Antara 'Ajwah & Kokka
Cite santai sket, kita cerita tentang keajaiban alam dan makhluk ciptaan Allah yang Maha Esa. Allah yang Maha Bijaksana menciptakan alam dan makhluk ini dengan penuh hikmah, sama ada dapat ditangkap oleh otak kita yang cetek ini maupun tidak. Sewaktu-waktu mengaji tawhid dulu, selalu Tok Guru habaq ...."Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia." Semua ciptaan Allah ada faedahnye ada hikmahnya bahkan ada keajaibannya, hatta penciptaan nyamuk dan lalat.
Antara ciptaan Allah ta`ala adalah satu pokok kayu yang namanya masyhur sekarang, kayu kokka. Ada kekawan yang mintak aku menulis mengenai kayu kokka, sebab ada yang menceritakan khasiat kayu ini dan ada jugak yang menolak, bahkan ada yang menghukumkan syirik jika percaya kepada khasiat kayu tersebut. Bolehkah seseorang menjadi syirik jika percaya kayu kokka ini ada khasiat tertentu ? Memang boleh, jika dii'tiqadkan bahawa kayu tersebut yang mempunyai kuasa dan memberi ta'tsir memberi bekas, tetapi jika tidak ada i'tiqad tersebut, maka di manakah kedudukan syiriknya? Bab syirik ni bukan mudah, ianya termasuk dalam urusan dalaman. Oleh itu, janganlah bermudah-mudah menuduh seorang ahli qiblat sebagai syirik. Besar punya tuduhan tuuuuu.
Jika ada Tok Peti dalam Mesia ni yang kata ianya boleh bawa syirik. Aku kata, betullah tu, bukan sahaja kayu kokka, padi yang jadi beras yang jadi nasik pun kalau silap gaya boleh bawak syirik. Tapi sebagaimana yang aku kata kat atas syirik tu urusan dalaman, silap-silap kalau Tok Peti dok bergantung dengan jawatannya itu hingga lupa i'timad pada Allah pun boleh gak jadi syirik. Oleh itu, jangan gopoh mengeluarkan hukum apatah lagi vonis tuduhan sedahsyat syirik tu. Kesian kat para penjual dan penjaja tu, dituduh agen syirik lagi, sodih...sodih.... tapi aku tengok ada Pak Cik Kayu Kokka tu setiap waktu sholat dia mesti ada di semejid, takkan nak hukum agen syirik. Tapi yang jual kayu kokka pun janganlah lebih-lebih pulak bawak riwayat kelebihan dan kehebatan kayu atau batu, sampai habis sebut tongkat dan bahtera, kalau pun benar kayu kokka itu bahan baku bahtera dan tongkat, maka ianya bukanlah kayu yang dijual tu. Pada yang dok jual menjual ni pun janganlah terlalu ghairah menggunakan ayat-ayat dan hadits-hadits dengan TUJUAN MELARISKAN PERNIAGAAN MEREKA SEMATA-MATA.
Betul ke kayu kokka ni ada khasiat? Entahlah, aku pun tak tahu, tapi sebahagian orang yang tahu habaq memang ada khasiat. Ada gak yang berhujjah, kalau khasiat zahir masuk dek akal, tapi ini sampai setan dan hantu pun takut, ooo tak betul ni, karut ni. Aku nak tanya dua soklan je, Adakah mesti setan takutkan kokka ? Sudah tentu tidak mesti sebab tak dak nash yang shorih habaq setan takutkan kayu kokka. Soklan kedua: Adakah mesti setan tak takutkan kokka ? Sudah tentu tidak mesti juga kerana kita pun tak dapat nak pastikan, mana nash yang kata setan tak takutkan kayu kokka. Jadi yang kita dok kalut nak jawab mende yang mumkin dengan satu definite answer, nape ?
Rahsia-rahsia alam, masih banyak yang belum dijangkau ilmu kita yang sedikit.Dan bukanlah suatu perkara yang mustahil jika benda zahir juga mempunyai khasiat segi batin (sini yang aku maksudkan dengan batin ialah bab-bab tak nampak dek mata zahir le, seperti sihir, jin dan setan ni, bukan batin SX18 ke atas.) Contoh yang betul dan benar ialah khasiat kurma 'Ajwah atau kurma Nabi. Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang makan pada waktu pagi akan 7 biji kurma 'Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut (yakni dia akan dipelihara sepanjang hari itu dari bahaya racun dan sihir)."Sihir tu mende, dapat tengok ke dengan mata, kesannya bolehlah dilihat. Jadi ada benda zahir macam buah kurma tu punya khasiat bersifat batin yakni menyelamatkan daripada sihir. Jadi idaklah mustahil, jika Allah meletakkan sejenis khasiat pada kayu kokka tersebut yang menyebabkan hantu dan setan takut. Ini sekadar contoh sahaja, bukanlah aku nak samakan khasiat kurma 'ajwah yang sabit melalui lidah ash-Shodiqul Mashduq dengan khasiat kayu kokka yang aku pun tak tahu mana datang khasiatnya. Tapi mungkinlah ahli-ahli perubatan tradisional yang telah melakukan tajribah mereka terhadap kayu kokka dan membuat kesimpulan bahawa khasiat kayu ni begini - begini. Ini semuanya benda mumkin, yang kita nak gaduh kata mustahil sebab apa ? Tok Guru aku dulu pun habaq yang tasbih kayu kokka ni elok dan ada khasiat-khasiatnya, tapi idaklah Tok Guru aku tu sebut pasal Tongkat Nabi Musa a.s. dan Bahtera Nabi Nuh a.s.
La ni, aku nukilkan sahaja buat tatapan kalian, beberapa khasiat kayu kokka. Ini bukan aku punya kata dan bukan jugak kata Tok Guru aku tu, tapi ini aku nukil saja daaa, sebab aku ni jahil tak reti apa. Allahu...Allah, bab kayu pun aku tak reti, inikan pula bab ilmu wahyu....Allahu...Allah. Jadi nak bergaduh, carilah tuan-tuan punya nukilan yang aku nukilkan di sini.
Pertama khasiat kayu kokka sebagaimana disebut dalam buku "Mushaf * Tasbih * Tongkat - Koleksi Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Wad daulah" susunan Pehin Mufti Negara Brunei Darussalam, Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (mufti sekarang ini) yang diterbitkan pada tahun 2001 oleh Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Pada halaman 235 - 236 dinyatakan:-
Terdapat tiga jenis kayu kuka asli, iaitu Kuka Nigeria, Kuka Iran dan Kuka Turki. Kayu Kuka dipercayai mempunyai khasiat yang banyak. Antara lain khasiat tasbih kayu kuka ini adalah seperti berikut:-Wah, wah, wah, itu antara khasiatnya. Semuanya, insya-Allah, jadi nak pakai pakai, tak nak sudah. Bagi yang pakai aku nasihatkan jangan pergi taman ular karang tak pasal-pasal ular yang tak berdosa tu patah tulang belikatnya.... hehehe.... melawak je. Allah yang Maha berkuasa, jangan lupa, bukannya kokka dan bukan jugak 'Ajwah.
- Air yang telah direndam dengan tasbih kayu kuka boleh dibuat sebagai penawar atau ubat untuk:- (1.1) Sakit gigi - airnya diminum dan dikumur dalam mulut. (1.2) Sakit kerongkong, seperti tonsil, guam dan ruam - airnya diminum dan dititikkan dalam mulut. Insya-Allah. (1.3) Keracunan - airnya diminum. Insya-Allah. (1.4) Demam panas - airnya diminum. Insya-Allah.
- Jika tasbih kayu kuka dipakai di badan dengan syarat ianya menyentuh kulit badan, ia boleh jadi penawar kepada: (2.1) Gigitan dan sengatan binatang berbisa seperti ular tedung - letakkan tasbih itu di tempat gigitan / sengatan. (2.2) Kemalangan - Dengan pertolongan Allah, jika seseorang itu membawa tasbih kayu kuka, Insya-Allah terselamat daripada nahas dan kecederaan. (2.3) Melecur air atau minyak panas - kulit tidak melecit dan rasa panas / sakitnya hanya sebentar. (2.4) Khianat orang terhadap pemakainya - tidak berjaya. (2.5) Menjadi pemanis - pemakainya akan disukai ramai.
- Tasbih kayu kuka boleh dibuat penawar kepada: (3.1) Rasukan makhluk halus - jika kanak-kanak dirasuk hantu, gosokkan tasbih kayu kuka di dahinya. Insya-Allah. (3.2) Sakit kepala - gosokkan di bahagian kepala yang berkenaan. Insya-Allah. (3.3) Sakit otot dan urat - gosokkan di tempat yang sakit. Insya-Allah.
- Sekiranya tasbih kuka diletakkan berhampiran ular berbisa seperti tedung dan senduk, ular akan lemah kerana tulang belikatnya patah.
Sesuatu yang menarik, kalu pun tidak pada kome tapi pada aku, ialah ada jugak tokoh sunnah (baca: salapi, dengan huruf "p" untuk membezakan salafus sholeh yang terdahulu) yang menulis berhubung dengan khasiat kayu kokka ni. Ustaz 'Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, antara penulis yang dikenali ramai kerana dia antara yang produktif menterjemah dan mengarang buku-buku keagamaan menurut pemahamannya. Dalam bukunya yang berjodol "Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita" halaman 150 dia menyatakan seperti berikut:-
Kok Kak : Takuk: Sejenis pokok yang agak luar biasa khasiyat dan mahal nilainya:-
- Menjadikan cerdas: selalu dipakai sebagai cincin.
- Tahan sakit: diletakkan di tempat sakit (yang berpunca daripada syaitan atau hantu).
- telah ditapis oleh lembaga penapisan blog, kalau nak tahu sila contact Ustaz 'Abdullah atau beli je buku tu.
- Ditakuti syaitan / hantu: syaitan / hantu terhalang dari memasuki rumah yang ada kayu ini.
- Sakit Pinggang: dia direndam dan airnya diminum.
- Sawan: dia direndam, airnya diberi minum kepada anak; dan juga disapukan ke muka.
- Demam Panas: seperti no.6 juga.
- Sakit Gigi: dia direndam dan airnya dimasukkan ke lubang gigi dengan minyak panas yang dicelup dengan kapas.
- Bengkak: dia diletakkan di tempat bengkak.
Allahu a'lam
p/s - sebarang permintaan untuk aku tulis berhubung khasiat tongkat ali ke... bakawali ke... dan lain-lain tidak akan dilayan ......karang jadi Tok Pawang plak aku ni.
8 ulasan:
Melawak pula abumuhammad ini! Hehe. Semuanya memang bergantung kepada i'tiqad. Macam kita makan ubat Panadol le. Kalau kita beri'tiqad dalam hati bahawa Panadol yang menyembuhkan demam kita, maka memanglah syirik.
Yang no 3 tu kenapa pula ditapis? Adakah kerana ia untuk 18 tahun ke atas?
hehehe.. Betul,sebab tu kena tapis. Bahsonye terang menerang sangat.
rasanya kokka pernah disebut dlm tafsir jalalain tidak silap ana berkenaan dgn bahtera nabi Nuh,wallahu 'alim.
Terima kasih, Pak Along. JazakAllahu ahsanal jaza`
lidafTuan Abu Muhammad,
kawang saya yang selalu sebut dia salafi, kate, TG Nik Aziz seorang salafi, die kate TG Nik Aziz selepas solat tak wirid kuat, TG Nik Aziz biase wirid masing selepas solat, then tak jadi tukang baca talkin, then tak ketuai majlis tahlil arwah dll. Katenya, beza TG Nik Aziz dengan Salafi lain ialah TG Nik Aziz bukan jenis bising dan hormat pandangan orang lain yang berbeza terutamanya kalangan pondok. Malah dulu, katenya TG Nik Aziz pernah membuat kuliah bagi kitab Fikh Sunnah author Sayyid Sabiq yang jadi kitab rujukan salafi tu. Tapi sebab menghormati kalangan pondok, akhirnya TG Nik Aziz menghentikan kuliah tersebut dan diganti dengan kitab lain. minta komen abu muhammad.
Assalamu'alaykum. sebut pasai koka, ana pun ada satu tasbih koka. cincin pun ada. semua dpt sempena walimah dr abang ipar yg jadi muthowif di makkah.
agak berlainan sikit bilangan tasbihnyer tak tau la sebab apa, 33,33,34. sebab kebiasaannya ana suka buang tasbih yg pjg tinggalkan 33 shj. hehehe..
Asslamu alaikum akhi,
Satu blog yang baik dan amat bermanfaat. Teruskan.
Catat Ulasan