Khas untuk Ahlus Sunnah wal Jama`ah bermazhab. Wahhabi, Syiah, La Mazhabi, Salafi Gadungan dan lain-lain, anda mungkin tersinggung, eloklah cari blog lain, melainkan jika anda mencari kebenaran.
Lahir dengan nama Muhammad Syafi`i pada 31 Januari 1931. Anak sulung pasangan Muhammad Saleh Raidi dan Nyonya Mini. Hadzami adalah gelaran yang diberikan sebelum usianya mencapai 30 tahun oleh para ulama senior masa itu kerana ketepatannya dalam membaca, memahami, menghadam serta menjelaskan nas-nas yang rumit. Perjalanannya menimba ilmu agama sungguh lama dan mengkagumkan. Mula belajar al-Quran dan tajwid dengan nendanya, Kiyai Husain, di samping turut belajar K.H. Abdul Fattah, Ustaz Sholihin, K.H. Ya'qub Sa`idi, Habib 'Ali bin Husain al-Aththas dan ramai lagi ulama sandaran umat waktu itu. Beliau sering dirujuk sebagai ulama yang multidisipliner kerana penguasaannya dalam berbagai bidang ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh, tasawwuf, tafsir, hadis, qiraah, usul fiqh, usul tafsir, mustholah hadis, nahwu dan balaghah. Beliau adalah seorang ulama yang khumul, yang giat melaksanakan tugas memandu umat ke arah kebenaran tanpa perlu disanjung. Beliau mengasuh 36 majlis ta'lim di seantero Jakarta yang dilaksanakannya dengan istiqamah. Bahkan setengah jam sebelum kembali ke rahmatUllah, beliau masih mengajar di Masjid Ni'matul Ittihad, Pondok Pinang, Jakarta Selatan yang diasuhnya sejak 1984. Walaupun khumul menjadi pakaiannya, beliau tetap dikenali tokoh dan ulama tempatan serta luar negeri. Ulama-ulama terkemuka dari Timur Tengah pun mengetahui keluasan dan kedalaman ilmunya. Almarhum Syaikh Yaasin bin 'Isa al-Fadani, ulama Makkah yang terkenal bahkan digelar sebagai "Musnidud Dunya", amat menyanjungi beliau. Dalam satu kunjungan Syaikh Yaasin ke Jakarta, beliau kesempatan memberikan ijazah kitab hadis dan para ulama terkemuka di Jakarta berkumpul kerana ingin mendapatkan ijazah daripada beliau termasuklah Kiyai Syafi`i. Satu per satu para ulama dipanggil untuk menerima ijazah daripada Syaikh Yaasin. Sehingga selesai acara, semua ulama tersebut mendapat ijazah daripada Syaikh Yaasin kecuali Kiyai Syafi`i. Rupa-rupanya Syaikh Yaasin tidak merasa sedap hati untuk memberikan ijazah kepadanya dan menganggapnya sebagai murid. Walaupun Kiyai Syafi`i sendiri menunggu-nunggu kesempatan itu dan sangat ingin dianggap murid oleh Syaikh Yaasin. Demikianlah penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya. Kiyai Syafi`i meninggalkan beberapa karangan yang berbobot antaranya "al-Hujjajul Bayyinah" yang disiapkannya pada tahun 1960 dan ditunjukkannya kepada gurunya Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi @ Habib Ali Kwitang. Setelah membacanya, Habib 'Ali Kwitang bukan sahaja memuji dan memberikan rekomendasi, bahkan turut menghadiahkan sebuah al-Quran, tasbih dan Rp5,000 kepadanya. Sewaktu berusia 25 tahun, beliau menulis sebuah kitab bermutu yang memuatkan kaedah-kaedah pembacaan al-Quran menurut Imam Warasy dengan jodol "Sullamul 'Arsy fi Qiraat Warasy". Wafatnya beliau pada pagi 7 Mei 2006 bersamaan 9 Rabi`uts-Tsani 1427 dalam usia 75 tahun merupakan satu kehilangan bagi kita. Muridnya K.H. Saifuddin Amsir saat pemakaman almarhum berbicara atas nama para murid almarhum menyebut:-
"Beliau memiliki keikhlasan, ketawadhuan dan kearifan seorang guru. Beliau bukan hanya pengajar, melainkan juga mursyid dan murabbi....Kita memiliki universitas-universitas agama dengan bangunan yang membuat orang berdecak kagum. Tetapi dapatkah institusi-institusi itu menjamin sebuah kurikulum agama yang dapat menjawab persoalan-persoalan agama sebanyak yang dapat dijawab oleh K.H. Syafi`i Hadzami ?....Meski sekilas wafatnya beliau hanya menunjukkan kepergian seorang alim, sesungguhnya kita telah kehilangan sesuatu yang sangat besar dan berharga. Wafatnya beliau berarti juga runtuhnya sebuah universitas. Sepanjang pengabdiannya, beliau menyediakan berbagai ilmu yang dibutuhkan umat, seperti fiqih, ilmu kalam, ulumul-Quran, tafsir, hadis, ulumul hadis, ilmu alat dan berbagai ilmu keislaman lainnya. Semua itu dikuasainya dengan sangat mendalam. Sungguh, kita telah kehilangan sebuah universitas, dan membangunnya kembali sungguh pekerjaan yang sangat berat."
Murid kesayangan beliau yang fotonya beliau pasang di rumahnya saat ini sudah menggantikan peran beliau mengajar di majlis2 taklim. Beliau adalah K.H. Bunyamin, yang tinggal di Kelapa Dua Kebon Jeruk Jakarta Barat.
Sewaktu mu'allim meninggal dunia, Kyai Bunyamin sedang beribadah umrah. Yang menjadi istimewa adalah banyak orang yang melihat Kyai Bunyamin ikut memandikan mu'allim Syafi'i Hadzami, padahal beliau masih ada di Mekkah. Kok bisa? Wallahu a'lam.
Semoga Allah SWT senantiasa Me-Rahmati Beliau,Memberkahi Beliau dan untuk seluruh Keluarganya yang ditinggalkan,murid-muridnya bisa meneruskan Perjuangannya Amiinnn...
Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu.
Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah.
Tuan - tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum - hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk - buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Pesanan Mufti
Mufti Haji Said
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.
Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhidan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
4 ulasan:
khumul tu aper
Khumul itu membawa erti tidak suka dikenali atau tidak suka terkenal dan tidak suka kemasyhuran serta tidak mencarinya.
Murid kesayangan beliau yang fotonya beliau pasang di rumahnya saat ini sudah menggantikan peran beliau mengajar di majlis2 taklim. Beliau adalah K.H. Bunyamin, yang tinggal di Kelapa Dua Kebon Jeruk Jakarta Barat.
Sewaktu mu'allim meninggal dunia, Kyai Bunyamin sedang beribadah umrah. Yang menjadi istimewa adalah banyak orang yang melihat Kyai Bunyamin ikut memandikan mu'allim Syafi'i Hadzami, padahal beliau masih ada di Mekkah. Kok bisa? Wallahu a'lam.
Semoga Allah SWT senantiasa Me-Rahmati Beliau,Memberkahi Beliau dan untuk seluruh Keluarganya yang ditinggalkan,murid-muridnya bisa meneruskan Perjuangannya Amiinnn...
Catat Ulasan