Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.
1 ulasan:
Saudara Abu Muhammad,
ASSALAMU'ALAIKUM!
Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar terhadap Ceramah Yg Berbhgia Ustaz Shahul Hamid ini. Kita sangat perlu membedakan Muhammadiah Salafi (Salafi-Muktazilah) dengan Salafi Wahhabi (Wahhabi-Saudi) kerana asal-usulnya mereka berbeda. Salafi-Muktazili adalah Kaum Muda yang mengikut aliran Muhammad Abduh Al-Masuni dan JamaludDin Al-Afghani Al-Asadbadi As-Syi'i Al-Masuni. Manakala, Salafi- Wahhabi adalah puak lain yang berasal dari Muhammad Abd Wahhab dan Ibn Taimiyyah. Jadi mereka datang dari dua punca yang berlainan. Satu Liberal dan satu lagi Ta'asub.
Mungkin Posting saya yang terbaru, "PERUTUSAN TERBUKA KHUSUS BUAT PEMERINTAH" dapat menjelaskan sedikit kesalahfahaman ini, jika ada.
Saya juga amat-amat berharap agar posting terbaru saya ini dapat ditelaah oleh Bahrus Shofa kerana ianya terlalu penting untuk mengembalikan ummat ini balik ke pangkal jalan. Saya mohon dengan penuh harapan agar saudara mempertimbangkan permintaan saya itu.
WabiLlahi-taufiq wassalamu'alaikum
TOK PAKIR KORBANDEMOKRASI
Catat Ulasan