Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Tahun Baru

Hari ini hari terakhir tahun 1430H. Terbenam matahari nanti, masuklah kita ke dalam tahun 1431H. Bertambahlah lagi umur kita dan bertambah hampir kita kepada kematian yang pasti datangnya. ....... Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, husnul khaatimah Ya Allah. Bagaimana hal ehwal kita sepanjang tahun ini, amalan kita, warak kita, taqwa kita???? Yang berlalu kita hisab, mana yang baik diteruskan dipertingkatkan, mana yang salah diperbetulkan. Segala amalan sholeh biar diterima Allah hendaknya, mana yang buruk mendapat kemaafanNya, ya itulah harapan kita sempena tahun baru ini. Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dipanjat dengan membawa harapan sedemikian, sungguh keberuntungan bagi sesiapa yang Allah terima doanya. Berdoalah dengan sungguh-sungguh hati, sebab Allah tidak menerima doa orang yang lalai dan main-main, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa.

Imam al-Hakim meriwayatkan dalam "al-Mustadrak 'ala ash-Shohihain" dengan sanad daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-

Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan yang ianya akan diijabahkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan leka (yakni tiada kesungguhan)."
Marilah kita memanjatkan doa akhir dan doa awal tahun yang diajar oleh para ulama kita. Menurut keterangan tuan-tuan guru kita, Doa Akhir Tahun dibaca sebelum terbenam matahari (sebelum waktu Maghrib), manakala Doa Awal Tahun dibaca setelah Maghrib. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya-Allah, jika dikabulkan Allah, menangislah Iblis dan Syaithan atas kegagalan mereka menjerumuskan kita ke neraka. Qabuul Qabuul Ya Rabb.

*******************************
Doa Akhir Tahun
(3 x sebelum Maghrib)

**********************************
Doa Awal Tahun
(3 x setelah Maghrib)

***************************************
Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun

video

2 ulasan:

ziarah76 berkata...

salam maal hijrah...

p/s: saya nak tanya, gambar Syaikh Utsman Jalaluddin kat sebelah kanan tu ialah syaikh uthman jalaluddin, pengasas Pondok Manabil Ulum Kubang Ulu Penanti, kan?
Kalau betul itu gambarnya, maka pertama kali la saya tengok gambar syaikh tu.
Adapun, salah seorang anaknya, iaitu Tuan Guru Haji Salleh atau orang tempatan panggilan Pak Ngah Leh juga adalah ulama yg mana dia adalah salah seorang ahli syura Tabligh Malaysia.
Beliau kini berusia 83 tahun (kalau tak silap) dan sekarang selalu berada di Mekah. Semasa menetap di Penanti, saya sempat bertemu beliau beberapa kali.
Terima kasih, blog tuan amat bermanfaat.

10ton mind berkata...

salam, nak mintak izin untuk copy & paste entry diatas ke blog saya bole x