Jawaahirul Kalaamiyyah
Syaikh al-'Alim Thahir bin Muhammad Shalih bin Ahmad as-Sam`uni al-Waghlisi al-Jaza-iri ad-Dimasyqi rahimahullah adalah seorang ulama yang lahir pada 20 Rabi`ul Akhir 1268H / 1852M di Damsyik dalam keluarga alim ulama. Ayahanda beliau adalah ahli fiqh bermazhab Maliki yang pernah diangkat menjadi Mufti Maliki di Syam. Keluarga beliau bersambung nasab dengan Sayyidina Hasan radhiyaAllahu `anhu. Mereka berasal dari al-Jaza-ir (Algeria) kemudian berpindah ke Damsyik setelah melakukan perjuangan menentang penjajah Perancis di Algeria.
Syaikh Thahir rahimahullah mula-mula belajar dengan ayahandanya. Kemudian beliau belajar dengan para ulama di Syam, antaranya yang utama, Syaikh Abdul Ghani al-Maydani. Syaikh Thahir telah melahirkan beberapa karya dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Di antara hasil tulisan beliau adalah kitab pelajaran akidah berbentuk soal - jawab berjodol al-Jawaahirul Kalaamiyyah fi idhahil 'Aqidatil Islamiyyah yang masyhur dan dijadikan teks bagi berbagai madrasah dan pesantren. Jawaahirul Kalaamiyyah karya yang berpaksikan kepada pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah ini ditulis dengan bahasa yang mudah berbentuk soal - jawab sehingga senang dipelajari oleh para pelajar peringkat permulaan. Kitab ini telah diterjemah dalam Bahasa Melayu dengan jodol 101 Soal - Jawab Akidah dan elok untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi pemula untuk mengetahui asas pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Menarik juga dalam Jawaahirul Kalaamiyyah, Syaikh Thahir turut menyentuh hukum bertaklid dengan mazhab fiqh, di mana dalam jawapan pada masalah yang ke-99 dan ke-100, beliau menyatakan, antara lain: Para mujtahid itu ramai, namun mujtahid - mujtahid yang disepakati untuk dijadikan ikutan dan pegangan ada empat, iaitu Imam Abu Hanifah an-Nu'man bin Tsabit, Imam Malik bin Anas, Imam Muhammad bin Idris asy-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal radhiyaAllahu `anhum. Para ulama memilih untuk bertaklid kepada mereka dan bukannya kepada mujtahid-mujtahid selain mereka kerana mereka yang banyak mengistinbatkan hukum - hakam dalam berbagai persoalan. Dengan sebab kesungguhan mereka untuk menyelesaikan segala masalah tersebut maka sukar untuk kita bertemu dengan masalah - masalah yang tidak dijelaskan hukumnya oleh mereka. Selain daripada itu, mazhab-mazhab mereka juga sampai kepada kita secara mutawatir. Maka sewajarnya, seseorang bertaklid kepada salah seorang daripada mereka, kecuali ketika dharurat (yakni ketika ada keperluan disebabkan kesukaran), kerana jika tidak ianya akan membawa kepada perbuatan talfiq yang mengeluarkan seseorang daripada jalan yang benar (yakni dengan berpegang dengan satu mazhab tertentu secara lazim akan menghindarkan kita daripada perbuatan talfiq di mana berlakunya percampuran mazhab - mazhab secara tidak benar yang mengakibatkan kecelaruan dan kerosakan dalam hukum dan kaedah pengistinbatan hukum). ........ Ikhtilaf para imam mujtahid adalah rahmat bagi umat kerana ikhtilaf tersebut hanya dalam masalah furu` sahaja dan menyebabkan keringanan atas manusia serta menghindar daripada kesempitan dan kesukaran. Apabila terpaksa dan perlu, mereka boleh mengamalkan pendapat yang lebih ringan dan ketika tiada keperluan, mereka dapat mengamalkan pendapat yang lebih ihtiyath (berhati - hati ) atau yang lebih kuat atau jelas dalilnya (menurut mazhab masing - masing).
Selain daripada Jawaahirul Kalaamiyyah, Syaikh Thahir turut mengarang berbagai karangan yang dianggarkan berjumlah 40 karya, samada yang telah dicetak maupun yang masih berbentuk manuskrip. Syaikh Thahir rahimahullah meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 1338H / 1920M. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa dicucuri atas rohnya dan ditempatkan bersama para anbiya` dan awliya`, Allahumma ...aaamiin.

1 ulasan:
Mohon sahre sidi
Catat Ulasan