Atsar Sayyidah 'Aisyah
Satu masa dahulu sempat dikecohkan yang kononnya di atas Kubah Hijau yang menaungi makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam terdapat "kubur" yang kononnya milik seseorang yang cuba untuk memusnahkan kubah tersebut. Ternyata kisah tersebut adalah tidak benar dan struktur yang berada atas Kubah Hijau tersebut adalah penutup lubang jendela yang dibuat atas kubah tersebut.
Perbuatan membuat lubang atas atap atau kubah yang menaungi makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bukanlah perkara baru. Bahkan, telah menjadi "sunnah" orang - orang Madinah al-Munawwarah untuk membuat lubang atas atap atau naungan yang menaungi makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagai sarana bertawassul dengan baginda dan beristisqa kepada Allah ta`ala. Perkara ini dilakukan atas anjuran Ummul Mukminin, Sayyidatina 'Aisyah radhiyaAllahu `anha sebagaimana diriwayatkan atsarnya oleh gurunya Imam al-Bukhari rahimahullah, iaitu Imam ad-Darimi rahimahullah dalam musnad atau sunannya yang masyhur. Imam ad-Darimi rahimahullah meriwayatkan atsar tersebut dalam "bab : ma akrama Allahu ta`ala nabiyahu shallaAllahu `alaihi wa sallam ba'da mawtihi" (perkara-perkara yang Allah ta`ala muliakan nabiNya shallaAllahu 'alaihi wa sallam setelah kewafatan baginda". Pada halaman 227, juz 1, "Musnad ad-Darimi" atau lebih dikenali dengan "Sunan ad-Darimi" dinyatakan atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidatina 'Aisyah radhiyaAllahu `anha, hadis mauquf yang menurut pentahqiq kitab "Musnad ad-Darimi" tersebut, iaitu Syaikh Husain Salim Asad ad-Darani, segala perawinya adalah orang - orang yang tsiqah. Dinyatakan dalam atsar tersebut sebagai berikut:-
Atsar Sayyidah 'Aisyah ini turut dinukilkan dalam berbagai karya para ulama kita. Ianya turut dimuatkan dalam kitab himpunan hadis yang masyhur seperti "Misyakatul Mashabih", manakala dalam syarahnya, "Mirqaatul Mafaatiih", pada juz 11, halaman 95 -96, hadis yang ke 5950, Mulla 'Ali al-Qari telah memberikan komentar yang menarik. Mulla 'Ali al-Qari turut menjelaskan bahawa Abul Jawza` adalah Aws bin 'Abdillah al-Azdi seorang tabi`in yang masyhur daripada kalangan penduduk Bashrah dan beliau telah mendengar dan meriwayatkan hadis daripada Sayyidatina 'Aisyah, Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu 'Umar radhiyaAllahu `anhum ajma'in. Mulla 'Ali al-Qari turut menyatakan bahawa ada ulama yang berpendapat perbuatan membuat lubang atas atap tersebut dan membiarkan makam Junjungan Nabi shallaAllahu 'alaihi wa sallam terdedah terus menghadap langit adalah sebagai menyatakan kesungguhan untuk meminta syafaat baginda (mubaalaghah fil istisyfaa' bi hi). Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ketika langit melihat makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka mengalirlah air di segenap wadi akibat tangisannya (yakni tangisan langit yang berupa air hujan) (anna as-sama` lamma ra-at qabr an-Nabiy shallaAllahu `alaihi wa sallam saala al-wadi min buka-iha). Di antara ulama kita di Nusantara yang menukilkan atsar ini adalah Hadhratusy Syaikh Kiyai Hasyim al-Asy`ari dalam kitabnya "an-Nurul Mubin fi Mahabbati Sayyidil Mursalin" pada halaman 73 sebagai dalil untuk mengharuskan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Oleh itu, diharap kita dapat memahami kedudukan sebenar perkara yang berhubung kait dengan Kubah Hijau yang menaungi makhluk yang paling mulia Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Sesungguhnya kemuliaan makam baginda telah terpelihara sejak baginda bersemayam di sana sehinggalah ke hari ini, walaupun terdapat suara-suara sumbang yang tidak suka dengan keberadaan kubah tersebut akibat salah memahami akan hadis Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Fahamilah wahai saudara sekalian, atap atau kubah yang menaungi makam yang mulia ini telah wujud sejak zaman awal lagi dan telah berkesinambungan sejak lebih dari 1000 tahun. Yang berubah hanyalah, bilangan naungan tersebut, rupa bentuk, saiz dan warnanya sahaja. Apakah para ulama yang jutaan, jika tidak billionan, jumlahnya sejak zaman dahulu lagi, tidak tahu kedudukan hukum membuat naungan atau atap atau kubah atas makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam? Jika ianya adalah mutlak haram, maka kenapa mereka hanya berdiam diri ?
Abul Jawza' Aws bin 'Abdillah berkata: "Penduduk Madinah al-Munawwarah telah menghadapi musim kemarau yang teruk, lalu mereka mengadu kepada Sayyidatina 'Aisyah radhiyaAllahu `anha. Sayyidah 'Aisyah berkata kepada mereka: "(Pergilah) kamu melihat kubur Nabi dan buatkan satu lubang atasnya (yakni atas atap yang menaungi makam yang mulia) yang tembus ke langit sehingga tidak ada atap di antara kubur tersebut dengan langit." Maka mereka pun melakukannya, lalu turunlah hujan lebat sehingga tumbuh-tumbuhan hidup dengan subur dan unta-unta menjadi gemuk sehingga kulitnya seakan-akan pecah, maka dinamakan tahun tersebut "aamul fatqi" (yakni tahun pecah-pecah, melambangkan kesuburan kerana kulit - kulit unta peliharaan mereka seolah-olah pecah akibat kegemukan).Atsar ini menunjukkan keharusan bertawassul dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selepas kewafatan baginda. Ianya juga menunjukkan bahawa keberadaan makam Junjungan Nabi shallaAllahu 'alaihi wa sallam itu sentiasa berada di bawah naungan sesuatu. Inilah yang dijelaskan oleh para ulama kita antaranya oleh Imam as-Samhudi rahimahullah. Bahkan dalam kitabnya yang masyhur, "Khulashaatul Wafa bi Akhbari Daaril Musthafa shallaAllahu `alaihi wa sallam", al-Imam 'Ali bin Abdullah bin Ahmad al-Hasani as-Samhudi (844 - 922H), pada halaman 289 - 290, menyatakan tiada syak lagi bahawa makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah dalam keadaan beratap sejak awal permulaannya lagi ( fi shadril awwal). Maka dari kerana itulah Imam ad-Darimi telah meriwayatkan atsar Sayyidatina 'Aisyah radhiyaAllahu `anha yang menyuruh membuka satu lubang atas naungan tersebut sebagaimana dinyatakan di atas tadi. Selanjutanya, Imam as-Samhudi menukilkan perkataan az-Zain al-Maraghi yang menyatakan:-
Perbuatan membuka lubang ini ketika kemarau adalah sunnah (tradisi) penduduk Kota Madinah sehinggalah sekarang (yakni sehingga ke zaman beliau tersebut). Mereka membuka lubang pada kubah yang menaungi hujrah (bilik makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam ) ....... (ini adalah kerana) di antara makam Junjungan Nabi shallaAllahu 'alaihi wa sallam dengan langit ianya dihalang oleh atap (oleh kerana itulah mereka perlu membuat lubang tersebut).Setelah membawa pernyataan daripada az-Zain al-Maraghi tersebut, Imam as-Samhudi menyatakan bahawa pada zaman beliau, tradisi membuka lubang tersebut telah ditukar kepada membuka pintu pada dinding yang berbetulan menghadap wajah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Manakala lubang yang dibuat pada atap atau kubah tersebut dijadikan jendela berpenutup yang juga dapat dibuka untuk beristisqa ketika kemarau.
Atsar Sayyidah 'Aisyah ini turut dinukilkan dalam berbagai karya para ulama kita. Ianya turut dimuatkan dalam kitab himpunan hadis yang masyhur seperti "Misyakatul Mashabih", manakala dalam syarahnya, "Mirqaatul Mafaatiih", pada juz 11, halaman 95 -96, hadis yang ke 5950, Mulla 'Ali al-Qari telah memberikan komentar yang menarik. Mulla 'Ali al-Qari turut menjelaskan bahawa Abul Jawza` adalah Aws bin 'Abdillah al-Azdi seorang tabi`in yang masyhur daripada kalangan penduduk Bashrah dan beliau telah mendengar dan meriwayatkan hadis daripada Sayyidatina 'Aisyah, Sayyidina Ibnu 'Abbas dan Sayyidina Ibnu 'Umar radhiyaAllahu `anhum ajma'in. Mulla 'Ali al-Qari turut menyatakan bahawa ada ulama yang berpendapat perbuatan membuat lubang atas atap tersebut dan membiarkan makam Junjungan Nabi shallaAllahu 'alaihi wa sallam terdedah terus menghadap langit adalah sebagai menyatakan kesungguhan untuk meminta syafaat baginda (mubaalaghah fil istisyfaa' bi hi). Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ketika langit melihat makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka mengalirlah air di segenap wadi akibat tangisannya (yakni tangisan langit yang berupa air hujan) (anna as-sama` lamma ra-at qabr an-Nabiy shallaAllahu `alaihi wa sallam saala al-wadi min buka-iha). Di antara ulama kita di Nusantara yang menukilkan atsar ini adalah Hadhratusy Syaikh Kiyai Hasyim al-Asy`ari dalam kitabnya "an-Nurul Mubin fi Mahabbati Sayyidil Mursalin" pada halaman 73 sebagai dalil untuk mengharuskan bertawassul dan beristighatsah dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Oleh itu, diharap kita dapat memahami kedudukan sebenar perkara yang berhubung kait dengan Kubah Hijau yang menaungi makhluk yang paling mulia Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Sesungguhnya kemuliaan makam baginda telah terpelihara sejak baginda bersemayam di sana sehinggalah ke hari ini, walaupun terdapat suara-suara sumbang yang tidak suka dengan keberadaan kubah tersebut akibat salah memahami akan hadis Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Fahamilah wahai saudara sekalian, atap atau kubah yang menaungi makam yang mulia ini telah wujud sejak zaman awal lagi dan telah berkesinambungan sejak lebih dari 1000 tahun. Yang berubah hanyalah, bilangan naungan tersebut, rupa bentuk, saiz dan warnanya sahaja. Apakah para ulama yang jutaan, jika tidak billionan, jumlahnya sejak zaman dahulu lagi, tidak tahu kedudukan hukum membuat naungan atau atap atau kubah atas makam Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam? Jika ianya adalah mutlak haram, maka kenapa mereka hanya berdiam diri ?
1 ulasan:
Alhamdulillah. Penjelasan panjang lebar. Mohon kongsi sidi.Mudah2an umat diluar jelas.
Catat Ulasan