Talaffuz bin Niyyah - Ketetapan Muzakarah 1
Petikan dari "Risalah Ketetapan Majlis Muzakarah 'Ulama` SeMalaya - Di Kepala Batas", mukasurat 16 - 18:-
- Masalah membaca ushalli ketika hendak sembahyang. Hukumnya:- Membaca ushalli itu hukumnya SUNNAT bukan bid`ah dhalalah.
- Dalilnya:- Tersebut di dalam an-Nihayah juzuk yang pertama muka nombor 340 ...yang ertinya..."Dan disunnatkan berkata dengan barang yang diniatkan dahulu sedikit daripada takbir supaya menolong lidah akan hati dan supaya terjauh daripada was-was dan supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajib akan dia".
- Dan ditambah pada tempat ini di dalam Tohfah dengan katanya: ..."Dan kerana qiyas pada niat haji yang akan datang" - dan ibaratnya pada kitab al-Haj :-......yang bererti:- " Orang yang menghendaki ihram itu berniat ia dengan hatinya kerana hadis "innamal a'malu bin niyyaat" dan berlafaz dengan lidahnya kerana mengikut Nabi s.a.w. kerana hadis yang telah meriwayat oleh Anas bin Malik berkata ia: ......yang bererti:- "Aku dengan Rasulullah s.a.w. berkata ia: "Labbaika bi hajjatin wa 'umratin".
- Difaham daripada ibarat Nihayah dan Tohfah yang tersebut itu dan seumpama keduanya al-Muhadzdzab dan Mughni bahawa berlafaz (ushalli) itu SUNNAT. Dan illahnya (1) supaya menjadi pertolongan kepada hati; (2) supaya terjauh daripada was-was; (3) kerana memelihara qaul yang mengatakan wajib; (4) kerana qiyas pada niat haji, dan telah sabit bahawa Nabi s.a.w. berlafaz dengan niat haji seperti yang zahir pada riwayat Sayyidina Anas yang tersebut itu.
Jadi ikhwah, kalau berlafaz dengan ushalli itu bid`ah dhalalah, maka jadilah keseluruhan ulama kita ahli bid`ah dhalalah yang semuanya terjun ke neraka. Soalan, siapa yang berani hukumkan sedemikian ? Geng anak Pak Wahhab dan Kaum Muda @ Mudah anti mazhab mungkin berani. Apakah semua ulama kita tak tahu hukum dan nas ??????????? Atau kepala kita yang terlalu besar sehingga tak faham-faham nas ulama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan