Yaasin Hati al-Quran
Ikhwah, aku ada membaca artikel yang ditulis oleh (Dr.) Mohd. Asri Zainal Abidin (MAZA) dengan jodol "Yasin sebagai Qalbul-Quran?" kat website Darul Kautsar yang dikatakan sebagai website geng Maulana Asri al-Kelantani yang mendakwa sebagai ahli hadits. Dalam artikel itu MAZA telah menyatakan bahawa hadis "Inna li kulli syai-in qalban wa qalbul Quraan Yaasin" yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dalam "Jami' at-Tirmidzi" sebagai hadits maudhu/palsu. Jadi MAZA telah menuduh dan mentohmah Imam at-Tirmidzi sebagai meriwayatkan hadits palsu dalam kitab haditsnya yang masyhur itu yang termasuk dalam sunan sittah rujukan utama Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Mengenai Imam at-Tirmidzi dan Jami` atau Sunannya tersebut, tidak ada ulama Sunni yang berselisih untuk menjadikan ianya sebagai salah-satu rujukan utama. Para ulama telah memuji dan meletakkan karangannya itu ke satu tempat yang tinggi di sisi umat. Berhubung hadits-hadits yang terkandung dalam "Jami` at-Tirmidzi" atau dikenali juga sebagai "Sunan at-Tirmidzi" tersebut, Imam asy-Syaukani dalam "Nailul Awthar" menukilkan bahawa Imam at-Tirmidzi telah berkata:- "Aku tidak memasukkan ke dalam kitab ini melainkan hadits yang sekurang-kurangnya telah diamalkan oleh sebahagian fuqaha`".
SubhanAllah, hebat sungguh ilmu MAZA sehingga berani membuat tuduhan sedemikian hanya berpandukan kepada keterangan imam besarnya Nasir al-Albani dalam kitabnya "Silsilatul Ahaditsi al-Maudhu`ah wad Dha`ifah". MAZA telah menukil kalam tok syeikhnya tersebut yang kononnya para penganalisa hadits yang terdiri dari kalangan para ulama hadits telah menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkannya sebagai hadis palsu. Ini adalah kerana seorang rawinya yang bernama Harun bin Abu Muhammad adalah seorang yang majhul. Begitulah mudahnya bagi al-Albani dan konco-konconya untuk memaudhukan sesuatu hadits atau mendhaifkan sesuatu hadits, bahkan kini ada trend orang yang mengaku dirinya muhaddits zaman ini yang menyamakan dhoif dengan maudhu (iaitu apabila dhoif maka ia maudhu).
Ikhwah, Imam at-Tirmidzi dalam komentarnya untuk hadits tersebut telah berlaku amanah apabila menyatakan bahawa Harun bin Abu Muhammad adalah seorang syaikh majhul. Lihatlah bagaimana amanahnya Imam at-Tirmidzi. Malangnya sikap amanah Imam Muhadditsin ini tidak dicontohi oleh MAZA bila dia tidak menyatakan dalam artikelnya itu bahawa kedudukan hadits ini menurut kajian Imam at-Tirmidzi adalah HASAN GHARIB dan bukannya maudhu/palsu.
MAZA juga tidak memaklumkan bahawa ada beberapa hadits lain yang menyokong matan hadits di atas walaupun sanad-sanad hadits lain ini juga dhoif. MAZA juga tidak jujur dan amanah dalam ilmu apabila tidak menyatakan perbezaan pendapat di kalangan Muhadditsin mengenai kedudukan hadits tersebut. MAZA hanya memenangkan pendapat Albani yang keilmuannya dalam ilmu hadits masih menjadi pertikaian ulama sezaman dan masa kini. Diharap MAZA dapat mengubah sikap fanatik dan taksubnya kepada Albani dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya sehingga sanggup mentohmah Imam at-Tirmidzi sebagai periwayat hadis palsu.
- Qutaibah dan Sufyaan bin Wakii';
- Humaiid bin Abdur Rahmaan ar-Ruaasi;
- al-Hasan bin Sholih;
- Harun bin Abu Muhammad;
- Muqaatil bin Hayyaan;
- Qataadah;
- Sayyidina Anas r.a.;
- Junjungan Nabi s.a.w. bersabda (matan hadis seperti di atas).
Dalam komentarnya, Imam at-Tirmidzi menyatakan bahwa:- "Hadits ini HASAN GHARIB yang tidak kami ketahui (mengenainya) melainkan daripada hadits (riwayat) Humaaid bin 'Abdur Rahmaan. Dan di Bashrah tidak diketahui ianya daripada hadits riwayat Qataadah melainkan dari wajah ini. Dan Harun Abu Muhammad syaikhun majhulun." Inilah penelitian yang dibuat oleh Imam at-Tirmidzi berhubung hadits di atas.
Imam at-Tirmidzi juga telah membawa satu lagi sanad bagi hadits tersebut melalui jalan Abu Musa Muhammad bin al-Mutsanna daripada Ahmad bin Sa`id al-Darimi daripada Qutaibah daripada Humaiid bin Abdur Rahman dan seterusnya seperti sanad yang pertama tadi. Selain dari itu, Imam at-Tirmidzi juga menyatakan dalam bab ini ada riwayat daripada Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. akan tetapi sanadnya tidak shahih bahkan dhoif dan juga telah datang satu riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a.
Syaikh Abul 'Ula Muhammad 'Abdur Rahman bin 'Abdur Rahiim al-Mubaarakpuuri (1283 - 1353) pengarang kitab "Tuhfatul Ahwazi bi Syarhi Jaami' at-Tirmidzi" membahaskan hadits ini dalam jilid ke-3 dari mukasurat 196 - 198. Bagi pernyataan Imam at-Tirmidzi bahawa hadits ini HASAN GHARIB, Imam al-Mubaarakpuri tidak menyatakan apa-apa komentar atau bantahannya terhadap ketetapan tersebut dan ini bermakna bahawa dia bersetuju dengan ijtihad Imam at-Timidzi berhubung kekuatan hadits tersebut. Bahkan dia juga menyatakan bahawa hadits ini juga dikeluarkan oleh ad-Darimi. Dia juga menyatakan hadits Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. yang dimaksudkan oleh Imam at-Tirmidzi tersebut adalah sebagaimana dikatakan oleh al-Hafidz Ibnu Katsir dalam tafsirnya bahawa hadits as-Siddiq r.a. tersebut telah diriwayatkan oleh al-Hakim at-Tirmidzi dalam kitabnya "Nawaadir al-Ushuul". Perlu diingat bahawa al-Hakim at-Tirmidzi adalah seorang ulama lain dan bukannya Imam at-Tirmidzi. Adapun hadits Sayyidina Abu Hurairah r.a., maka Imam Abu Bakar al-Bazzaar berkata bahawa telah memberitahu 'Abdur Rahman bin al-Fadhl lalu disebutkan segala sanadnya dengan lafaz hadits: - Inna li kulli syai-in qalban, wa qalbul Quran Yaasin" (Bahawasanya bagi setiap sesuatu itu hati, dan hati al-Quran ialah surah Yaasin).
Selain hadits as-Siddiq dan Abu Hurairah tersebut, Imam asy-Syaukani dalam "Nailul Awthaar" menyatakan bahawa Imam Ahmad telah meriwayat hadits berbunyi:- "Yaasin qalbul Quraan, laa yaqra-uha rajulun yuridullah wad daaral akhirata illa ghufira lahu, waqra-u-ha 'ala mautaakum" (Yaasin adalah hati al-Quran, tidak membaca akan dia seseorang yang berkehendakkan (keredhaan) Allah dan negeri Akhirat melainkan diampunkan baginya, dan bacakanlah ia atas orang mati kamu." Untuk pengetahuan ikhwah, "Nailul Awthar" ini adalah syarah bagi "Muntaqal Akhbar" karangan ikutan besar puak Salafi-Wahhabi iaitu Syaikh Ibnu Taimiyyah al-Harrani.
Ikhwah, Fadhilatul Ustadz al-Imam as-Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dalam "al-Iskaat Barakaatul Quraan 'ala al-ahyaa-i wal amwaat" mukasurat 22 menyatakan bahawa selain diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan ad-Darimi, hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dalam "Syu`abul Iiman" (2/482) di mana Imam al-Baihaqi menyatakan, antara lain, bahawa hadits ini telah dinaqalkan dengan sanadnya tersebut daripada perkataan Abu Qalaabah yang merupakan salah seorang ulama besar dan pemuka tabi`in (min kibaari at-Tabi`in). Hadits ini juga diriwayatkan dalam "Musnad asy-Syahaab"(2/130), manakala Imam al-Qurthubi menyebutnya dalam Tafsirnya (15/2) dan menisbahkannya kepada Dhahhaaak daripada Sayyidina Ibnu 'Abbas. Imam Abu Zar`ah ar-Razi telah meriwayatkan hadits ini dalam "at-Tadwiin fi Akhbar Qazwiin lil-Rafi`i" (3/243) dan menyebut bahawa al-Khathib menceritakan mengenai hadits ini dalam "Tarikh Baghdaad".
Walaupun begitu, aku tidak menafikan ada berlaku khilaf antara muhadditsin mengenai taraf hadits riwayat Imam at-Tirmidzi tersebut. Memang ada ulama yang mendhoifkan riwayat tersebut, antaranya Imam as-Sayuthi dalam "Jami`us Shoghir". Oleh itu bagiku, serendah-rendah taraf yang sewajarnya diberikan kepada hadits riwayat Imam at-Tirmidzi tersebut adalah dhoif dan bukannya maudhu`. Jikapun dalam sanadnya ada seorang syaikh yang majhul, tetapi ianya tidaklah boleh terus dihukumkan sebagai maudhu`, kerana majhul itu juga ada kategorinya dan mempunyai perbahasan luas dan tersendiri di kalangan muhadditsin.
TINDAKAN MAZA DAN TOK GURUNYA AL-ALBANI MEMAUDHU`KAN HADITS TERSEBUT MEMPUNYAI IMPLIKASI TERSENDIRI DI MANA MEREKA SEOLAH-OLAH MENYATAKAN YANG IMAM AT-TIRMIDZI ADALAH SEORANG YANG TIDAK TELITI DALAM MERIWAYATKAN HADITS KERANA BELIAU TELAH MERIWAYAT HADITS PALSU DALAM JAMI` ATAU SUNANNYA TERSEBUT. Adakah ini mesej yang hendak disampaikan oleh MAZA kepada umat? Jika begitu dimanakah kita harus letakkan kitab rujukan umat Sunni ini ? Adakah setaraf dengan kitab "al-Kafi" puak Syiah yang bercampur-baur dengan hadits-hadits maudhu'? Jika dikatakan bahawa Imam at-Tirmidzi sebagaimana manusia biasa boleh melakukan kesilapan dalam periwayatan dan ijtihadnya, maka apa yang menegah MAZA atau al-Albani untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam penelitian mereka? Jika dibandingkan Imam at-Tirmidzi yang muhaddits lagi hafiz dalam bidang hadits, dimanakah kedudukan MAZA dan al-Albani? Kalaulah MAZA berhujjah bahawa dia berpegang kepada ijtihad al-Albani untuk memaudhu`kan hadits tersebut, maka adakah ijtihad al-Albani itu wajib diikuti oleh umat ? Adakah umat ini tidak berhak untuk mengikut ijtihad Imam at-Tirmidzi yang menyatakan darjat hadits tersebut sebagai HASAN GHARIB ? Oleh itu untuk penutup, nasihatku kepada MAZA dan golongan yang sewaktu dengannya ialah HENDAKLAH KAMU BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN BERHATI-HATILAH SERTA BERADABLAH APABILA BERBICARA MENGENAI ULAMA TERDAHULU. Allahu `a'laam.
16 ulasan:
terima kasih atas penerangan itu.
Assalamualaikum,
I am sorry to bother you. I have send the following question to several scholars and as in the past I did not normally received replies, except from one or two of them, and this is also usually quite late, I hope you do not mind if I present the question to you here, in the hope that you or any of your knowledgeable friend woudl help answering it. FYI, I have no scholars nearby who could understand the circumstances fully.
I would like to request (i) the legal opinion on the permissibility of paying zakah not to the local authority-appointed amil and (ii) the validity of collecting zakah in the circumstances as stated in the following cases.
Both are already taking place at where I am currently living.
1. An Islamic website with heavy subscription of members and visitors request zakah contribution from the public by stating that the intended work of the site (i.e. promulgating the knowledge of islam) is part of jihad, and as such the site is eligible for zakah and people are encouraged to pay zakah directly to site bank account, either on-line or by check.
2. A political, student Islamic movement is encouraging its members to pay zakah money to their fund by claiming that their fully registered political party is part of jihad campaign and as such is eligible for zakah.
As this is affecting a large number of people, and especially since Ramadan is inching closer, I would like to request your kind attention.
May Allah bless you and those closest to you.
Thank you for your time.
Wassalamualaikum.
"I have no scholars nearby who could understand the circumstances fully..."
I hope to clarify the above statement by disclosing that both instances are Malaysian.
Zakat ni sebenarnya lebih afdal diberikan kat adik-beradik atau saudara mara yang terdekat. Tengok dulu ahli keluarga kita, mana tau ada yang susah lagi memerlukan.
Website tu rasanya macam al-Ahkam aje. Saya tak tau nak jawab sama ada boleh atau tidak. Tapi yang penting, dah darurat sangat ke website tu untuk terima zakat? Saya rasa, lebih ramai lagi golongan-golongan yang lebih layak menerimanya.
Dan kemudian, apa yang melayakkan website tu menerima zakat? Kalau website tu boleh terima zakat, website lain (termasuk juga blog yang sebenarnya juga adalah salah satu jenis website) yang mempromosikan Islam pun patutnya layak terima zakat. Dan kalau website pun dah layak terima zakat, patutnya semua badan-badan Islam NGO pun lagi la layak terima zakat.
Untuk membina website, hanya perlu membeli domain, server, dan sedikit kepakaran dalam membinanya. Untuk sebuah pertubuhan NGO Islam, kosnya lebih banyak dan lebih kompleks dari itu. Mereka pun berjihad juga. Tapi jihad dalam konteks yang lain la.
Hai..semua orang mau zakat..tapi yang bayar zakat tak ramai! Sorry I can't help you to explain this in terms of Islamic jurisprudence, maybe someone else can.
Syeikh, saya pernah mendengar seorg ulama mengatakan, kalau org yg berkecimpung didalam bidang hadis (dlm periwatan hadis) tetapi kepala tidak bersongkok, maka dia tidak boleh dipercayai krn fasik perbuatannya itu. Berlainan dgn bidang fikah dan lain2, sekadar makruh saya. Krn hadis merupakan ilmu yg tersangat ketat akan kaedah periwayatannya. Wallahulam
Maka berdasarkan itu, MAZA bukanlah org yg boleh dipercayai didlm bidang hadis krn dia tidak berpewatakan demikian semasa saya melihatnya di pesta buku PWTC tempohari. Wallahualam.
Insya-Allah, doakan aku ada kelapangan untuk menulis mengenai zakat untuk website ni ...hik..hik...hik nak tergelak dulu. Cuma setahu aku, dalam mazhab Syafi`i asnaf fi sabilillah itu amat sempit intrepretationnya yang hanya diperuntukkan buat al-ghuzzah (orang yang berperang sabil sahaja). Kalau buat Ahkam online, jauh pak awi le jawabnya atau bahasa kome, jauh panggang dari api. Kalau Asri kata boleh, Asri tanggunglah sendiri depan Allah nanti. Bab ni insya-Allah, nanti kita panjangkan.
Kalau dah sontok sangat tak leh nak maintain website ke, pi lah mengemis kat kaki lima daripada dok mintak hak zakat sedangkan asnaf-asnaf yang sudah clear dalam Quran masih ada dan masih memerlukan.
Cik Noni, bukan senang nak jadi muhadditsin. Takat duduk ambik Phd kat UIA belum cukup untuk menjadikan seseorang itu muhaddits. Kadi khadam Muhaddits pun tak lepas kot. Selain kelayakan ilmiah, ketaqwaan, warak dan lain-lain adab memang dititikberatkan. Imam Malik kalau nak meriwayatkan hadits dok siap mandi, berwangi-wangian, pakai pakaian yang paling baik serta duduk atas tempat khas demi memuliakan hadits Junjungan s.a.w. MAZA aku tak tahu plak bagaimana. Kome yang tahu kome habaq mai le. Apa-apapun Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
New Student, mu kecek Melayu reti tak ? Sebak kalu ambo tulieh, ambo guno bahso Melayu. Mu kak mano ni, kalu kat UK, mu pun buleh tanya kat Sidi Afifi kat Oxford. Ambo tak tahu emailnya dia, tapi insya-Allah ada ikhwah kat sini yang tahu.
Walau apa pun, mu sabo dulu, siap nanti ambo postlah.
Assalamualaikum,
Dear Bahrus Shofa,
I can speak and write in Malay, but for the benefit of some of your readers and my friends, I would like to write in English. I really hope you do not mind. However if you insist I will write everything back in Malay, God willing, but my command of the language is not very good.
Please however do not feel obliged to reply in English, since Malay is understood by me.
I have indeed have the email address of the said teacher al-Akiti, however I was told that he is currently sojourning in Morocco, and my email to him has been returned. It is due to this that I seek opinion of scholars through your weblog. I do know some non-Shafi'i non-Malaysian scholars here in the UK, but I think it prudent that we try to keep our household problem within our Malaysian Shafi'i community first.
I am bewildered and astonished at how these organisations, without naming them, could produce such fatwa. And I do afraid that if the trend spread, it will finally affect the institution of zakah of the state.
I shall patiently await your or other scholars you might consult, repli(es).
Thank you again.
Wassalam.
Insya-Allah, akhina New Student. Ambo pun nak mintak kat sedara-sedara yang ada kat sini kalu boleh tolong tulis surat kepada para Mufti kita, termasuklah Mufti Perlis la ni, Datok Alim Panglima Mat Yahya, untuk makluman dan fatwa mereka serta tulis jugak kepada pengurus baitul mal dan zakat. Ambo harap permohonan ambo ini tidak kome sia-siakan demi kebajikan umat dan menjaga maruah agama yang dicemari oleh fatwa-fatwa hingusan.
Ambo setuju betul dengan pandangan New Student bahawa perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Sebenarnya, ambo sendiri tak tahu mengenai wujudnya fatwa agar zakat diberi kepada website ni sehingga dimaklumkan oleh New Student.
Assalamualaikum,
Sidi Bahrus Shofa,
Isk, dah tak keruan dah nak panggil enta nih apa.
Ana ingat enta dah ada email Sidi Afifi. Ada kat email lama2 rasanya.
Sangat maju blog ni. Hiduplah orang Kuching untuk negara!
ps: duit zakat tahun ni saya bayar ke Bahrus Shofa lah, amacam?
Wa 'alaikumus salam wa rahmatUllah, Sidi nnydd, tak yah lah nak sidi-sidi kat ambo, bukan haram bid`ah, tapi tak layak untuk dapat gelaran tu. Panggil abe sudahlah (stop kat abe udah yang belakang-belakang rahsia jangan habaq kat orang, karang tak lena tido plak abe).
Email lama ana dah lama kong, jadi dalam yang baru ni tak dak lagi dah address, email antum pun ana tak tahu. Habaq semula noooo, kalau sudi, jangan marah. Bila nak klik tanah air? Jumpa uncle kat sini, kata antum dah habis, mari balik le, berkhidmat untuk negara, bekerja bersama Pak Lah. Sesenang contact le.
Pasal zakat, antum bagi le kat amil yang bertauliah atau kat terus kepada asnaf. Bahrus Shofa tak layak nak terima zakat sebab tak masuk dalam asnaf. Ahkam online boleh kot, sebab dah dapat sokongan bakal Mufti ehm ehm ehm Darus Sunnah. Karang semuanya dengan bakal mufti tu jawablah depan Allah esok kat padang Mahsyar. Tak dak kojo, caie kojo, naas nanti jang.
Assalamualaikum,
Abang ***,
Teehee, ana mmg lagi suka nak panggil enta macam ana panggil enta dulu2. Lagi dekat rasanya.
Dulu-dulu try email asyik pelanting balik. Ana email sama jugak, tak ubah. Tapi dah tak selalu sangat beremail macam dulu - mati akal sikit sekarang ni.
Abang *** jangan ambil hati, kelakuan ana setahun ini bagai tidak mengenang budi. Nanti kita jumpa, ana ceritalah panjang lebar. Lagi senang duduk berdepan. Do'akan ana yang masih tak tahu bila nak balik M'sia.
assalamualaikum
blog yg informatif.
Bolehkah webmaster tulis tentang ciri2 ahli bida'ah dan ciri munafik dan kalau boleh sertakan petikan kitab2 kuning sekali
wassalam
Ini salah seorang ahli bidaah nama dia THTL dari al-ahkam.net. Saya nak gelak sikit naa...
Kah...kah...kahh Betapa wahabi haprak ni begitu taksub bagai nak rak dgn Syeikh Ibn Taimiyyah. Nak tau sapa inilah dia THTL yg sgt disanjung di Al-Ahkam.net & Al-Firdaus.com
##################################
Dia berfatwa:-
Cara hisab ni guna formula jika kebaikan seseorang melebihi
kejahatannya, maka dia masuk syurga. dalil: "barangsiapa yang berat
timbangan kebaikannya, maka itulah orang yg beruntung, siapa yang
ringan timbangannya, mereka merugikan dirinya sendiri, lalu kekal
dalam jahannam" QS 23:102-103
Kemudian dosa-dosa yang tak diampun akan dibawa ke akhirat. Dalil:
b/siapa yang mengerjakan kebaikan hatta sebesar atom akan melihat dan
b/siapa yang mengerjakan kejahatan hatta sebesar atom niscaya akan
melihat." QS alZalzalah 7-8
Jadi ada 10 cara menghapus fail dosa atau hapus kira, supaya dosa tu
tak masuk akaun dan dihisab.
Ibn Taymiyah kata ada 10:
1. Taubat (39:53)
2. sentiasa berdo'a minta ampun
3. perbanyakkan kebaikan (11:114)
4. Doa orang beriman keatas arwah
5. amal2 yg dilakukan ke atas si mati spt haji, sedeqah, anak soleh yg
berdo'a...tapi bukan tahlil arwah!
6. syafa'at
7. malapetaka dan bencana di dunia
8. siksa kubur menghapuskan dosa
9. azab dan sengsara di Mahsyar menghapus dosa
10. Rahmat Allah
Majmoo Fatawa lil syaikhul Islam Taqiyuddin Ahmad Ibn Taymiyah,
alhafidz, al-imam, allamah, al-mujtahid dan syaikhul Islam. jld 7
mulai ms 487 cetakan ksa.
##############################
New Student, amo ingat mu dah tahu jawapan ambo bab yang mu tanyakan itu. Insya-Allah, nanti dapat idea ambo perkemaskanlah, dan dah ada ikhwah yang hantar surat kat mufti mohon penjelasan dan fatwa. Nanti kalau ada jawapannya, hopefully ada, kita tengoklah sama-sama.
Waktu kat Seminar di Kuantan tempohari, Shohibus Samahah Mufti Wilayah ada tanya Syaikh Umar Abdullah Kamil berhubung Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah itu. Syaikh Dr. Umar beritahu bahawa susah kalau kita nak kata majmuk tersebut 100% hasil karya Ibnu Taimiyyah kerana waktu itu Ibnu Taimiyyah dalam penjara, dan kertas serta alat tulis waktu itu tidaklah semudah dan seperti zaman kita ini. Jadi bagaimana pulak Ibnu Taimiyyah tulis. Dr. Umar juga maklumkan bahawa banyak fakta dalam majmuk tersebut yang tidak tepat, contoh dalam 108 (kalau tak salah ingat akulah) perkara yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah sebagai ijmak ulama maka 99 daripadanya adalah bukan ijmak. Bagi kita mudah je, Ibnu Taimiyyah bukan ulama pegangan dalam mazhab kita, so yang kita dok bawak kalam dia mende.... carilah kalam ulama kita sendiri sudah. Tapi malangnya la ni ramai yang tak reti nak baca kalam ulama kita terdahulu sebab tak berguru, so dia carilah yang mudah difahami tanpa perlu berguru, maka hasilnya haru biru bercelaru.
Catat Ulasan