Isnin, Februari 20, 2006

Pengkhianatan Syiah Iraq


Dalam "Mukaatabaat al-Imam al-Ghauts al-Fard al-Jaami' Sayyidina 'Abdullah bin 'Alawi al-Haddad" juzuk 1 tercatat sepucuk surat Imam al-Haddad kepada Ahmad bin Muhammad al-Ghisyam az-Zaidi. Antara lain Imam al-Haddad menulis:
  • Sewaktu al-Hasan melepaskan kedudukannya sebagai khalifah (menggantikan ayahandanya dengan pembaitan ahlul halli wal 'aqdi) dan membaiat Mu`awiyah dengan beberapa syarat, antaranya: kekhalifahan akan diserahkan kembali kepadanya setelah Mu`awiyah meninggal dunia. Akan tetapi, al-Hasan r.a. wafat lebih dahulu daripada Mu`awiyah. Dengan wafatnya al-Hasan, Mu`awiyah menyerahkan kekhalifahan kepada anak lelakinya, Yazid. Kaum Muslimin mau tidak mau terpaksa membaiat Yazid. Tetapi al-Husain r.a. tidak mahu membaiat Yazid.
  • Kemudian penduduk Iraq mengirim sepucuk surat kepada al-Husain memintanya pergi ke Iraq untuk diangkat sebagai pemimpin mereka. Al-Husain menyambut baik undangan mereka itu lalu berangkatlah dia ke Iraq.
  • Mendengar berita tentang rencana kedatangan al-Husain ke Iraq, Yazid menulis surat kepada 'Ubaidillah bin Ziyad (gabenor Iraq) memerintahkan dia untuk memerangi al-Husain. Perintah ini dilaksanakan oleh Ibnu Ziyad. Maka, ahli Iraq yang pada mulanya membaiat al-Husain, tiba-tiba berubah fikiran dan menyetujui serangan bersenjata terhadap Imam al-Husain oleh Ibnu Ziyad. Bahkan mereka menyatakan kesetiaan kepada Ibnu Ziyad. Di sanalah al-Husain gugur sebagai syahid di tengah rombongan keluarganya r.'anhum.
  • Orang yang membunuh al-Husain, orang yang memerintahkan pembunuhannya, dan orang yang membantu perbuatan tersebut, kami pandang sebagai orang-orang fasik yang meninggalkan hukum agama. Allah akan memperlakukan mereka semua dengan keadilanNya.
  • Dalam pandangan kami, kedudukan Yazid tidak sama dengan kedudukan Mu`awiyah. Maka bahawasanya Mu`awiyah adalah seorang sahabat dan tidaklah pernah dia meninggalkan sesuatu yang difardhukan dan tidaklah dia melakukan perkara-perkara haram seperti Yazid. Maka Yazid adalah seorang fasik tanpa ragu, kerana dia meninggalkan sholat, membunuh manusia, berzina dan meminum arak. Perhitungan atas dirinya terserahlah kepada Allah.

1 ulasan:

Abu Muhammad berkata...

Cik Arema, sudah enatum baca kitab Imam al-Haddad "Risalatul Mu'awwanah", di mana dalam beliau r.a. menyatakan antara jasa Imam Ahmad al-Muhajir ialah beliau telah membawa anak cucunya keluar dari Iraq yang penuh dengan fitnah tersebut sehingga dengannya menyelamatkan keluarga beliau daripada kesesatan tidak seperti sebahagian keluarga yang terpesong dari ajaran salaf mereka. Imam al-Muhajir berhijrah kerana menyelamatkan aqidah keturunannya dzurriyatur Rasul. Sila antum cari kitab yang ana sebutkan itu dan telaahlah betul-betul.

Antum eloklah berhubung dengan para Habaib di Jatim, yang hampir semuanya anti-syiah. Janganlah memutar belit bahasa, bila ana sebut syiah, bukanlah maksudnya maknanya dari segi lughah.

Jika antum kebetulan pengikut syiah yang sesat menyesatkan atau tasyayyu', maka eloklah kembali ke pangkal jalan. Enggak ada salaf antum yang syiah. Ingat Wahhabi dan Syiah itu taik unta yang dibelah dua.