Tahlil Siti Zubaidah
Imam al-Haddad rahimahullah juga diriwayatkan sebagai pernah berpesan mengenai kelebihan rangkaian zikir tahlil yang dikenali sebagai Tahlil Siti Zubaidah kerana dinisbahkan kepada Siti Zubaidah binti Ja'far bin Khalifah al-Manshur. Beliau rahimahullah menganjurkan tahlil ini diamalkan untuk menguatkan keimanan kita dan memperteguhkannya, juga agar dijauhkan dari segala macam was - was yang ditiup oleh syaitan durjana. Perkara ini telah dinukilkan oleh murid beliau, Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasaawi asy-Syajjaar rahimahullah dalam karya beliau Tatsbitul Fuaad. Kitab ini merupakan himpunan kalam dan ajaran Imam al-Haddad rahimahullah yang disampaikan dalam majlis - majlis beliau.
Dalam juz 2 halaman 305 kitab tersebut, dikisahkan sebagai berikut:- Imam al-Haddad radhiyaAllahu `anhu telah berkata kepada seorang lelaki yang ditimpa penyakit was-was: "Kami hendak mengajar kepadamu Tahlil Zubaidah binti Ja`far bin Khalifah al-Manshur kerana engkau diserang penyakit was-was. Setiap kali engkau membaca akan tahlil ini, maka ia akan menyiram pohonmu (yakni pohon keimanan diri seseorang). Jika pohon keimanan tersebut lemah, nescaya akan dikuatkan; Dan jika ia kuat, maka akan diperkukuhkan lagi. Adalah Siti Zubaidah itu mempunyai peninggalan - peninggalan dan amalan - amalan yang baik. Seseorang pernah bermimpi bertemu dengannya dan bertanya kepadanya: "Apa yang telah dilakukan Allah terhadap dirimu?" Beliau menjawab: "Allah telah memberikan aku manfaat dengan tahlil ini:- La ilaha illa Allah, urdhi biha Rabbiy; La ilaha illa Allah, ufni biha 'umriy; La ilaha illa Allah, adkhulu biha qabriy; La ilaha illa Allah, akhlu biha wahdiy;" iaitu 4 kalimah......
Begitulah kisahnya wahai ikhwah. Terdapat sedikit perbezaan dalam shighah yang dinukilkan oleh al-Hasaawi tersebut, di mana kalimah urdhi biha Rabbi menggantikan kalimah alqa biha Rabbi sebagaimana tertera dalam kitab Ihya` 'Ulumiddin dan lain - lain. Namun dari sudut maksud dan pengertiannya adalah sama, iaitu permohonan, harapan dan hasrat agar dengan berkat kalimah tauhid kita diberi kejayaan dan meraih keredhaan Allah `azza wa jalla.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan