Jumaat, Mac 10, 2006

Nur Muhammad - Hadis Jabir


Atas permintaan Abukajang, aku nukilkan di sini sebuah hadis yang disebut oleh saudara Mohd Zaidi Abdullah, murid Tuan Guru Haji Abdullah Abdur Rahman Lubok Tapah, dalam karangannya berjodol "Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama`ah" mukasurat 116 di mana katanya:-

1. Aku (yakni Mohd Zaidi 'Abdullah) meriwayatkan hadis ini daripada:-
2. Syaikh kami 'Abdullah secara sama`an dan Syaikh kami Muhammad al-Banjari, daripada;
3. Musnid Dunya al-Fadani, (yakni Syaikh Yaasin) daripada;
4. Muhammad 'Ali al-Maaliki, daripada;
5. as-Sayyid Abu Bakar Syatha al-Makki, (yakni Sidi Syatha ad-Dimyathi) daripada;
6. Syaikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan, daripada;
7. Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, daripada;
8. al-Mujaddid 'Abdullah asy-Syarqawi, daripada;
9. asy-Syam Muhammad al-Hifni, daripada;
10. 'Abdul 'Aziz az-Ziyaadi, daripada;
11. asy-Syam al-Baabili, daripada;
12. an-Najm Muhammad al-Ghoithi, daripada;
13. al-Qadhi Zakaria al-Anshari, daripada;
14. al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalaani, daripada;
15. Abil Faraj 'Abdur Rahman al-Ghazzi, daripada;
16. Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabus, daripada;
17. Abil Hasan 'Ali bin al-Muqir, daripada;
18. Muhammad bin Nashir as-Salaami, daripada;
19. 'Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mundah, daripada;
20. Abil Fadhl Muhammad al-Kawkabi, daripada;
21. Abil Qasim ath-Thabarani, daripada;
22. Abi Ya'kub Ishaq bin Ibrahim bin Makhallad bin Ibrahim al-Mirwazi al-Handhzali, daripada;
23. al-Hafiz Abi Bakar 'Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi' ash-Shan`aani dengan sanad yang shahih kepada Jabir r.a. berkata:-
  • Aku bertanya pada Rasulullah tentang perkara yang pertama yang Allah cipta sebelum segala-galanya. Maka Nabi Muhammad menjawab:
  • Huwa nuru Nabiyyika !!! Ya Jaabir, khalaqahu-Ullahu tsumma khalaqa minhu kulla khairin wa khalaqa ba'dahu kulla syai-in."
  • "Ia (yakni perkara pertama yang diciptakannya oleh Allah) adalah nur Nabimu, wahai Jabir, Allah menciptakan nur kemudian diciptakan daripada nur itu akan setiap kebaikan dan diciptakan selepas nur itu setiap sesuatu." Abdurrazzaq

Selanjutnya, saudara Zaidi menyambung pada mukasurat 117:-

  • Antara ulama hadis yang menyokong Nur Muhammad sebagai makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah semasa alam arwah ialah Ismail al-'Ajluni dan al-Amir al-Kabir. Muhaddith al-Syam Ismail ibn Muhammad ibn Abdul Hadi (1087/1676 - w. 1662/1749M) telah memaparkan hadis riwayat Abdurrazzaq tersebut dalam kitab 'Iqdul Jawhar ats-Tsamiin. Dalam kitab ini, al-'Ajluni tidak berani langsung memaudhu'kan hadis ini sedangkan beliau seorang tokoh hadis utama di Syam serta mempunyai sanad dalam meriwayat dan menerima sesebuah kitab hadis untuk diterima pakai. al-Imam al-Muhaddith al-Musnid al-Faqih Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan gelaran al-Amir ul-Kabir (1154.1742 - w. 10 Zulqaedah 1232/1817M) telah memaparkan mafhum Nur Muhammad dalam kitab "Saddul Arabi min 'ulumil isnadi wal adabi" yang amat terkenal.

Ikhwah, daripada sanad di atas ternyata bahawa hadis Jabir tersebut shahih dengan rawi-rawi yang terkemuka seperti Amirul Mu'minin fil hadis Ibnu Hajar al-'Asqalaani. Aku bukan muhaddis, belajar hadis pun bukan, so jangan nak berpolemik dengan aku pasal hadis di atas. Kalau mu nak polemik gak, gi jumpa Tok Guru Haji Abdullah Lubok Tapah (hafizahUllah) ke, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari (hafizahUllah) ke, Saudara Zaidi ke, dan lain-lain lagi yang alim tetapi kurang dikenali, tidak seperti terkenalnya Bin Baz dan al-Albani, tetapi Bin Baz dan al-Albani memang patut jugak dikenali dunia sebab mendapat tajaan dan promosi yang maha hebat daripada geng-geng anak Pak Wahhab dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya.

Untuk pengetahuan ikhwah, buku saudara Zaidi ini telah diperaku dan diberi kata sambutan oleh Syaikhul Kalantan al-Muhaqqiq al-Ustaz al-Faqih an-Nahwi Tuan Guru Haji 'Abdullah bin Tuan Guru Haji Abdur Rahman, mudir Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan; Tuan guru Haji Hasyim Haji Abu Bakar, Presiden Pusat Pembangunan Pondok, mudir al-Madrasah ad-Diniyyah al-Bakriyyah (Pondok Pasir Tumbuh), Kelantan; dan Dato 'Abdul 'Aziz @ Ambak Ismail, Ahli Jawatankuasa Fatwa Trengganu. Insya-Allah, lain kali kita cakap lagi pasal Nur Muhammad ini, yang percaya padanya pun terkadang tersilap pulak tafsirannya, sebab itu pentingnya berguru agar dapat pemahaman yang betul.

Shallu 'alan Nabiy. Allahumma sholli wa sallim 'alaih.

36 ulasan:

Shafiq Ayman berkata...

Assalamu'alaikum wbt,

Abang Abu Muhammad,

Tolonglah tulis satu artikel yg lengkap,menyeluruh dan kemas tentang konsep Nur Muhammad di Nusantara.Macam artikel Dr Uthman El-Muhammady.Tapi berikan perhatian khusus pada sanad hadith2 yg menyokong konsep ini.Ramai kawan2 saya yg kurang yakin sebab dimomokkan dengan tuduhan bahawa hadith2 ini lemah,palsu dan sebagainya.Malah ada yg mengatakan konsep ini berakar umbi dari puak Syiah.Kalau abang ada masa terluang lah.......

Abu Muhammad berkata...

Wa 'alaikumus salam wrh wbrk.

Insya-Allah, sebenarnya ana tak larat nak tulis panjang-panjang, ana sebenarnya nak buat pendek-pendek supaya senang dibaca.

Anak Alam berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
abukajang berkata...

Pertama kali ana nak mengucapkan jazakallah kpd Tuan AsSyeikh Abu Muhd di atas paparan SANAD berkenaan Hadith JABIR tersebut ...
terus terang ana katakan selama ini ana beranggapan bahawa hadith jabir adalah hadith yg bertaraf dhaif yakni lemah, dan tulisan akhi abu muhd telah membuka mata ana terhdp hadith jabir ini...

Walaubagaimanapun, TELAH SEPAKAT ULAMA SUFI dalam menerima pakai HaDITH JABIR ini apabila menceritakan akan asal usul KEJADIAN SEGALA MAUJUUDAT yang berawal mula (atau berhaqiqatkan) kepada NUR MUHAMAD saw. MATAN hadith ini bersepakat dengan DALIL SYUHUDI yang terpancar dari lubuk HATI ahli sufi / mukasyafah yang suci lagi bersih, walaupun ulama hadtih mengatakan sanadnya LEMAH ...

InsyaAllah ana akan mencelah lagi bila Tuan Abu Muhd membuka langkah silatnya ....

Wallahu'Alam

Abu Muhammad berkata...

Abukajang, silat apa yang kome cakap ni. Kome nak bersilat ngan aku ke? Nak sangat bersilat pergi jumpa Tok Guru Haji Abdullah.

abukajang berkata...

Looo teman ingat deme tak tau bersilat, teman ni silat selat nie mane la tau silat pulut tau le, itu pun kalu pulut dah masuk mulut jadik le silat pulut teman ...

Camne teman nak hantar email atau nak call kat miker woihhh ?

Abu Muhammad berkata...

abumuhammad123@yahoo.co.uk

eazle berkata...

di sini sy just melemparkan respon dari teman saya abdul qadir terhadap hadith jabir:

Hadith Jabir tentang Nur Muhammad itu sebenarnya bertentangan dengan beberapa ayat al-Quran yang menyatakan Nabi s.a.w. adalah seorang manusia yang sama seperti kita semua (diciptakan dari tanah). Cumanya Nabi s.a.w. diberikan wahyu kepada baginda. Antara ayat-ayat tersebut ialah al-Kahfi : 110, al-Anbiya’ : 7,8, al-Furqan : 20

ALLAH swt tidak menyebut adanya makhluk lain yang diciptakan daripada cahaya melainkan Malaikat. Demikian juga Nabi s.a.w. di dalam hadith-hadith yang sahih dari baginda menyebut benda yang sama. Kepercayaan Nabi s.a.w. diciptakan dari Nur, dan menolak penciptaan baginda sama seperti manusia yang lain seolah-olah hendak menyamakan Nabi s.a.w. dengan Malaikat. Ini samalah halnya dengan orang-orang Musyrik yang tidak mempercayai Rasul itu diutuskan dari kalangan manusia yang kewujudannya sama seperti manusia lain. Firman ALLAH swt :

(??? ??? ????? ?? ?????? ?? ????? ????? ??? ?? ?????: ???? ???? ????? ??????)

Maksudnya : “Dan apakah yang menghalang manusia untuk mereka beriman tatkala datang kepada mereka petunjuk, melainkan mereka berkata : “Apakah ALLAH mengutuskan manusia sebagai seorang Rasul ?” (al-Isra’ : 94)

Dalam surah yang sama ALLAH swt menyuruh Nabi s.a.w. menyatakan yang baginda bukanlah seorang malaikat yang diciptakan daripada cahaya sepertima sangkaan sebahagian orang.

(?? ????? ??? ?? ??? ??? ????? ??????)

Maksudnya : “katakanlah (Muhammad) maha suci tuhan ku, tidakkah aku ini melainkan seorang manusia yang dilantik sebagai Rasul” (al-Isra’ : 93)


Kefahaman yang mempercayai Nabi s.a.w. diciptakan dari Nur / Cahaya, datang dari golongan yang berlebih-lebihan dalam memuliakan Baginda Nabi s.a.w. Tidak ada di dalam al-Quran, demikian juga di dalam hadith-hadith sahih yang membezakan Nabi s.a.w. dari manusia lain yang diciptakan daripada tanah.

-------------

Ramai para ulama yang menolak kepercayaan Nur Muhammad ini, antara mereka :


1- Al-Suyuti mengatakan : Tidak ada bagi (hadith itu) isnad yang boleh disandar kepadanya. (Al-Hawi lil Fatawa)

2- Abdullah bin al-Sodiq al-Ghumari mengatakan Zahir hadith itu adalah Palsu. ???? ????? ?????? ???? ???? ???????

3- Ahmad bin Sodiq al-Ghumari mengatakan hadith ini PALSU, mengandungi lafaz-lafaz yang lemah (untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w.) dan makna-makna yang mungkar. ?????? ??? ???????? ???????? ?? ?????? ??????(???????:?/7)

4- Syeikh Muhammad Ahmad ‘Abdul Qadir al-Syanqiti mengatakan hadith ini PALSU di dalam risalahnya : ????? ?????? ??? ????? ?? ??? ??? ?????? ?? ???? ????? ??????? ????? ??? ??????

5- al-Qaradhawi mengatakan perkataan ini TIDAK SOHEH secara riwayat, dan tidak dapat diterima akal

6 - As-Syeikh 'Atiah Saqr (ketua Lujnah Fatwa al-Azhar yang dahulu) pula berkata :

".... Sesungguhnya Ar-Rasul s.a.w. tidak diciptakan daripada Nur, dan Baginda dari zuriat Adam dan Adam (diciptakan) daripada tanah...."

7- As-Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz di dalam Fatwanya pula menyebut :

"Apa yang diperkatakan oleh manusia bahawasanya Rasulullah s.a.w diciptakan daripada Nur, maka semua ini tidak ada asal padanya. Mereka berkata bahawasanya baginda diciptakan daripada Nur atau Nur Baginda itu yang terawal diciptakan. Semua dakwaan ini adalah PALSU TIDAK ADA ASAL BAGINYA. Tidak terdapat juga asas tentangnya dari Nabi s.a.w. Bahkan ianya adalah KEPALSUAN dan PEMBOHONGAN atas ar-Rasul s.a.w.

wallahu a'lam.

Abdul kadir

Petikan: al-qayyim.net

tambahan maklumat:
Ada tertinggal seorang lagi yng mengatakan hadis Jabir (Nur Muhammad sebagai makhluk pertama) adalah batil, iaitu syeikh Abdullah al-Habasyi al-Harari (syeikh kelompok Ahbasy):
????: ??? ?????? ????? ?? ??? ?? ??? ????? ??????? ??????? ??????? ?????? ??????.
Ertinya: Kami berkata: Hadis ini maudhu' tiada asalnya. Ia menyalahi al-Quranul Karim dan Hadis sahih yang sabit.

sekian..

Abu Muhammad berkata...

Malas aku nak berbalah. Nanti aku tulis lagi, cuma kome checkle, Syaikh Ghimari termasuklah muridnya Sidi Hasan Saqqaf, hanya menolak hadis Jabir tersebut bukannya konsep Nur Muhammad. Nanti le, kome bawak bersabo. Begitu jugak le dengan Imam as-Sayuthi, kome tahu tak dalam al-Hawi jugak Imam as-Sayuthi membawa kata Imam Subki tentang awal makhluk yang dijadikan adalah ruh Junjungan s.a.w.

Kalau kamu ada Syaikh Athiyyah Saqr, aku ada Syaikh Mutawwalli yang mensabitkan hadis Jabir.

Cuma aku nak nukil kata Buya Maliki, hadis Jabir ini masyhur tetapi ada khilaf mengenainya. Kome tahu apa itu khilaf ?

Apa pulak yang dimaksudkan dengan nur ? Apakah ianya seperti yang difahami oleh Bin Baz atau konco-konconya ? Atau seperti yang difahami oleh Syiah ? Banyak persoalannya, kome tenang-tenang dahulu, bawak baca Barzanji ke, Dibaie ke, Habsyi ke banyak-banyak .

eazle berkata...

kita tak de masalah...kita pun dok mengkaji juga..syeikh abu tanya ana makna khilaf??yg tu tak tanya pun ana tahu....laa,bila ana soalkan bukan bermakna ana nak berbalh...tapi kita nak bincang...dan ana pun tahu adabul iktilaf..

syeikh,kalo ana bawa sikit2 tulisan uthman muhammadi,kita bincang kat sini macam mana,rasanya lebih menarik..sebab dia antara salah sorang yg mempertahankan pendapatnya...dan dia sendiri bg tau kalo dia silap buktikan...dan dia akan tukar pegangannya terhadap nur muhammad jika hujjah2 yg dia bawa boleh ditumbangkan...

insyaallah

eazle berkata...

Kalau kamu ada Syaikh Athiyyah Saqr, aku ada Syaikh Mutawwalli yang mensabitkan hadis Jabir.

-----komen---

sini ana bawa link yg membincangkan asal usul musnaf abd razzak tuh..
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=71477

anak bugis berkata...

seseorang yg tak kenal asal kejadian alam ni tak akan dpt memakrifatkan ALLAH dgn hakiki itu sebab jalanan untuk makrifat akan ALLAH ialah berjalan kita kearah belakang bukan berjalan menuju kehadapan yakni syuhud kita asal kejadian kita sehiggalah kepada nur nabi muhammad s.a.w. akhir sekali tidak ada maujud yg hakiki melainkan ALLAH semata2

Abu Muhammad berkata...

Syaikh Eazle, yang kamu nak bincang dengan aku benda yang Ustaz Uthman buat apa hal. Ente elok bincang dengan dia sendiri, berhujjah dengan dia, tumbangkan pendapat dia.

Kalaulah konsep nur muhammad seperti yang difahami oleh ulama kita tak betul, maka putus sanad ilmu orang kita sebab tok-tok guru kita semuanya percaya. Syaikh Daud, Syaikh Nik Mat Kecik, Syaikh Wan Ahmad dan ramai lagi.

Kitab al-Barzanji dah lama beredar. Cuma apa pegangan atau tafsiran mereka mengenai Nur Muhammad itu yang perlu kita kaji, sama tak dengan tafsiran kita atau sekarang orang kata sesat sebab dia tuduh mereka percaya nur muhd ikut tafsiran syiah atau lain-lain golongan sesat.

Dah tahu makna khilaf elok le. So jangan nak berkhilaf, apa jatuh kapir ke mereka-mereka yang percaya kepada asal kejadian ini nur muhammad ? Tengok dulu le tafsiran mereka.

Jadi ente bukan sahaja kena bukti Ustaz Uthman silap, tapi ramai lagi ulama-ulama terdahulu sebagai silap.

Abu Muhammad berkata...

Seperkara lagi, berhubung mushannaf Abdur Razzaq tersebut, ada yang mengatakan bahawa apa yang dicetak oleh Syaikh Habibur Rahman tersebut tidak lengkap kerana ada yang ditinggalkannya. Aku ingatlah takkanlah ulama - ulama terlalu berani nak membuat dusta. Adakah Imam al-Qasthalani itu seorang pendusta ?

Abu Muhammad berkata...

Roh dicipta dari tanah ke ??????

Abu Muhammad berkata...

Bagi aku, wujudnya hadis tersebut dalam Mushannaf Abdur Razzaq dinyatakan oleh ulama-ulama kita yang satunya menguatkan yang lain. Antaranya ialah Imam al-Qasthalani, Imam ar-Zarqani, Imam al-'Ajluni dan lain-lain lagi. Mereka ini semuanya ulama yang mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu hadis dan periwayatannya.

Jadi persoalannya sekarang ialah, siapa yang hendak kita pegang ? Imam - imam tersebut atau Habibur Rahman al-Adzhami dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya ? Terpulanglah bagi diri masing-masing.

Tidak dinafikan bahawa ada jugak ulama kita yang menolak hadis tersebut seperti Syaikh al-Ghimari dan Sidi Hasan Saqqaf. Tapi kan aku dah kata, Buya Maliki sendiri menyatakan bahawa pada hadis Jabir ini ada khilaf. Walaupun mereka menolak hadis Jabir tidak bermakna mereka menolak konsep Nur Muhammad, kerana ada hadis dan atsar lain yang dijadikan sandaran.

Ilmu musthalah hadis itu luas, kita kena faham setiap istilah yang digunakan oleh mereka, kalau salah faham, salah jalanlah jawabnya. Jika seseorang muhaddits menyatakan hadis ini tidak ada asal atau tidak ada sanad yang boleh disandarkan, adakah ianya membawa makna hadis tersebut maudhu' ? Tidak semestinya begitu. Nak tahu sila rujuklah kitab-kitab musthalah hadis yang dikarang oleh ulama-ulama yang benar-benar ahli hadis bi-la-niza', jangan kepada orang-orang zaman ini yang mengaku-ngaku ahli hadis.

eazle berkata...

Syaikh Ghimari termasuklah muridnya Sidi Hasan Saqqaf, hanya menolak hadis Jabir tersebut bukannya konsep Nur Muhammad

----respon---


ana rasa antara dalil utama yg dijadikan sandaran dlm konsep nur muhammad ialah hadith jabir ni..bagaimana mungkin abu kata mereka tak menolak nur muhammad tersebut,sedangkan hadith tersebut sudah tertolak disisi para ulam yg mu'tabar spt yg ana sebutkan sebelum ni..

ana nak minta satu lagi,boleh berikan hujjahj2 atau perkataan syeikh mutawalli yg mengtsabitkan hadith tersebut..sebab bila dilihat dr segi kethabitan hadith tersebut lemah berdasarkan pendapat2 ulama yg lain.

eazle berkata...

Kalaulah konsep nur muhammad seperti yang difahami oleh ulama kita tak betul, maka putus sanad ilmu orang kita sebab tok-tok guru kita semuanya percaya. Syaikh Daud, Syaikh Nik Mat Kecik, Syaikh Wan Ahmad dan ramai lagi


---respon---

adakah syeikh abu lebih yakin dgn ulama tempatan kita berbanding ulama2 di negara arab sana..disini kita perlu jelas dua konsep yg berbeza antara konsep nur muhammad dgn muhammad itu nur..

===================================
Cuma apa pegangan atau tafsiran mereka mengenai Nur Muhammad itu yang perlu kita kaji, sama tak dengan tafsiran kita atau sekarang orang kata sesat sebab dia tuduh mereka percaya nur muhd ikut tafsiran syiah atau lain-lain golongan sesat.

---respon----

apa tafsiran syeikh abu ttg Nur muhammad itu? bagi ana,apa yg ulama2 sebut adalah Muhammad itu adalah Nur sebagai kata majazi sahaja..nabi sbg nur(yg membawa risalah islam dari kegelapan),cahaya keimanan dan cahaya hidayah kpd umat seluruhnya..

dgn ini ana membawa kata2 YQD:

Adapun risalah dan petunjuknya, maka ia adalah nur daripada Allah. Cahaya yang menerangi. Al-Quran menyatakan hal ini:
"Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi." (Al-Ahzab: 45-46)

Al-Quran berbicara dengan Ahlul Kitab: Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan Kitab yang menerangkan (Al-Maidah: 15) Nur di dalam ayat berkenaan adalah Rasulullah s.a.w. Sepertimana al-Quran yang diturunkan kepada Baginda s.a.w. juga merupakan Nur: "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quraan) yang telah Kami turunkan." (At-Taghabun: 8) FirmanNya: "dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)." (An-Nisaa': 174). FirmanNya lagi: "(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang..." (Ibrahim: 1)


rasanya jelas benar dr ayat Quran diatas ttg konsep muhammad itu nur dan bukannya nur muhammad...

ape pemdapat enta syeikh abu..

eazle berkata...

Kalau kita beranggapan bahawa ayat al-Quran yang memaksudkan Muhamad adalah Nur dengan penafsiran sebagai Nur Muhamad, maka kita juga terpaksa menerima al-Quran yang dianggap sebagai cahaya sebagai Nur al-Quran yang mempunyai konsepnya tersendiri sebagaimana Nur Muhamad.


===================================

Walaupun mereka menolak hadis Jabir tidak bermakna mereka menolak konsep Nur Muhammad, kerana ada hadis dan atsar lain yang dijadikan sandaran.

---respon---

boleh tak kalo syeikh abu nyatakan hadith dan atsar lain yg dijadikan hujjah/sandaran tersebut..??

===================================
So jangan nak berkhilaf, apa jatuh kapir ke mereka-mereka yang percaya kepada asal kejadian ini nur muhammad ? Tengok dulu le tafsiran mereka.


---respon---
tak jatuh kapir pun,tapi dalam agama ni kita mahukan keaslian dan kebenaran yg ditegakkan berdasarkan hujjah yg kuat lagi saheh,bukannya andain2 yg tersendiri.

===================================

Seperkara lagi, berhubung mushannaf Abdur Razzaq tersebut, ada yang mengatakan bahawa apa yang dicetak oleh Syaikh Habibur Rahman tersebut tidak lengkap kerana ada yang ditinggalkannya. Aku ingatlah takkanlah ulama - ulama terlalu berani nak membuat dusta. Adakah Imam al-Qasthalani itu seorang pendusta

---respon---

bukan saje maulana habibur rahman yg mengatakan demikian,Anwar Shah Kasymiri juga menyatakan hadis itu telah dikemukakan oleh Hakim dalam Mustadraknya tetapi apabila diteliti tidak terdapat pun hadis itu di dalam Mustadrak, yang ada hanyalah hadis tentang Qalam sebagai sesuatu yang mula-mula dijadikan oleh Allah bukannya Nur Muhammad.

Yang menghairankan ialah para ulamak yang lalu menyebutkan hadis ini terdapat di dalam Musannaf seperti apa yang disebutkan oleh pengarang sebuah kitab tasauf dalam bahasa Jawi iaitu “Ad Durun an Nafis” (muka surat 23) dan Sulaiman An Nadwi dalam “Seeratu an Nabi” (Jilid 3) tetapi Sulaiman Nadwi mengakui tidak berpeluang melihat kitab itu sendiri kerana kitab itu tidak dicetak di India pada ketika itu.


macam mana to syeikh?ttg imam qastalani tuh,ana KIV dulu..semoleknya enta nyatakn hujjah2 qastalani tersebut buat meyakinkan ana..

===================================
Roh dicipta dari tanah ke ??????

---respon---

roh itu bukan dicipta dari tanah ttp nabi muhammad saw itu dicipta dari tanah sama macam manusia lain juga...bezanya baginda membawa risalah tauhid,nur kpd umat manusia.

eazle berkata...

Bagi aku, wujudnya hadis tersebut dalam Mushannaf Abdur Razzaq dinyatakan oleh ulama-ulama kita yang satunya menguatkan yang lain. Antaranya ialah Imam al-Qasthalani, Imam ar-Zarqani, Imam al-'Ajluni dan lain-lain lagi. Mereka ini semuanya ulama yang mempunyai pengetahuan luas dalam ilmu hadis dan periwayatannya

---respon----

disini ana hanya mengambil kata us.ana,maulan asri Yusuf ttg musannaf abd razzak ini:

Sebelum ini telah dinyatakan bahawa hadis ini tidak terdapat dalam “Musannaf” Abdul Razak. Kalau diandaikan hadis ini memang ada, maka ia perlu dinilai dan ditimbang dengan neraca ilmu hadis dan hasilnya tentu akan kita dapati bahawa ada beberapa perkara yang menghalang kita daripada menerima hadis ini untuk dijadikan sebagai alasan atau pegangan.



Pertama, perlu diteliti dan diketahui dengan sejelas-jelasnya siapakah Abdul Razak itu? Mengikut kebanyakan tokoh-tokoh hadis bahawa Abdul Razak adalah seorang Syiah Rafidhah. Setengah ulamak menganggapnya sebagai pembohong. Ulamak-ulamak hadis yang menerima riwayatnya pun mengemukakan beberapa syarat untuk diterima riwayatnya. Antaranya ialah:



1. Oleh kerana beliau seorang Syiah, mana-mana riwayatnya berhubung dengan fadhail dan manaqib tidak akan diterima.

2. Riwayat-riwayatnya yang menyentuh peribadi sahabat tidak akan diterima.

3. Oleh kerana Abdul Razak telah kehilangan akal pada tahun 210H, ketika itu sesiapa sahaja boleh menyatakan sesuatu daripada mulutnya tanpa kesedaran dirinya, oleh itu setiap riwayat yang dikemukakan selepas tahun 210H tidak boleh diterima.

4. Riwayat-riwayat yang dinukilkan oleh anak saudaranya yang bernama Ahmad bin Abdullah semuanya mungkar.

5. Dia terkenal dalam kesilapannya meriwayatkan hadis-hadis Ma’mar sedangkan kebanyakan riwayat-riwayatnya adalah berpunca daripada Ma’mar.

6. Sekiranya hadis yang diriwayatkannya itu hadis yang muttasil dan setiap perawinya adalah orang tsiqah barulah boleh diterima riwayatnya.



Itupun bagi orang-orang yang menerima riwayatnya, sementara segolongan ulamak hadis pula langsung tidak mahu menerima riwayatnya oleh kerana beliau dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Zaid bin Al Mubarak malah menyatakan Abdul Razak itu lebih pembohong daripada Waqidi. Ahmad bin Abi Khaitsamah berkata, “Saya mendengar Ibn Ma’in ketika diceritakan kepadanya bahawa Imam Ahmad berkata, “Ubaidullah bin Musa ditolak hadisnya kerana kefahaman Syiahnya “Maka Ibn Ma’in berkata, “Demi Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Abdul Razak lebih melampau 100 kali ganda daripada Ubaidullah dalam perkara ini “(Az Zahabi-Mizanu Al-I’tidal jilid 2 muka surat 611)

Abu Muhammad berkata...

La anak murid Assri Yusuf, rupanya, tok se balah lah, mu gi jumpa Tok Guru Haji Dollah Lubok Tapah, sudah.

Apa maksudnya Junjungan Nabi dicipta dari tanah, apa maksud kita dicipta dari tanah ? Haqiqatankah ? Jisim Nabi Adam sahaja yang asal daripada tanah haqiqatan. Kita dari air mani.

Nur Muhammad yang dimaksudkan mula awal dicipta itu adalah rohnya Junjungan, bukankah roh dicipta terlebih dahulu daripada jisim ? Jasad yang mula wujud, jasad Nabi Adam, tetapi roh yang mula wujud ialah roh Junjungan yang disebut juga sebagai Nur Muhammad dan banyak lagi nama lain.

Syaikh Eazle, malas aku nak mujadalah dengan mu. Mu gi jumpa Tok Guru Haji Dollah.

Abu Muhammad berkata...

Kalu mu nak tahu lagi, mu sabarlah tunggu, aku tulis lagi. Mu nak balok ngan aku, buak gapo. Mu ikut je Ustaz mu, aku ikut Ustaz aku.

Abu Muhammad berkata...

Syaikh jangan mu nak hina ulama kita Tanah Melayu. Daripada ulama Wahhabi dan Ustaz Asri aku lebih percaya Tok Syaikh Daud. Mu jangan nak lebih sangat. Aku ingat tok nenek hang faham Islam dulu sebab ulama kita ni, besar abuk bukan jasa Syaikhun Najdi.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nak lasik nasik tambah sket:
Sdra Eazle .... mu tak baca ka awal-awal lagi Pak Abu dah tulis kat atas sana ... Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran...
So hang pi lah layan geng yang satu kepala dengan hang! Dan satu lagi ajaklah tok guru hang pi muzakarah dengan Tok Guru Hj Lah ...
Teuihkan usaha hang Pak Abu ...

eazle berkata...

Kalu mu nak tahu lagi, mu sabarlah tunggu, aku tulis lagi. Mu nak balok ngan aku, buak gapo. Mu ikut je Ustaz mu, aku ikut Ustaz aku.

----respon---

itu bukan masalahnya syeikh..yg penting ana nak cari kebenaran,kalo tak buat ape ana masuk blog nih..ana juga mengkaji,melihat dalil kedua2 belah pihak,samaada "wahabi" atau traditionalist...
ape lah kome ni,berbalah tu lain,ni kita nak bincang secara ilmiah...inSyaAllah kalo dberi kesempatan,ana jumpa syeikh hj dollah..

Abu Muhammad berkata...

elok le kalau nak cari kebenaran. Mu kena gi jumpa TG Haji Dollah ke, Datuk Murthada ke dan lain-lain ulama yang masih ada.

Cuma aku nak peringat kat mu agar jgn kurang ajar kat ulama kita terutama sekali ulama silam yang telah banyak menabur jasa untuk bangsa kita rantau sini.Mu jgn pandang rendah kat ulama-ulama kita.

Ilmiah mende kalau mu dah pandang rendah kat ulama. Adab ikhtilaf mana yang mu belajo. Mawlana mu ajar ke ?

Abu Muhammad berkata...

Kalaulah semata-mata nak pegang Yahya Ibnu Main, Imam asy-Syafi`i pun tak tsiqah.

Tawel-Sensei berkata...

Petikan dari eazle:
adakah syeikh abu lebih yakin dgn ulama tempatan kita berbanding ulama2 di negara arab sana..

Aduh..mana boleh cakap macam ni.. Ulama-ulama tempatan kita yang terdahulu belajar dari para ulama negara Arab juga. Ramai yang belajar dan berguru dengan para ulama yang ada di Mekah dan Madinah (iaitu sebelum kebangkitan Wahhabi). Cuma bila Wahhabi bangkit, ramai ulama-ulama yang tidak sekepala dihalau keluar dari Haramain.

Sebenarnya kita telah ikut para ulama di tanah Arab selama beratus-ratus tahun. Dan apa sebenarnya definisi eazle tentang Ulama Tanah Arab?

Adakah ia merujuk kepada:
1- Para ulama yang hidup di Arab Saudi,
2- Dan mereka lahir selepas kebangkitan Wahhabi,
3- Dan mereka berusaha untuk memurnikan semula agama Islam yang didakwa sudah rosak sejak sekian lama?
4- Dan mereka juga mestilah berbangsa Arab?

Nanti makin banyak saya tanya makin pening pula jadinya. Saya nak tanya eazle, Sheikh Albani tu lahir di mana? Dia bangsa apa? Dr Asri tu orang Arab ke?

Ada ke patut nak nilai keilmuan seseorang ulama tu berdasarkan bangsa dan tempat asal? Dan negara Arab tu cuma Arab Saudi aje ke? Yaman, UAE, Jordan, Mesir, Syria dan sebagainya bukan negara Arab ke?

Parah betul dunia Islam kalau pemikiran sedemikian bermaharajalela.

Abu Muhammad berkata...

Kalau kome nak tahu, hatta Ibnu Taimiyah diragui arabnya, bahkan yang lebih kuat kata dia adalah bangsa Kurdi.

cucucicitTokKuPaloh berkata...

Salam.
Walaupun kita bersaudara tapi saya tak kan biarkan orang memperlekehkan ulama2 kita yang banyak menabur jasa tidak lama dulu. Sapa kurang ajar, meh sini aku lempang hang.

sheik berkata...

Isu Nur Muhammad ini isu yang terdapat khilaf padanya. Sesiapa yang tahu akan HAQ diharap dapat menunjukkan sampai betul sesiapa yang ditunjuk dan yang ditegur. Tanggungjawab bila bercakap amat besar bagi seorang muslim. Bukan sekadar bermadah indah, tetapi mesti tunjukkan sampai orang yang ditunjuk jadi betul, baru terlepas tanggungjawab. Kalau tidak baik JANGAN.

Abu Muhammad berkata...

Tok Sheik hang sendiri dah kata isu ni khilaf. Jadi jawapannya tentulah ada 2, satu tak leh nak claim yang dia sahaja yang betul. Mu fahami MAKNA KHILAF TU BETUL-BETUL.

Aku di sini cuma nak tunjukkan bahawa ianya ada khilaf, supaya yang tak nak pegang taklah taksub sangat nak menyalahkan golongan yang pegang. ITU SAHAJA.

MAKA YANG HAQNYA IALAH IANYA ADALAH KHILAF.

Tok Sheik tak nak baca, bolehlah pi keluaq cari blog sesama sheik.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Abu Muhammad, di mana saya boleh saya dapatkan buku karangan saudara Mohd Zaidi Abdullah, "Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jama'ah"?. Saya ada jumpa bukunya "Hikmah
al-Isyraqi" tapi saya belum berjumpa lagi buku di atas.

Abu Muhammad berkata...

Sila cari kat Pustaka Khazanah Fathaniyyah dekat Hospital Tawakkal. Insya-Allah, masih ada kat situ.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Tuan atas jawapan itu.

Tanpa Nama berkata...

Saya sudah menghubungi Pustaka Khazanah Fathaniyah. Buku tersebut sudah kehabisan stok. Saya juga telah pergi ke beberapa kedai buku, tapi buku ini tidak dijual.