Jumaat, Julai 07, 2006

Nabi Khidhir a.s. - 3


Ikhwah Fadhilatul Imam al-Ustaz Muhammad Zaki Ibrahim dalam bukunya "Usul al-Wushul" mukasurat 165 - 166 menyatakan:-

  • Berkata Ibnul Jawzi, Ibnu Abi Ziyad, Abul Hasan ar-Rumaani, Muhammad bin Ishaq dan lainnya bahawasanya Nabi al-Khidhir adalah Nabi dan Rasul.
  • Dan dinaqal al-Qurthubi, Abu Hayyan, al-Baghawi, Ibnu 'Athiyyah dan ats-Tsa'labi dalam kitab-kitab tafsir mereka bahawasanya dia Nabi sahaja, dan mereka berkata bahawa inilah pegangan kebanyakan ahli ilmu dan inilah pandangan Sayyidina Ibnu 'Abbas dan sebahagian sahabat.
  • Adapun Abul Qaasim al-Qusyairi, Abu Bakar bin al-Anbaari, Abu 'Ali bin Abi Musa dan jumhur ahli sufi atas pendapat bahawa dia adalah Wali iaitu seorang hamba yang sholeh, sebagaimana dinash dalam al-Quran.
  • Dan dinaqalkan al-Maawardi bahawa dia adalah malaikat (yang berjasad dalam rupa bentuk manusia), akan tetapi al-Hafiz bin Abi Dihyah menyerahkan sahaja perkara ini dengan katanya: "Kami tidak mengetahui adakah baginda malaikat atau nabi atau hamba yang sholeh (yakni wali). Dan inilah pendapat jumhur ahli sufi.
  • Dan yang ashah ialah bahawasanya baginda adalah nabi, wa Allahu a'laam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Saya ada membaca bahawa Muhammad Ibnu Ishaq itu merupakan seorng syiah dan dialah yg banyak memesongkan fakta sirah nabawiyyah.Ini diperkatakan didalam web site pengkaji hadis di Kelantan ni...Maulana Asri...saya begitu musykil dgn kaedah kajiannya dan nampak sangat berlawanan maklumatnya dgn tok2 guru tradisional kita. Apa komen tuan syeikh?

Tanpa Nama berkata...

salam abu muhammad. ana baru jumpa site anta ni. syabas. banyak ana dapat dari blog anta ni. jazakallah. ana baru baca dari july 05 oleh kerana baru tau site yg baik sebegini.Alhamdulilah.ana nak baca sambungan yg anta kata akan saji kan dialog antara taimiyah dan syeikh ibni attailah sukandari.terima kasih.moga sama sama dapat kita hentikan diayah wahabi dari makin luas menular nya.

Abu Muhammad berkata...

Cik Noni 1 : Berhubung dengan Muhammad bin Ishaq ini sememangnya ada perselisihan ulama mengenainya. Ada yang menolaknya dengan keras, tetapi ada yang menerimanya bahkan memujinya. Ana ada baca tulisan kat website Darul Kautsar tersebut yang bagi ana terlalu dangkal kajiannya. Hatta nama Ibnu al-Musayyib pun tersilap menjadi al-Musayyab sedangkan terdapat riwayat daripada menantu Sayyidina Abu Hurairah ini bahawa beliau adalah Ibnu al-Musayyib bukannya al-Musayyab.

Bidang rijal bukanlah bidang ana, cubalah tuan bertanya kepada ahli-ahlinya yang adil bukannya berat sebelah.

Tuan bukalah kitab Tadzkiratul Huffaadz karangan adz-Dzahabi di mana Imam adz-Dzahabi yang terkenal syadid itu memperkenalkan Ibnu Ishaq sebagai Muhammad bin Ishaq bin Yasaar al-Imam al-Hafidz. Disebutkan juga di situ perkataan-perkataan ulama mengenainya antaranya ialah kata-kata Imam Ahmad yang memandang bagus hadis riwayatnya. Ali bin al-Madini pula menyatakan bahawa: Hadisnya di sisiku adalah shohih. Syu'bah pula menyatakan bahawa dia adalah amirul mu'minin dalam hadis. Di samping itu ada jugak kata Imam an-Nisai yang menyatakan bahawa Ibnu Ishaq ini riwayatnya tidak kuat dan Imam ad-Daraquthni menyatakan bahawa tidak boleh berhujjah dengannya. Imam Malik pula menisbahkannya kepada dajjal, tetapi perlu diketahui kenapa hal ini berlaku, kerana terdapat perbalahan antara mereka berdua sehingga Imam Malik mengucapkan kata-kata tersebut. Selain daripada itu memang ada segelintir (qil) yang mentohmahkan Ibnu Ishaq dengan syiah dan qadariyah. Sila tuan rujuk kitab tersebut juzuk 1 halaman 172. Begitu jugak, sila rujuk kitab Tahdzibul Kamal karya al-Mizzi juzuk 15 halaman 143. Di sana akan nampak perbezaan ulama berhubung diri Ibnu Ishaq ini. Sila tuan rujuk juga penilaian yang diberikan oleh Syaikh Musthofa as-Saqaa, Syaikh Ibrahim al-Abyaari dan Syaikh 'Abdul Hafidz Syilbi berhubung Ibnu Ishaq dalam muqaddimah mereka bagi as-Sirah an-Nabawiyyah karya Ibnu Hisyam. Insya-Allah, jika berkelapangan ana akan cuba terjemahkan sekadar termampu.

Sila tuan lihat juga, web Persatuan Ulama Malaysia berhubung soalan mengenai Ibnu Ishaq

http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=2677

Allau a'laam.

Cik Noni 2:- Maaflah, insya-Allah nanti ana cuba sajikan dialog tersebut yang dinukilkan daripada kitab Syaikh Muhammad Zaki rhm.

Abu Muhammad berkata...

Allahu a'laam.

Telah berkata Ali bin al-Madini: Berputar hadis Junjungan Nabi s.a.w. atas 6 orang, lalu dinamakannya mereka, kemudia dia berkata:- Jadilah ilmu 6 orang tersebut di sisi 12 orang dan salah seorangnya Muhammad bin Ishaq.

Telah berkata 'Ali bin al-Madini: "Telah aku dengan Sufyan berkata:- Telah berkata Ibnu Syihab tatkala ditanya berhubung maghazi:- Inilah orang yang paling mengetahui tentangnya (maghazi, yakni Ibnu Ishaq.

Telah berkata Harmalah bin Yahya daripada Imam asy-Syafi`i:- Sesiapa yang menghendaki untuk mendalami bidang maghazi, maka hendaklah dia menjadi keluarga Muhammad bin Ishaq (yakni mendampingi Muhammad bin Ishaq).

Telah berkata Ahmad bin Abi Khaitsamah: Telah aku tanya Yahya bin Mu`in tentang Muhammad bin Ishaq, maka dia berkata:- Telah berkata 'Aashim bin 'Umar bin Qataadah:- Tidaklah hilang dari manusia ilmu selagi mana hidup Muhammad bin Ishaq.

Petikan dari Tahdzibul Kamaal karya al-Mizzi.

4:26 PM

Tanpa Nama berkata...

jazakallahu ya Syeikh