Shalawat Tuan Faridah
Tuan Faridah adalah antara gelaran Syaikh Wan Ahmad al-Fathani rahimahullah. Gelaran tersebut adalah bersempena kitab beliau yang masyhur iaitu Faridah al-Faraid. Sejarah hidup yang cemerlang Tok Syaikh Wan Ahmad al-Fathani telah sedia diketahui, banyak ditulis dan sudah tersebar merata. Di sini faqir hanya sekadar berkongsi satu shighah daripada berbagai shighah shalawat yang digubah oleh Syaikh Wan Ahmad. Shighah shalawat yang dinamakan sebagai ash-Shalatur Rahmaniyyah 'ala Khairil Bariyyah telah dicatat dalam beberapa karya beliau, antaranya dalam kitab Tuhfatul Ummah fi Shalati 'ala Nabiyyir Rahmah dan dalam sesetengah manuskrip atau cetakan kitab Hadiqatul Azhar war Riyaahin. Bahkan shighah tersebut tertera pada muka hadapan kitab Hadiqatul Azhar cetakan Persama Press, Pulau Pinang.
Mengenai kelebihan shalawat tersebut, maka disebut dalam Tuhfatul Ummah sebagai berikut:
Dan hamba harap bahawa adalah setengah daripada fadhail shalat (yakni shalawat) ini bahawa membaik Allah ta`ala akan segala hal mereka yang membacanya dan segala mereka yang dibangsa kepadanya daripada ahlinya dan lainnya. Dan ditolak daripadanya dan daripada mereka itu akan segala huru hara. Dan diangkatkan pada setinggi-tinggi darjat. Dan dikurniakan sekalian yang dikehendak. Dan diampunkan sekalian dosa. Dan dikabulkan sekalian taat. Dan diberkatkan pada umur. Dan dilanjutkan pada ajal. Dan diwafatkan di dalam iman. Dan dikurniakan syurga. Dan memandang wajah Tuhan jalla wa `azza. Dan rahmat dan pahala yang amat banyak. Dan sekalian demikian itu mengandungkan dia oleh shighah ini, walhamdulillahi wa arju minhul qabuul bi mannihi wa karamihi aaamiin.
Maka nyatalah bagi kita bahawa ulama kita bangsa Melayu tidak ketinggalan dalam mengarang dan menggubah berbagai rupa lafaz dan shighah shalawat untuk memuji dan mengagungkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan