Faedah Dari Kifayah
Pada pagi Jumaat ini, kita cedok satu faedah dari karya - karya ulama kita untuk faedah bersama. Faqir mulakan dengan Kifayatul Atqiya` karangan Sidi Bakri Syatha ad-Dimyathi rahimahullah. Pada halaman 130 beliau menukilkan sebagai berikut:- Dikatakan sebagai diriwayatkan oleh Sayyidina Jabir bin Abdillah radhiyaAllahu `anhu yang berkata bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sbersabda: "Sesiapa yang membaca pada setiap pagi dan petang { Allahumma, Ya Rabba Muhammad, wa aali Muhammad, shalli `alaa Muhammad, wa `alaa aali Muhammad, wajzi Muhammadan shallaAllahu `alaihi wa sallam maa huwa ahluh ( Wahai Allah, Tuhannya Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad, limpahkanlah shalawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad, dan ganjarilah Nabi Muhammad dengan ganjaran yang selayaknya buat baginda.)}, maka dia telah membuat dua malaikat pencatat amalnya penat 1000 hari (yakni ibarat atas ganjaran yang terlalu banyak sehingga dikatakan seolah - olah lelah 1000 hari malaikat mencatatnya.); dan dia telah menunaikan segala hak Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam (yakni untuk hak baginda untuk dimuliai disanjungi, ditaati dan dishalawati); diampuni Allah baginya dan bagi kedua ibubapanya; dan dihimpunkan dia di Padang Mahsyar nanti bersama Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan ahli keluarga baginda."
"Hadis" tersebut walaupun di sisi para muhadditsin bermasalah dari sudut sanad periwayatannya, namun tidaklah bererti lafaz atau shighah shalawat yang terkandung di dalamnya turut bermasalah untuk diamalkan, dalam ertikata tidak boleh diamalkan. Justru sebaliknya, para ulama dan tuan - tuan guru kita, bahkan menganjurkan ianya dibaca dan dijadikan amalan. Maulana Zakaria al-Kandhalawi rahimahullah, seorang ahli hadis yang ternama di masa kita ini, yang dijoloki sebagai Ra-isul Muhadditsin, dalam kitab Fadhail Durud Syarif halaman 77 dan dalam terjemahannya Fadhilat Shalawat pada halaman 62 - 63 turut memaparkan shalawat ini yang beliau nukil daripada kitab Nuzhatul Majalis karya Imam Abdur Rahman ash-Shafuri (w.894H). Nukilan beliau adalah sebagai berikut:- Telah diriwayatkan di dalam "Nuzhatul Majalis" dengan merujukkan kepada Tabrani bahawa Hadrat Jabir radhiyaAllahu `anhu meriwayatkan sabdaan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam: "Orang yang membaca darud (shalawat) yang berikut, akan menyebabkan kesusahan yang banyak kepada penulis - penulis kebaikan (para malaikat pencatat amal kebajikan) selama seribu hari:-
Maka, tidak hairan jika ada ulama yang berpendapat bahawa sesiapa yang telah bersumpah untuk membaca shalawat yang terbaik (afdhal), maka dia boleh menebus sumpahnya dengan membaca shalawat yang pendek ini tadi. Hal ini disebut oleh Imam Syaikhul Islam Majduddin Muhammad bin Ya'qub al-FairuzAbadi (w. 817H), pengarang kamus yang masyhur, dalam kitabnya ash-Shilaatu wal Bisyru fish Shaalati `alaa Khairil Basyar pada halaman 162 - 166 yang dinukilkan oleh Imam as-Sakhawi dalam al-Qawlul Badi` fish Shalaati `alaal Habibisy Syafi` pada halaman 144. Oleh kerana itu, jelas bahawa lafaz shalawat ini tidaklah menjadi kesalahanan untuk dibaca dan diamalkan. Ianya satu shalawat yang terkandung dalam berbagai teks umat ini dan dibaca oleh ramai ulama dan awam. Tentang ganjaran dan seumpamanya tadi, itu bukan urusan kita, kita percaya setiap shalawat itu akan menerima ganjaran yang besar daripada Allah ta`ala dan dibalas oleh Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Maka, janganlah dilepaskan berlalu masa kita pergi tanpa diisi dengan Shalawat Nabi.
Pesan Guru Sekumpul
_edit_7215253902544.jpg)
_edit_787554719526703.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan