Mawlid Penangkal Wabak


Telah berkata Sulthanul-'Arifin Jalaluddin as-Sayuthi dalam kitabnya berjodol "al-Wasaail fi syarhisy Syamaail":- "Tidak ada sebuah rumah atau masjid atau tempat yang dibacakan padanya Mawlidin Nabi SAW melainkan dikerumuni para malaikat akan mereka yang ada di tempat tersebut dan Allah akan menebarkan rahmatNya kepada mereka. Para malaikat yang berkalungkan cahaya - iaitu Jibril, Mikail, Israfil, Qarbail, 'Aynail, ash-Shaafun, al-Haafun dan al-Karubiyyun - maka bahawasanya mereka berdoa bagi orang yang menjadi sebab untuk pembacaan Mawlidin Nabi SAW. Tidak ada seseorang muslim yang dibacakan dalam rumahnya akan Mawlidin Nabi SAW melainkan Allah selamatkan penghuni rumah tersebut daripada kemarau, wabak, kebakaran, malapetaka, bala bencana, kesengsaraan, permusuhan, hasad dengki, kejahatan 'ain (sihir pandangan) dan kecurian. Apabila dia mati, Allah akan mempermudahkan atasnya menjawab soalan Munkar dan Nakir dan adalah dia ditempatkan pada kedudukan as-shidq di sisi Allah Raja yang Maha Berkuasa."

Marilah kita semarakkan majlis-majlis mawlid Junjungan Nabi SAW, kerana dalamnya terdapat sholawat dan mahabbah kepada Junjungan SAW juga permohonan keselamatan duniawi dan ukhrawi. Mudah-mudahan dengan berkat jah Junjungan Nabi SAW dicurahkan ke atas kita dan sekalian umat ini akan hujan rahmat yang berkekalan serta dihilangkan segala malapetaka dan wabak penyakit.
*********************************
Mawlid Simthud-Durar
(pimpinan almaghfurlah Habib Anis al-Habsyi)
Mawlid Simthud-Durar
(pimpinan almaghfurlah Habib Anis al-Habsyi)
1 ulasan:
Assalamualaikum ustaz.
Saya ingin bertanyakan tentang kisah yg dinyatakan oleh as-Syaikh Habib Ali dalam al Mawaaizh.
Saya ingin bertanya:
1) Apakah maksud mawlid
2) Jika tujuan bagi bacaan mawlid adalah untuk menambahkan lagi pengenangan dan kecintaan kita kepada Rasul saw, maka boleh kah kita juga beranggapan, membacakan kisah2 pengorbanan Rasul saw daripada kitab juga termasuk sebahagian daripada cara mawlid?
Catat Ulasan