Penyelewengan Syiah
Sebahagian penyelewengan Syiah yang disenaraikan dalam fatwa Mufti Pulau Pinang tahun 1993:-
- Khalifah diwasiatkan secara nas;
- Imam adalah maksum;
- Ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia (al-bada`);
- Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (ar-raj`iyyah);
- Berpura-pura (at-taqiyyah);
- Muhammad bin Hasan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar;
- Sayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah s.w.t.;
- Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w.;
- Menghalalkan nikah mut`ah;
- Menolak ijmak ulama;
- Menolak qiyas;
- Mengamalkan nikah mut`ah;
- Menolak 'aul dan mendahulukan qarabah dari 'asobah dalam masalah pusaka;
- Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu`awiyah sebagai 4 berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah;
- Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna;
- Menambah Syahadah;
- Menolak hadith yang diriwayat oleh Ahli Sunnah wal Jama`ah;
- Menzirahi kubur Sayyidina Husain, ganjarannya syurga;
- Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram;
- Menghina Abu BAkar dan Umar serta 2 orang isteri Nabi s.a.w. iaitu Aishah dan Hafsah;
- Menetap prinsip khumus sebagai kadar zakat;
- Imamah dan Khilafah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas;
- Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan;
- Sembahyang dhuha adalah bid`ah;
- Islam bukan syarat wajibnya haji;
- Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
Nak kira banyak lagi sesat dan karutnya ajaran ahli bid`ah bergelar syiah ini, sama ada Imamiyyah ke, Zaidiyyah ke, Ismailiyyah ke. Tak kira apa namanya, semuanya terkeluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Katanya Ismailiyyah kat Malaysia ada 2 cabang, (1) Syiah Taiyibi Bohra atau dikenali sebagai golongan yang memilik Kedai Bombay; dan (2) Ismailiyyah Agha Khan yang dikenali sebagai Kedai Peerbhai. Kedai Peerbhai kat Jalan Masjid India tu Ismailiyyah ke ? Khabarnya puak Bohra ni ramai kat Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan