Rabu, Mac 08, 2006

Talaffuz bin Niyyah


Kutipan daripada kitab "al-Fiqh 'alal Madzahibil Arba`ah" karangan Syaikh 'Abdur Rahman al-Jazairi, juzuk 1, mukasurat 205, terjemahan bebasnya seperti berikut:-
  • DISUNNATKAN melafazkan dengan lidah akan niat (yakni niat sembahyang) seperti dia mengucap dengan lidahnya, sebagai contoh : "Usholli Fardhadzh-Dzhohri", kerana pada yang sedemikian itu peringatan bagi hati (yakni dengan melafazkan niat boleh mengingatkan hati akan perbuatannya mendirikan sholat itu)........... Dan hukum ini disepakati di sisi mazhab asy-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah (yakni melafazkan niat ini hukumnya sunnat pada mazhab kita, Syafi`i dan mazhab Hanbali).
  • Bagi mazhab Malikiyyah dan Hanafiyyah, melafazkan niat tidak disyariatkan pada sembahyang, melainkan apabila adalah musholli itu orang yang bersifat was-was.
  • Dalam mazhab Malikiyyah hukum melafazkan niat bagi orang yang tidak was-was hukumnya KHILAFUL AWLA, tetapi bagi yang was-was DISUNNATKAN.
  • Dalam mazhab Hanafiyyah, melafazkan niat itu adalah bid`ah dan dipandang baik untuk menolak was-was (yakni bid`ah hasanah).

Ikhwah, jadi hukum melafazkan niat untuk sholat seperti yang biasa kita amal hukumnya SUNNAT dalam mazhab kita. Begitulah juga hukumnya dalam mazhab Hanbali. Mazhab Maliki dan Hanafi memandangnya sebagai tidak disyariatkan atau bid`ah, tetapi tidak menghukumkannya sebagai bid`ah dhalalah yang seharusnya ditentang habis-habisan pengamalannya seperti seruan puak Wahhabi Ahli Bid`ah wadh-Dhalalah itu. Aku ingat lagi Tok Syaikh aku yang dari India bermazhab Hanafi siap lafaz niat sembahyang dalam bahasa Urdu. Jadi menurut keterangan Tuan Syaikh pengarang kitab di atas, pendapat kaum muda @ Wahhabi yang anti tallaffuz bin niyyah itu tidak termasuk dalam pendapat mana-mana mazhab yang 4, jadi agaknya mereka mazhab yang ke-5. Jadi saudara-saudara yang anti talaffuz, korang semua tak payahlah nak talaffuz, jangan ganggu kami dalam ibadah kami. Lagi pun tak batal sembahyang kami dengan melafazkan niat sebelum takbiratul ihram. Kepada Sunniyun Syafi`iyyun mantapkan hati kita untuk beramal menurut ajaran para ulama kita, ingat mazhab kita bukan baru semalam lahir dan bukan hanya ada seorang dua ulama sahaja. INGAT BETUL-BETUL, MELAFAZKAN NIAT SEMBAHYANG DI LIDAH HUKUMNYA SUNNAT KERANA IANYA BOLEH MENOLONG MEMANTAPKAN HATI DAN MENOLAK WAS - WAS. APA ERTI SUNNAT, DIBUAT DIBERI PAHALA, JADI ELOKLAH KITA YANG BERMAZHAB SYAFI`I MELAKUKANNYA.

Allahu a'laam.

7 ulasan:

Anak Alam berkata...

Abang Abu Muhammad,
Assalamualaikum,

Sadaqta.

Semasa kami belajar Matla'ul Bahrain dengan tok kami, al-Marhum Ustaz Azhari Kuala Kangsar, beliau juga mengatakan bahawa hukum asalnya adalah sunat, tetapi kemudian menambah dengan menyatakan pendapat Imam Nawawi yang mengatakan ia boleh jadi wajib, untuk orang 'ajam terutamanya, sekiranya kalau tanpa melakukan lafaz niat itu susah atau tidak dapat terlintas niat itu pada hati. Kami tidak tahu dari kitab mana dia kutip kata2 Imam Nawawi itu. Ini adalah satu daripada beberapa fatwa Imam nawawi yang tidak masyhur dalam mazhab yang kami dapat drpdnya. Waalahu ta'ala a'lam bis sawab. al-Fatihah buat nenda kami.

Shafiq Ayman berkata...

Abang Abu Muhammad,

Saya linkkan blog abang dlm blog saya.Teruskan menulis.......

Abu Muhammad berkata...

Akhi Anak Alam, memang ada qil dalam mazhab yang mewajibkan talaffuz bin niyyah secara mutlak, Sebagaimana disebut oleh para ulama kita seperti Imam Ibnu Hajar, Imam ar-Ramli (rujuk Tohfah jilid 2 mukasurat 13 di mana Imam Ibnu Hajar menyatakan bahawa hukum talaffuz itu sunnat/mandub sebelum takbiratul ihram untuk lidah menolong hati dan agar keluar daripada khilaf ulama yang mewajibkannya). Walau bagaimanapun pendapat ini dipandang sebagai syadz dan silap oleh fuqaha lain sebagaimana dinyatakan oleh Imam an-Nawawi dalam Majmuk dan Raudhatuth-Tholibin (mukasurat 336 juzuk 1). Antara yang berpendapat wajib talaffuz bin niyyah ialah Syaikh Abu Abdullah az-Zubairi seperti dinyatakan oleh Imam an-Nawawi dalam Majmuk mukasurat 169 juzuk 3.

Berkenaan bagi pendapat yang menyatakan orang ajam,terutamanya, wajib melafazkan niyyah ianya boleh diterima jika sekiranya tanpa talaffuz menyebabkan sukar dia menghadirkan niat dalam hatinya dan sukar baginya menolak was-was. Maka tidaklah jauh dari kebenaran jika orang yang sedemikian diwajibkan talaffuz bin niyyah berdasarkan kaedah fiqh “ma la yatimul wajib illa bihi, fa huwa wajib.” Fiqh itu luas.

Akhi Syafiq, tafadhdhalu.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Abu Muhammad, di sini saya nukilkan beberapa fatwa ulama'-ulama' terkemuka mazhab Syafi'i:

1. “Dan niat itu di dalam hati. Dan sunat (mandub) mengucapkannya sebelum takbir.” (Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (Imam Nawawi) , Minhajut Tholibin, Bab Sifat Solat).


2. “Dan sunat (mandub) mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, gunanya supaya lisan dapat menolong hati, juga kerana ada orang yang mengwajibkannya, dan pula diqiyaskan kepada apa yang terjadi dalam mengerjakan haji.” (Imam Ibn Hajar al-Haitami, Tuhfatul Muhtaj, Juzuk 2).

3. “Sunat mengucapkan yang diniatkan itu seketika sebelum takbir, gunanya supaya lidah dapat menolong hati, untuk menjauhkan waswas dan jangan terlalu jauh dari ulama’ yang memfatwakan kewajibannya.” (Imam ar-Ramli, Nihayatul Muhtaj, Juzuk 1).

4. “Dan sunat mengucapkan apa yang diniatkan seketika sebelum takbir, gunanya supaya ucapan itu dapat menolong mennyegerakan niat ke dalam hati dan juga untuk menjauhkan waswas.” (Imam Khatib as-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, Juzuk 1).

5. “Dan mengucapkan niat seketika sebelum takbir, supaya bacaan dapat menolong hati.” (Syeikhul Islam Zakaria al-Ansori, Fathul Wahab, Jilid 1).

6. “Dan sunat mengucapkan yang diniatkan sebelum takbir, gunanya supaya bacaan dapat menolong hati, dan supaya jangan terlalu jauh dari fatwa orang yang menfatwakan wajib.” ( Syeikh Zainuddin al-Malibari, Fathul Mu’in, Bab Solat).

7. “Dan telah tetap bagi sahabat-sahabat kita, bahawa sunnat melafazkan padanya (ya’ni lafaz niat sebelum takbir), dan mengqiyaskan sebahagian ulama’ dengan apa yang tersebut dalam Sahihain (kitab Bukhari dan Muslim), iaitu hadith dari Anas dan Ibn Umar radhiallahuanhuma.” (Imam al-Qastholani, Mawahibul Laduniyah, Jilid 2).

Tapi, kita lihat pula pandangan Imam Jalaluddin al-Suyuthi seorang Imam mazhab Syafi'i di dalam kitab al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’:

"Daripada bid‘ah (yang saiyyah) itu adalah, was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman:

?????? ????? ?????? ??? ??????? ??????? ???????? ????????

“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik.” [al-Ahzab 33:21"

Apa pendapat Tuan?

Abu Muhammad berkata...

Akhina Cik Nony, aku dalam mazhab kita memang sunnat tallaffuz bin niyyah. Betullah apa yang dinukilkan itu. Syukran lak.

Malakian/System berkata...

Terima kasih Tuan atas jawapan itu. Eh, saya bukan Cik Nony :) Boleh Tuan ulas sikit tentang fatwa Jalaluddin as-Suyuthi yang saya paparkan itu?

Abu Muhammad berkata...

Tuan Malaki, maaf le, bukan apa, biasanya sesiapa yang tak boh nama, aku panggil cik nony saja. Jangan marah no. Insya-Allah, berhubung kata Imam as-Sayuthi tersebut biarlah hamba rujuk kat kitab beliau dahulu. Sabar nooo.

Tapi yang penting apa yang dii'timad dalam mazhab ianya adalah sunnat.