dapat akhi masukkan kata-kata/ fatwa Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim yang suruh orang Tanah Melayu berpegang pada:
Asya'irah - dalam usuluddin
Syafi'iyyah - dalam feqah dan Manhaj Imam al-Ghazali dalam Tasauf.
Pemikiran Ibn Taimiyyah ... Muhammad Abd Wahab - mamnu'

Tawel berkata...

Email abumuhammad123@yahoo.com macam tak boleh je..salah kasi email ke? Sebab saya dpt msg Delivery Failure.

Abu Muhammad berkata...

Akhina, ana terlupa. Insya-Allah akan ana postkan.

Akhina Tawel, cuba try se lagi. Kalu tak leh, ana buak baru