Khamis, Februari 02, 2006

Ingatan Kepada Junjungan

Syaikh DhiyaUddin Ahmad bin Sa`id ad-Darini dalam kitabnya " Thaharatul Qulub wal Khudu' li Allamil Ghuyub " menulis antara lain:-
  • Mengingat atau memuji-muji Junjungan Nabi s.a.w. akan menambahkan keimanan, menerangi hati dan menyingkap rahsia kebijaksanaan Tuhan. Allah s.w.t. telah menetapkan cinta kepada Junjungan Nabi s.a.w. sebagai syarat untuk mencintaiNya dan taat kepadanya sebagai ukuran kepatuhan kepadaNya. Mengingati Junjungan Nabi s.a.w. juga berhubungan dengan mengingati Allah s.w.t. sebagaimana bai'ah kepada Junjungan Nabi s.a.w. juga berkait dengan bai'ah kepadaNya.

Jadi bagaimana kita ? Adakah kita akan jadi penghalang majlis-majlis yang dianjurkan untuk mengingati Junjungan s.a.w. atas alasan ianya bid`ah ? Adakah kita akan menghukum mereka-mereka yang mengingati Junjungan dengan sholawat yang indah menawan gubahan para ulama 'alimin sebagai ahli neraka? Adakah orang yang asyik membaca kisah-kisah Junjungan s.a.w. yang ditulis dengan bahasa - bahasa indah berbentuk nazam dan natsar sebagai ahli bid`ah penghuni neraka ? Atau kita kan jadi orang yang duduk sama mendengar kisah-kisah kebesaran Junjungan serta sama-sama melantunkan sholawat dan salam ke atas Junjungan s.a.w. ? Orang-orang yang menitiskan air mata kerinduan setiap kali nama Junjungan s.a.w. disebut ? Terpulanglah kepada kalian, tauhid itu satu tetapi jalan menuju Allah sebilang-bilang nafas bani Adam. Shallu 'alan Nabiy ..... Allahumma sholli wa sallim 'alaih wa 'ala aalih.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..

sedang cuba untuk jadi " Orang-orang yang menitiskan air mata kerinduan setiap kali nama Junjungan s.a.w. disebut " amien..

cuma nak tanya, apa beza nazam dan natsar?

+ akhie +

Abu Muhammad berkata...

Senang cakap, nazam itu karangan yang ditulis secara berirama atau bersyair atau bergurindam dengan timbangan/wazan yang tertentu. Contohnya Mawlid Barzanji Nazam yang dikarang oleh cucu Sayyid Ja'far al-Barzanji iaitu Sayyid Zainal Abidin al-Barzanji ditulis dalam bentuk nazam dengan wazan bahar thowil.

Manakala natsar itu karangan biasa sahaja walaupun kekadang dibuat dengan bahasa tinggi dan seumpama bersajak. Contohnya ialah Mawlid Barzanji yang dikarang oleh Sayyid Ja'far al-Barzanji.


seperti bergurindam contohnya lihat Mawlid Barzanji Nazam yang dikarang oleh