Rahsia " wa bi hamdihi"

Maka tidak hairanlah kenapa para ulama memandang penting dan utama untuk menjadikan kalimah tersebut dalam bacaan routine mereka. Bahkan Imam al-Bukhari rahimahUllah mengakhiri Jami`ush Shohihnya dengan hadits berikut:-

"Dua kalimat yang disukai ar-Rahman, ringan diucapkan oleh lisan, berat pahalanya pada neraca, iaitu kalimah " سبحان الله و بحمده، سبحان الله العظيم ".


"Dan kubentangkan kepada pembaca karanganku ini akan satu faedah yang telah aku perolehi daripada sebahagian awliya` mengenai ucapan zikir "سبحان الله و بحمده ". Beliau menyatakan seperti berikut: "Sesungguhnya penghayatan kepada makna " و بحمده " memasukkan orang yang berzikir dengannya ke lapangan ma'rifah yang luas, yang dengannya diketahui akan rahsia penggandaan dan pertambahan amalan-amalan dan keberkatannya. Yang sedemikian itu adalah kerana dhomir (gantinama) pada kalimah " و بحمده " kembali kepada Allah jalla wa 'ala. Maka apabila engkau melafazkan " سبحان الله و بحمده ", yang engkau maksudkan ialah "Aku mensucikanNya dengan pujianNya (yakni aku memuji Allah dengan pujian Allah bagi diriNya)", dan adalah pujianNya bagi DiriNya itu qadim (tiada permulaan) kerana Allah bersifat dengan Qidam dan kekal abadi dengan keabadianNya (yakni berkekalan selama-lamanya kerana Allah bersifat kekal abadi tiada kesudahan). Ini menjadikan ucapan tersebut tiada dapat dihinggakan bilangannya (bersifat "infinity") dan tiada dibatasi sebarang had batasan. Maka dengan ucapan tersebut, engkau memuji Allah dengan pujianNya sendiri bagi diriNya (yakni puji Qadim bagi Qadim) dan bukannya engkau memujinya dengan pujian engkau sendiri.Maka lazimilah akan ucapan tasbih dengan mendatangkan lafaz "و بحمده" kerana dengan tambahan yang sedikit itu boleh mendatangkan ganjaran yang berterusan tiada terkira-kira, dengan syarat kabul di sisi Tuhan yang Maha Suci.
****************************************
كلمتان
1 ulasan:
Alhamdulillah.
Teruskan usaha tuan untuk tambahkan cinta kami kepada zikrullah.
"Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil-azim, alfa alfi alfi marrah."
Catat Ulasan