Selasa, April 18, 2006

Tartib Ziarah Dhorih ash-Sholihin





Ikhwah, rehat sebentar dan atas permintaan yang tidak dapat aku tolak, maka kupaparkan di sini doa-doa yang dibaca sewaktu berziarah ke maqam para awliya yang disusun oleh al-Imam al-'Aarif bIllah al-Habib 'Abdullah bin Husain bin Thohir, yang diamalkan sewaktu ziarah dan sebelum membaca yaasin dan bertahlil. Kepada yang berhajat, bolehlah beramal, sesiapa yang tidak mahu, tiadalah apa-apa paksaan. Ini bukan aku yang punya amalan, jadi janganlah nak marah ngan aku pulak. Mudah-mudahan amalan kita semua diterima Allah, mendapat rahmat daripadaNya serta mendapat syafaat daripada Junjungan s.a.w. dan keberkatan para awliya.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..masyaAllah, TQ for d doa. alangkah bagusnya kalau makna doa disertakan sekali. TQ

Abu Muhammad berkata...

Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah.

Nak tahu maknanya silalah rujuk kepada Tuan Guru yang ada di sana dan silalah mengaji. Tapi mengajilah dengan ulama-ulama kita.

Tanpa Nama berkata...

sertakanlah ma'na, nescaya dapat pahala jika dikerjakan org...

Tanpa Nama berkata...

Seeloknya kita berusahalah mencari makna2 sendiri. Itu menunjukkan kesungguhan kita didalam mencari redho Allah. Rujuklah dgn guru tuan2 kerana maaf cakap kita ni wajib ada guru. Kesianlah kepada Syeikh kita..dia dah bagi permata dah..mailah kita jadikannya cincin pulak...tq

Abu Muhammad berkata...

Tima kacih Cik Nony. Tahu makna secara ijmal pun memadai pada menghasilkan pahala. Buat sementara waktu, biar dulu sebab aku tengah sibuk ngan urusan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.

Kandungannya secara ringkas berisikan doa dan wasilah kepada sholihin. Bergantunglah pada pandangan dan i'tiqad tuan-tuan/puan-puan, ingat kata hukama "al-madad fil masyhad wa fil i'tiqad nailul murad".

Maaf buat sementara waktu, insya-Allah minggu depan ada kelapangan kita sambung posting.

Tanpa Nama berkata...

Tuan2,

Saya ada masuk Al-Ahkam.net tadi, nak tengok pandangan Wahabi ttg ulama2 kita. Yg terbaru ni saya terbaca, dr asri tu mengkondem warga Indon (rasa saya dia bermaksud Syeikh Nuruddin Al-Banjari) pasal hadith musalsal bil musafahah. Nak tengok group wahabi ni berani tak tarik Syeikh Nuruddin masuk bilik macam depa buat kat Dr Uthman El-Muhammadi itu hari.....

Abu Muhammad berkata...

Ayuh Sunniyun Syafi`iyyun, pertahankan ulama kita. Ingat ulama itu waris para nabi.

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah. Aku lihat ramai gak anak murid shaikh Nuruddin yang bangun menjawab tuduhan keji Asri Zainal Abidin. Dan aku sendiri dapat beberapa sms jawaban dari Shaikh Nur sendiri bila aku kabarkan fitnah itu padanya. Dan bila aku rujuk beberapa kitab sekadar termampu, jelas menunjukkan yang menuduh itu masih ingusan dalam ulumul hadis.

nai berkata...

memang tersangat menyedihkan perkara ini..

ana cuba jawab juga bukan di forum tetapi di blog yang kopi pasta soal jawab tu dengan mudah..tambahan kita kenal pula dgn SNAB