Kelebihan Membaca Mawlid 1
- Telah berkata Imam al-Hasan al-Bashri qaddasaAllahu sirrah: "Aku kasih jika ada bagiku seumpama gunung Uhud emas untuk kunafkahkan atas pembacaan mawlid ar-Rasul."
- Telah berkata Imam al-Junaidi al-Baghdadi rhm.: "Sesiapa yang hadir mawlid ar-Rasul dan membesarkan kadar baginda, maka telah berjayalah dia dengan iman."
- Telah berkata Syaikh Ma'ruuf al-Karkhi qds.: "Sesiapa yang menyediakan untuk pembacaan mawlid ar-Rasul akan makanan, menghimpunkan saudara-saudaranya, menyalakan lampu-lampu, berpakaian baru, berwangi-wangian, berhias-hias, demi membesarkan mawlid Junjungan s.a.w., nescaya dia akan dihimpunkan oleh Allah ta`ala pada hari kiamat bersama-sama kumpulan pertama daripada para nabi dan jadilah dia berada pada setinggi-tinggi syurga. Dan sesiapa yang telah membaca mawlid ar-Rasul s.a.w. ke atas dirham-dirham perak atau emas, dan mencampurkannya bersama dirham-dirham lain, jatuhlah padanya keberkatan dan tidaklah papa si empunyanya serta tidak akan kosong tangannya dengan berkat mawlid ar-Rasul s.a.w."
Begitulah ikhwah, buat pendahuluan perkataan 3 orang ulama dan waliyUllah besar berhubung kelebihan bermawlid dan membaca mawlid, sebagaimana dinukilkan oleh ulama besar kita yang jadi ikutan dalam mazhab (i.e. ikutan orang yang bermazhab, yang tidak bermazhab tentu tak ikut). Nak pakai,pakai, tak nak pakai ikut mu le, tapi aku pakai kerana aku Sunniyyun Syafi`iyyun. Jom mawlid.
5 ulasan:
Alhamdulillah. Bermula 1 Rabiulawal, setiap malam kami berkumpul tertahlil serta memulakan bacaan barzanji diselangkan selikan dengan dibaie ... sehingga pada hari kemuncaknya 12 Rabiulawal......
Akhi anony, ni kat mana tu ?
Ditempat pengajian kami di Lembah Klang ini. Bahkan kalau ada yang uzur maka dianjurkan dia mambaca maulid barzanji/dibaie dirumahnya sendiri ... bahkan juga sepanjang bulan maulid ini dianjurkan juga menggandakan solawat.
Akhina,kalau boleh kabo-kabo kat kami di sini di mana pengajiannya.
Maulud di Madrasah Islamiyyah, Yayasan Al-jenderami, Dengkil dari Jumaat sampai Selasa.
Banyak Aktiviti2,pameran, ceramah dll.
Salah seorg pendakwah dari Sarawak yg bekas paderi kristian, Ust Ayub juga hadir
Tetamu lain spt Syeikh Syed Afifuddin Al-Jailani (penjaga wakaf Sy Abd Qadir Al-Jailani (keturunan ke 18) yg skrg bermastautin di Setiawangsa, KL. Habis Hassan Al-Attas dr Masjid Baalawi, Spore. dll.
www.aljenderami.com.my
Catat Ulasan