Qashidah Penangkal Wabak

"Barangsiapa membaca akan qashidah ini atas orang sakit atau ia baca sendiri disembuh akan dia Allah ta`ala selama belum hadir ajalnya atau dibaca akan dia atas kanak-kanak nescaya sentosa ia daripada kejahatan jin dan syaithan dan Ummush Shibyaan dan daripada segala penyakit pada badan. Dan tiada menanggung akan dia oleh orang musafir atau pada matabendanya melainkan dapat laba ia dan sentosa ia daripada kebinasaan safarnya. (Dan hasilnya) dibacakan dia pada ketika turun bala seperti wabak dan tha`un dan angin ribut pada perahu dan telah kami cuba akan dia maka kami dapat akan dia mujarrab."

Syaikh Said al-Ahrasy dalam bukunya "Burdatul Bushiri bil Maghribil 'Arabiy" menjelaskan bahawa khalayak ramai bersetuju bahawa Qashidah Burdah mampu memberi ketenangan kepada pendengarnya. Oleh itu, kemasyhuran Qashidah yang berkat ini telah umum diketahui para pengamalnya. Maka selain amalan-amalan lain, tidak ada salahnya jika kita turut menjadikan amalan membaca Burdah sebagai tambahan, lebih-lebih lagi dalam kekecohan menghadapi H1N1 ini. Mudah-mudahan berkat jah Junjungan Nabi SAW, Allah peliharakan umat ini dari segala wabak dan malapetaka."..... maka terkenallah qasidah Burdah sebagai qasidah yang berkat. Di mana dengan berkat puji-pujian, salawat dan salam yang disebutkan dalam qasidah itu adalah diharapkan agar disembuhkan berbagai-bagai penyakit dan kelihatannya amalan ini sangat mujarab sekali dan menjadi satu tradisi dalam masyarakat Islam sejak dari masa hidup Imam al-Bushiri sampai hari ini. ....... Ini bukanlah bererti qasidah Burdah ini yang menyembuhkan penyakit, tetapi yang dimaksudkan ialah apabila disebut-sebutkan sifat dan ketinggian akhlak Rasulullah s.a.w. maka bertambah-tambahlah rasa kecintaan kepada Baginda dan dengan berkat Baginda yang merupakan "ubat hati dan penawarnya, keafiatan badan dan kesembuhannya", maka insya-Allah akan disembuhkan segala macam penyakit."
**********************************
Dokumentari Qashidah Burdah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan