Khamis, Ogos 27, 2009

Penggunaan Inhaler Membatalkan Puasa

video


Penjelasan Dr. Yusuf bin 'Abdullah al-Ahmad

video

14 ulasan:

al-faqir abu zahrah berkata...

Salam.

Comel penjelasan Sidi.

Ustaz-ustaz moden sekarang berkecenderungan mengeluarkan pendapat yang mudah-mudah dan disukai pula jawabannya oleh yang bertanya. Sesuai dengan nafsu ....

Tidak seperti ulama dahulu, sangat berhati-hati apabila berfatwa.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

macamana pula kalau sakit matal. ubat titis mata itu kiranya membatalkan puasa atau tidak?

tq

Abu Muhammad berkata...

Ubat titis mata (seperti eye mo) tidak membatalkan puasa kerana mata bukanlah rongga terbuka. Walaupun ada rasanya di tekak tetap tidak batal. Ini adalah menurut pendapat ulama kita asy-Syafi`iyyah.

Manakala ulama Malikiyyah menghukumkan batal jika rasanya sampai ke tekak.

Abu Muhammad berkata...

Selain berdalilkan yang mata bukan rongga terbuka, maka ada diriwayatkan bahawa Junjungan Nabi SAW bercelak mata ketika baginda berpuasa.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

"Manakala ulama Malikiyyah menghukumkan batal jika rasanya sampai ke tekak.".

Baik ustaz, bilakah masanya seorang awam yang mengikut garisan dan panduan mazhab syafie menjadi batal puasanya apabila menitis eye-mo ke dalam mata?

Maksudnya sejauh manakah hukum sesuatu mazhab itu patut (wajib/harus?) di ikuti oleh seorang awam yang kurang pengetahuan yang mendalam dalam bab agama? Apakah kriteria yang menyebabkan seorang awam itu terpaksa menukar mazhab?

contohya hari ini mungkin tidak jadi masalah untuk bertanyakan hukum walaupun jauh sebab ada internet , bagaimana pula buat perantau zaman dahulu?

tq

Abu Muhammad berkata...

Dalam mazhab Syafi`i, eye mo yang dimasukkan ke mata TIDAK MEMBATALKAN PUASA walaupun rasanya sampai ke tekak.

Seseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudhan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Seseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudhan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.

yang ni saya minta ustaz bagi bahasa mudah sket buleh?

Abu Muhammad berkata...

Mudah cakapnya, janganlah berpindah ke qawl mazhab lain kerana mencari-cari yang mudah tanpa keperluan dan jgn pula mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu. Contoh klasiknya ialah apabila seseorang berpegang dengan pendapat Imam Ahmad bahawa menyentuh perempuan tidak batal wudhu, kemudian dia makan daging unta dan berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu atas mazhab Imam Syafi`i, maka di sini berlakulah talfiq yang menyebabkan taqlidnya bermasalah. Menurut mazhab Syafi`i wudhunya batal kerana dia menyentuh perempuan ajnabi dan menurut mazhab Hanbali wudhunya juga batal kerana dia telah makan daging unta. Ini contohnya talfiq yang berlaku dalam satu masalah / perkara iaitu perkara wudhu.

Jika ianya berhubung dengan 2 masalah / perkara, maka tidaklah dinamakan talfiq. Contoh, wudhu satu masalah, sholat pula satu masalah yang lain. Maka jika seseorang berwudhu mengikut mazhab hanbali, maka tidak mesti sholatnya pun kena ikut mazhab hanbali, ini adalah kerana ianya 2 masalah berbeza. Dia boleh sholat ikut mazhab Syafie walaupun wudhunya wudhu hanbali.

Tapi kalau wudhu ikut hanbali, batal wudhu pun kena ikut mazhab hanbali, sebab ianya masalah / perkara yang satu.

Harap akhi boleh faham. Insya Allah.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

baik. sudah terang bab tidak boleh 'mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu'. terima kasih.

satu lagi - bagaimana pula dengan halnya buat haji.

rata-rata jemaah kita tentunya berwuduk dengan cara mazhab syafie yang mana terbatal bila bersentuhan perempuan ajnabi.

Perlukah mereka berniat dan berwuduk menurut mazhab Hambali sebelum bersolat menurut mazhab Syafie? (sebab ramai yang mengatakan apabila disana - payah sket nak ulang wuduk sebab asik tersentuh je - saya x pernah ke sana dan x tahu situasinya macamana).

Kerana sudah tentunya bab ini 'ada keperluan dan memudahkan' jemaah haji dari mazhab syafie.

Dan adakah diperboleh seorang yang mazhab syafie itu berpegang pada hukum wuduk mazhab hambali sepanjang hayatnya hanya kerna bab pegang wanita dan mungkin juga atas masalah kerjaya(contohnya profession dr, dresa, nurse lelaki dsb)

Abu Muhammad berkata...

Dalam mengerjakan haji, kebanyakan jemaah kita dianjurkan untuk berwudhu mengikut mazhab Hanbali (kalau dulunya ikut mazhab Hanafi), maksudnya hendaklah segala rukun dan syarat wudhu serta sah batalnya mengikut cara hanbali. Dianjurkan mazhab hanbali kerana ianya terlebih hampir kepada mazhab syafie berbanding mazhab hanafi dalam bab wudhu, bahkan rukun dan syaratnya lebih ketat berbanding mazhab Syafie. Contohnya kalau basmalah tatkala wudhu itu sunnat di sisi syafie, di sisi hanbali ianya wajib.

Jadi kalau nak ikut batal wudhu menurut hanbali, maka wudhunya kenalah ikut mazhab hanbali, yakni pelihara segala syarat dan rukunnya menurut mereka. Inilah maksudnya bertaklid kepada mazhab tersebut, bukanlah ertinya kena niat "sahaja aku berwudhu ikut hanbali atau sebagainya", yang penting kena ikut apa rukun dan syarat dalam mazhab tersebut. Niatnya cam biasa jugak "sahaja aku berwudhu ....".

Bila masuk bab sembahyang, boleh dia sembahyang mengikut cara syafie.

Atau kalau nak lebih mudah lagi, ialah jemaah haji ikut sahaja qawl dhoif dalam mazhab Syafie yang dinisbahkan kepada Imam Daud az-Zahiri yang mengatakan yang menyentuh batal wudhunya dan yang disentuh tidak batal. Tapi kekadang tak dapat juga kita ikut qawl ini apabila berlaku kesesakan kat tempat tawaf, kerana kalau kita tersentuh pun dikira batal.

Ya, jika ada keperluan tidak ada tegahan untuk seseorang mengikut mazhab hanbali dalam berwudhu dan syafie dalam sholat. Tetapi biarlah ada keperluannya, bukan nak main-main.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

terima kasih ustaz.

last la ni kot, atas alasan apa hambali mengatakan tidak batal wuduk bersentuh perempuan ajnabi dan atas alasan apa syafie mengatakan batal? Dan kenapa pula makan 'unta' dikatakan batal oleh hambali.

Dan adakah keputusannya begini - dibolehkan seseorang itu mengambil hukum sesuatu mazhab untuk menyelesaikan suatu masalah berkaitan dirinya dengan syarat orang itu tahu hukum dan tertib mazhab tersebut luar dan dalam. bukan semata-mata ikut atau amik sekerat2 untuk main2 tanpa keperluan yang munasabah.

Abu Muhammad berkata...

Sebenarnya, segala aqwal yang dikeluarkan oleh para mujtahid pasti ada sandaran dalilnya dari sumber-sumbernya spt al-Quran, al-Hadits, Ijmak, Qiyas, istihsan, istidlal, istishab, dan sebagainya, yang di sisi mereka itulah yang paling kuat menurut ijtihad mereka. Kadang-kadang seseorang hanya mengetahui satu sahaja dalil para imam, kemudian terus menolak pendapat tersebut sebab hadits itu tidak kuat, sedangkan ada dalil lain yang tidak diketahuinya yang telah digunakan oleh mujtahid tersebut untuk mengeluarkan hukumnya.

Maka berbalik kepada mazhab hambali yang tidak membatalkan wudhu sebab bersentuhan tanpa syahwat dengan perempuan antara dalil yang kita ketahui ialah sebab tafsiran mereka kepada perkataan "laaamastumun nisa`" kerana bagi mereka ianya adalah dengan mad dan bukan semata-mata "lamasamtumun nisa`". Bagi mereka menyentuh itu "lamasa" sedangkan disitu penggunaannya adalah dengan mad, jadi mengikut kaedah penambahan dalam kalimah membawa kepada penambahan maksud iaitu bukan sekadar sentuhan biasa tetapi dengan syahwat atau hubungan kelamin. Selain daripada itu ada juga hadits-hadits yang menurut mereka mendokong qawl mereka.

Di sisi Imam Syafie pula, antara hujjahnya untuk mengatakan batal adalah sebab makna haqiqi bagi "laamasa" itu adalah sentuh, dan hubungan kelamin itu adalah makna majazinya. Maka hendaklah didahulukan makna haqiqi atas makna majazi. Suka kita ingatkan bahawa antara 4 imam mujtahid, maka hanya Imam Syafie yang diiktiraf sebagai hujjah dalam bahasa arab, maka sukar bagi kita untuk mengatakan bahawa Imam Syafie tidak mengetahui maksud sebenar penggunaan kalimah tersebut dalam bahasa arab. Selain daripada itu segala hadis yang dikemukakan oleh pihak yang mengatakan tidak batal itu, di sisi Imam Syafie mempunyai kesamaran yang masih tidak kuat untuk mendokong pendapat tidak batal wudhu tersebut. Inilah secara ringkasnya, sedangkan di situ masih banyak lagi hujjah dan dalil pihak-pihak tersebut, moga Allah meredhai kesemua mereka.

Mengenai batal wudhu dengan makan daging unta di sisi hambali antara sandarannya adalah hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang Junjungan Nabi ditanyai tentang adakah seseorang perlu berwudhu setelah makan daging unta, maka Junjungan menjawab:-
نعم، فتوضأ من لحوم الإبل
"ya berwudhulah kerana makan daging unta". Ini hadits yang shohih.

Akan tetapi menurut Imam asy-Syafie hadits tersebut walaupun shohih tetapi telah dimansuhkan oleh hadits yang shohih juga yang mengatakan Junjungan terus bersholat walaupun selepas makan daging. Di sinilah letak perbezaan pendapat antara dua imam besar ini.

Oleh itu kenalah kita tahu bahawa bukan semua hadits yang shohih itu boleh jadi hukum, sama jugak dengan ayat al-quran bukan semuanya membawa hukum. Oleh itu seseorang mujtahid kenalah mengetahui bukan sahaja shohih - dhoifnya hadits tetapi kenalah menguasai nasikh dan mansukh.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Terima kasih sekali lagi.
Concluded.

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

Bak kata Imuwan Melayu Oxford Dr. Muhammad Afifi al-Akiti "proud to be Syafie follower.".

Jadi sebagai 'orang awam'?

Terima kasih sekali lagi ustaz kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan serba ringkas berkenaan masalah diatas.

Wassalam.