Selasa, Mac 21, 2006

Taqlid - Pandangan Ulama 3

Kali ini aku bawa tulisan Habib 'Alwi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki al-Hasani rhm. (ayahanda kepada Buya Dr. Habib Muhammad bin 'Alwi al-Maliki rhm.) dan Syaikh Hasan Sulaiman an-Nuri. Nukilan ini adalah daripada muqaddimah beliau-beliau bagi kitab karangan bersama mereka berjodol "Ibanatul-Ahkam syarah Bulugh al-Maraam", antara lain:-
  • ...bahawasanya al-ijtihad itu adalah suatu martabat yang agung pada syarak dan darjat yang besar lagi tinggi. Ianya memerlukan kepada keluasan ilmu dan kemahiran bukan sahaja terhad kepada topiknya tetapi juga kepada lain-lain lagi. Maka zahirlah dengan ini bahawa orang yang mendakwa mencapai ijtihad mutlak pada masa-masa akhir ini adalah orang yang tidak mengetahui ketinggian taraf perkara yang didakwanya (yakni maqam ijtihad mutlak itu) atau jahil tentang taraf kemampuan dirinya (yakni dia beranggapan dirinya sudah mencapai darjat tersebut), dan mana-mana satu dari dua perkara ini tidak boleh dianggap sebagai keuzuran bagi sipendakwa tersebut.
  • Dan sesiapa yang berkata bahawasanya ijtihad itu wajib atas setiap manusia, sedangkan pada kalangan mereka terdapat orang awam dan jahil dan para pekerja, jika sekiranya dia mengingkari kewujudan mereka dalam umat ini, maka keingkaran itu adalah perbuatan bongkak yang menafikan kenyataan.
  • Dan jika sekiranya dia mengakui kewujudan golongan awam yang berhajat kepada taqlid, maka taqlidnya orang awam kepada ahli kurun yang tiga terdahulu daripada kalangan para imam besar adalah lebih awla dan lebih benar daripada taqlidnya orang awam tersebut kepada selain para imam besar tersebut, yang mana Junjungan Nabi s.a.w. telah mendatangkan kesaksian atas kebaikan mereka tersebut sebagaimana sabdaan baginda:- ...."Sebaik-baik manusia adalah kurun aku, kemudian mereka-mereka yang mengikutinya, kemudian mereka-mereka yang mengikutinya." Hadis ini adalah kesaksian seorang Nabi yang maksum yang tidak boleh ditolak atau didusta atau diragui atau ditukar, serta mazhab-mazhab para imam tadi telah dhabit, sumber ambilan mereka adalah murni dan telah disaring akan perkataan-perkataan dan fatwa-fatwa mereka daripada pengikut-pengikut mereka dengan ambilan yang sahih atau mutawatir dengan generasi kemudian mengambilnya daripada generasi sebelumnya.
  • Jadi bagaimana ditinggalkan taqlid kepada para ulama ini untuk bertaqlid kepada orang yang tidak mengetahui tempat berlakunya ijmak dan tidak mengetahui rahsia tasyri' serta tidak mengetahui cara mengistinbath segala hukum. Di antaranya, mereka yang meremehkan sunnah dan tiada syak ini adalah daripada was-was syaithan. Sebahagian lagi tidak mempunyai akal yang rusukh lalu mengingkari nasikh dan mansukh, bahkan ada sebahagiannya yang ingkar akan wujudnya qiyas........
  • Dan bukanlah kami mendakwa bahawa pintu ijtihad telah ditutup, bahkan pintu tersebut sentiasa terbuka sampai ke hari kiamat, akan tetapi ianya adalah bagi orang yang berkelayakan dengannya (yakni layak untuk berijtihad) orang yang benar-benar mengetahui cara istinbath, mengetahui berhubung nasikh dan mansukh, tempat berlakunya ijma'.....
  • Maka dakwaan ijtihad bagi orang yang bukan ahlinya, maka itu adalah kalimah yang hak tetapi yang dikehendakinya adalah kebatilan, tempat timbulnya fitnah yang kosong dari kebenaran, memalsukan kebenaran dan melencong lari dari mengikut Sunnah wal Jama`ah serta menyalahi jumhur.

Begitulah kekawan, bukan senang nak jadi Imam asy-Syafi`i. Bukan senang nak senang ooooo. Kalau setakat cut and paste, setakat baca kitab cincai-cincai atau baca tak habis, tok sahlah. Dulu punya ulama, bukan baca kitab, siap karang kitab. Sekarang kalau ada orang boleh karang kitab macam mereka, tak leh jugak kata setaraf sebab sekarang kitab-kitab rujukan dah bertabur ada kat mana-mana dan senang didapati, maklum information technology. Muhadditsin dah siapkan kitab-kitab mereka, muffasirin jugak begitu dan begitu jugak dengan yang lain.

Tapi jangan pulak lupa bahawa ulama dulu punya information technology lain, lagi hebat, kalau kita online kat net, depa online terus sambung dengan Zat Yang menciptakan orang yang mencipta teknologi net tu.....i.e. ilmu wahbi (.......bukan ilmu wahhabi, ini ilmu baru akhir zaman). Tak heran ilmu mereka hebat lagi berkat berpanjangan sampai ke masa kita, sambut menyambut antara guru dan murid.

Hebat-hebat mereka dok taqlid jugak dengan imam-imam mazhab. Imam an-Nawawi tak hebat ke ? Hujjatul Islam al-Ghazali ? Amirul Mukminin fil hadits Ibnu Hajar al-'Asqalani ? Imam al-Bukhari ? Kalau mereka pun ikut bertaqlid dengan mazhab, aku dengan ekau elok ikut samalah jang ooooo. Karang tak taqlid dengan imam-imam mazhab, jadi taqlid ngan setan pulak.

Tapi ada gak yang tunjuk terer, kata ikut semua mazhab. Yang ikut semua mazhab ni sebenarnya tak ikut pun mana satu mazhab. Alkisah adalah ada satu negeri kat kayangan kata dia ikut Ahlus Sunnah Wal Jamaah sahaja tanpa terikat dengan mana-mana satu daripada 4 mazhab, hakikatnya mereka tak beramal pun dengan salah satu daripada yang 4 itu sebab yang mereka amal adalah mazhab ke-5, mazhab ABC. Apa tidaknya, campur-campur ertinya tukang pilih atau tukang campur tu tentulah lebih hebat daripada ulama-ulama 4 mazhab tersebut, sebab dia yang boleh tarjih kekuatan nas semua mazhab, ertinya dia memang sudah tabahur betul-betul segala aqwal mazahib dan hujjah-hujjah mereka. Kalau beginilah, jom kita pakat ramai-ramai nobatkan dia sebagai Imamul Ama-im.

Kita Sunniyun Syafi`iyyun terima dan saling menghormati mazhab-mazhab Ahlus Sunnah yang lain. Tapi kita beramal dengan mazhab kita secara lazim, tanpa bersikap fanatik sehingga memandang serong terhadap saudara-saudara kita tersebut. Al-Quran boleh dibaca dengan 7 gaya bacaan (qiraat), tapi kita tidak diwajibkan untuk membacanya dengan ketujuh-tujuh gaya tersebut, memadai kita memilih satu daripada yang 7 tersebut, dan dipandang satu kesalahan jika kita mencampur-campur bacaan tersebut dengan sembrono.

5 ulasan:

abukajang berkata...

Syeikh Abu Muhd nie, kalau dia tulis bab ILMU musti ade dia pie sindiaq kat geng-geng Pak Wahab, dengar cerite kat perlis akan dianjurkan satu forum menerangkan salahfaham orang terhadap syeikh muhd abdul wahab, MB perlis Ustaz Shahidan Kassim penganjurnya ...

oklah, balik pada tulisan Syeikh kita nie Pak Abu Muhammad pasai bab taqlid ni ... kalau dari segi ILMU HUKUM yakni FEQAH boleh kite bertaqlid pada satu mazhab ... tapi bila kita membicarakan BAB TAUHID, Ulama berbeza pendapat terhadap isu TAQLID nie tapi yg kuatnya kita tidak boleh bertaqlid dalam BAB KETAUHIDAN nie, bagaimanakah khilaf ulama kalam dalam bab TAQLID pada ILMU USUL DAN ILMU KALAM ... Padhol ya Syeikh ...

Tawel-Sensei berkata...

Sebelum Abu Muhammad mengomel tentang taqlid dari segi akidah, ingin saya mencelah banyak (bukan sedikit, tapi banyak).

Saya melihat ada ramai pelawat yang terus melawat dan membaca blog ini. Katanya ingin mencari kebenaran. Alhamdulillah..baguslah kalau begitu. Tapi apa yang jadi masalah bila orang-orang yang kata nak cari kebenaran ini menghunus pedang untuk berdebat kerana tidak bersetuju dengan apa yang ditulis.

Sebagai contoh dalam bab taqlid. Mula-mula kata: Saya lawat blog ini sebab nak cari kebenaran tentang taqlid. Bila brother Abu Muhammad dah kasi hujah itu dan ini dengan berdasarkan apa yang telah disepakati ulama Ahlus sunnah wal jamaah, tak nak pula ikut kebenaran yang telah dibentangkan.

Depa ni nak bersilat pula dengan membawa hujah-hujah dan pendapat minoriti. Sebelum kita beralih kepada topik taqlid dari segi akidah, ingin saya bertanya kepada puak-puak Salafi yang melawat blog ini: Anta ni masih nak kata orang-orang awam telah melakukan sesuatu yang haram ke sebab bertaqlid dari segi fiqh? Anta masih nak kata taqlid ni haram ke?

Selagi kita masih tak mahu terima kebenaran tentang wajib taqlid bagi orang awam dari aspek fiqh, maka janganlah buka topik lain untuk diperdebatkan. Sebab jenis manusia yang macam ini hanya suka untuk berdebat, dan bukan ingin mencari kebenaran.

Saudara Abu Muhammad dah berikan hujah-hujah yang disepakati oleh ulama ASWJ. Kalau nak cari kebenaran, kenapa masih tak mahu terima pendapat majoriti? Nak cari kebenaran atau nak berdebat? Kalau nak berdebat, baik cakap terus-terang aje.

Dan kalau nak berdebat, tak payah la guna pencak silat copy-and-paste. Silap-silap baca pun tak habis. Main letak aje. Kalau setakat copy-and-paste, budak darjah 1 pun boleh buat.

Zaman kita sekarang ni zaman fitnah. Salah satu fitnah nya ialah ramai yang mengidam nak jadi imam mujtahid. Kritik itu dan ini dalam mazhab. Padahal diri sendiri pun terkial-kial baca Al-Quran. Kalau setakat hafal juz 'amma tak payahlah sibuk-sibuk nak buat ijtihad sendiri.

Always remember the rules:
1- Kalau sesuatu hal tu dah jadi ijmak, maka jangan mengada-ngada nak kata ia salah dan sesat. Jangan asyik nak serang pendapat majoriti dengan menggunakan pendapat minoriti. Sebagai contoh, bila para ulama ASWJ dah bersepakat bahawa Allah tidak boleh dijisimkan kepada apa-apa makhluk, maka janganlah kita pandai-pandai kata pendapat itu sesat.

2- Kalau dalam hal khilaf, kena berlapang dada. Jangan sesekali membida'ahkan mahupun mengkafirkan saudara seIslam hanya kerana mereka tak sama kepala dengan kita. Sebagai contoh, bila majoriti ulama ASWJ membenarkan penggunaan biji tasbih ketika berzikir, maka janganlah kita nak tunjuk hero dengan membida'ahkan orang-orang yang berzikir guna biji tasbih. Ataupun bila para ulama mazhab Shafi'i membenarkan talaffuz niyyah, janganlah kita nak kata orang yang buat tu sebagai melakukan bida'ah!

Lagi satu contoh dalam bab fotografi. Apa hak kita nak pandang serong (malah mengkafirkan) kepada orang-orang yang ada kamera? Tau ke tak istilah khilaf? Yang kelakarnya, ada jugak puak-puak Wahhabi yang simpan kamera, bergambar sana-sini, tampal gambar manusia dan haiwan kat dinding rumah. Dalam hal ini, tak mahu pula ikut pendapat Sheikh Albani, Bin Baz dan sebagainya tentang fotografi. Kalau dalam bab-bab lain, selalu sangat guna pendapat mereka untuk menyerang para ulama dari mazhab yang empat.

Aneh sungguh! Komen ini dibuat kerana saya kadang-kala rasa pissed-off dengan segelintir umat Islam yang faham erti dan maksud khilaf. Tapi yang saya tengok hanya faham teori, bila masuk bab praktikal, hancur!

P.S. Sori panjang sangat komen.

Abu Muhammad berkata...

Syaikh Abukajang, terasa ke ana sindiaq, aku sendiri tak terasa pulak menyindiaq, maaf le kalau terasa. Kita gi satu bab, satu bablah, bab tauhid kira lain masa.

Sedara Tawel, tima kacih.

Abu Muhammad berkata...

Aku ingat bukan orang salah faham kat Ibnu Abdul Wahhab, tapi dia yang salah faham kat orang lain.

anak bugis berkata...

Ana sokong 100% syeikh abu muhammad perkara yg hak yg sebenar yg betul yg sohih yg baik seperti golongan ASWJ yg bermazhab wajib kita sokong dan perkara yg batil yg sesat yg karut yg bidaah yg menyeleweng yg terkelincir yg jahat seperti golongan salafi/wahabi yg tidak bermazhab wajib kita tentang dan lawan ini adalah satu jihad.lawan tetap lawan TAKBIR!!!