Panutan Saadah Bani 'Alawi
Dalam menghadapi fitnah Wahabiyyah, jangan pula kita lupa bahawa puak Syiah juga tidak duduk diam untuk menyebarkan dakyah mereka kepada masyarakat kita yang sedari dahulu majoritinya Sunniyyun Syafi`iyyun. Syiah menyembunyikan kedok dakyah mereka dengan berbagai cara, nama dan samaran, antara yang paling lazim dilaungkan mereka ialah bahawa mereka adalah pengikut Mazhab Ahlul Bait. Benarkah dakwaan dan dakyah Syiah ini??????? Dakwaan dan dakyah ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi segelintir umat, sehingga sempat bikin kecoh di beberapa tempat di Indonesia dan Malaysia. Sebagaimana dimaklumi bahawa bumi kita sebelah Nusantara ini telah diberkati Allah dengan keberadaan sejumlah besar anak cucu Junjungan Nabi kita s.a.w. dan umumnya di Malaysia dan Indonesia, mereka-mereka ini adalah daripada keturunan Imam Ahmad bin 'Isa al-Muhajir yang terkenal dengan gelaran para Habaib dan Saadah Ba 'Alawi. Di samping itu ada juga keturunan Junjungan s.a.w. menurut susur galur nasab yang mulia daripada Imam Hasan r.a., Imam 'Aun r.a. dan Imam Musa al-Kazim.
Melihat ada kelompok Saadah yang berada di Malaysia dan Indonesia yang terpengaruh dan termakan dengan dakyah "Mazhab Ahlul Bait" puak Syiah, maka para ulama, pemuka, munshib dan sesepuh habaib yang berada Hadhramaut dan al-Haramain telah bertindak mengutus sepucuk surat kepada pihak Rabithah al-'Alawiyyah dan segala keturunan Ba 'Alawi di Indonesia dan Asia untuk menegaskan dan mengingatkan para 'Alawiyyin di mana pun mereka berada agar berpegang teguh dengan 'aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah dan tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah selainnya termasuklah yang bertopengkan Mazhab Ahlul Bait. Surat tersebut telah ditandatangani antara lain oleh:-
- Habib 'Abdullah BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
- Habib Saalim asy-Syaathiri, Mudir Ribath Tarim;
- Habib Zain BinSumaith, Pimpinan ribath di Madinah;
- Habib 'Ali al-Masyhur BinHafidz, Ketua Majlis Fatwa Tarim;
- Habib Muhsin al-Muhdhaar, Pemuka Ba 'Alawi Shan`a;
- Habib Hasan al-Haddad, Munshib Maqam Imam al-Haddad;
- Habib 'Aidrus al-Kaaf, Mudir Kuliah Syariah al-Ahqaaf;
- Habib 'Ali BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
- Habib 'Aidrus BinSumaith, Pemuka Ba 'Alawi Tarim;
- Habib 'Umar BinHafidz, Pimpinan Darul Musthofa Tarim;
- Habib Muhammad bin Muhsin bin 'Ali al-Haamid;
- Habib Hasan bin Ahmad, Munshib Syaikh Abu Bakar;
- Habib Haamid Ba 'Alawi, Imam Masjid Ba 'Alawi Tarim;
- Habib Husain 'Aidiid, Imam Masjid Mawlal 'Aidiid Tarim;
- Habib Syaikh bin 'Abdullah al-Habsyi;
- Habib Sholeh al-Haamid, Munshib al-Haamid;
- Habib 'Abdur Rahman al-Habsyi, Munshib Maqam al-Habsyi;
- Habib Husain BalFaqih, Munsib BalFaqih;
- Habib Hasan BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
- Habib Haamid BinSyihaab, Anggota Majlis Ulama Tarim;
- Habib 'Abdullah al-'Aththas, Munshib al-'Aththas;
- Habib Muhammad al-'Aidrus, Imam Masjid as-Saqqaf;
- Habib Muhammad as-Saqqaf, Imam Masjid 'Ali as-Saqqaf;
- Habib Ahmad al-Habsyi, cucu Imam Ali al-Habsyi;
- Habib Haasyim al-Habsyi ar-Rausy, Ketua Ulama Hadhramaut & Munshib ar-Rausy.
Dan kami menegaskan kepada kalian berhubung urusan ar-Rabithah al-'Alawiyyah agar tetap kukuh dan istiqamah atas segala kaedah, peraturan dan susunan yang telah disusun oleh para pengasas dan pengurusnya yang terdahulu yang berjalan atas thoriqah (perjalanan) Ahlus Sunnah wal Jama`ah, mengikut mazhab yang empat lagi Asyaa`irah serta bertasawwuf. Keluarga Abi 'Alawi (Ba 'Alawi) adalah satu bahagian yang tidak terpisah daripada golongan terbanyak umat ini (as-sawadul a'dhzam) iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Mereka dalam i'tiqad kepercayaan berpegang kepada manhaj al-'Asyaa`irah, dalam furu' fiqh berpegang dengan mazhab Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i al-Mutholibi serta menjalani manhaj tasawwuf yang suci dan jauh dari segala bid`ah dan penyelewengan. Maka jaga-jaga jangan sampai mengubah sesuatu dari apa yang telah mereka asaskan atau menyimpang dari jalan dan kaedah mereka atau menggantikannya dengan manhaj selain manhaj mereka, walau bagaimana pun rupa bentuknya. Maka thoriqah (perjalanan) mereka adalah (sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Haddad):-Begitulah antara himbauan para Habaib kita agar kita sentiasa berjalan atas jalan para salaf yang terdahulu dari kalangan ulama dan pemuka Ba 'Alawi. Awas jangan ada yang cuba menyimpang dari jalan yang ambilannya cukup terang dan nyata tersebut. Memandangkan silsilah dzahabiyyah para Saadah ini yang telah diambil oleh seorang anak daripada bapanya yang mengambil daripada bapanya sehingga ke para leluhurnya yang ke atas, maka Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi berkata:-Untaian mata rantai mereka yang sanadnya
Kepada Junjungan Nabi terpuji lagi pemuji termulia
Thoriqah petunjuk yang telah diambilkan dia
Dari sir orang-orang mulia
Para khalifah orang-orang mulia sebelumnya
Ayah mengambil daripada ayahandanya
Dan demikianlah berlanjut keadaannya
Alangkah mulianya segala ayahanda
Serta anak keturunan mereka
من لا سلك طريق ابآئه تخيب وضع
ٍ
Sesiapa (dari kalangan Ba'Alawi) yang tidak menjalani perjalanan para leluhurnya, nescaya dia akan kecewa dan terhina.
ٍ
Sesiapa (dari kalangan Ba'Alawi) yang tidak menjalani perjalanan para leluhurnya, nescaya dia akan kecewa dan terhina.
Oleh itu, Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi turut melantunkan doa yang berbunyi:-
اللهم إني أبرأ إليك من كل عقيدة لا يعتقدها أسلافنا الصالحون
Allahumma inni abra-u ilaika min kulli 'aqiidatin
laa ya'taqiduhaa aslaafunaash shoolihuun
Ya Allah, sesungguhnya aku berlepas diri kepadaMu daripada segala 'aqidah yang tidak dipegangi oleh para salaf kami yang sholeh.اللهم آمين يا رب العالمين
7 ulasan:
Assalamu'alaikum,
Sidi Abu Muhd, kalau ngakk keberatan, nanti kirimkan ana satu salinan penuh surat tersebut pada ana. Ya, ana juga bimbang fenomena Syiah ini. Bahkan semasa kunjungan al-Habib Umar tempohari beliau juga ada menyentuh secara tidak langsung mengenai Syiah. InsyaAllah, kalau dapat dapat vcd nya nanti ana kirimkan pada sidi.
Insya-Allah, nanti dikirimin.
walaupun saya tidak berpeluang mengikuti tarbiyah para habib sekalian.. saya akan memanfaatkan daya pemikiran saya untuk membenteng anak-anak muda dari terpengaruh dgn ajakan dan pujukan para syiah dan wahabiyah.. teguh kepada kesatuan muslimin ahlus sunnah wal jamaah!
Allahu akbar!
Assalamu`alaikum. Saya ingin bertanya bagaimanakah keadaan pendakyah Syi`i di Malaysia? Apakah mereka mendapat tempat di akhbar sepertimana sebahagian pendakyah Wahhabi? Apakah beza di antara bahayanya pengaruh Syi`i dan Wahhabi di Malaysia? Saya mendapati banyak pihak (termasuk dari dalam blog ini) yang mendedahkan kepincangan Wahhabi dan saya sangat berterima kasih atas pendedahan yang berguna itu. Namun saya mendapati yang mendedahkan "kepincangan" Syi`i, rasanya hanya dari pihak Wahhabi. Malah saya sendiri rasa tersangat khuatir untuk membicarakan mengenai Syi`ah kerana mereka mendakwa mencintai Ahlul Bait dan saya terasa macam takut secara indirect akan mengatakan kepada Ahlul Bait juga.
Silalah melayari laman web ini.
http://www.albayyinat.net/
sepatah kata habib umar dimasjid alfalah: ada manusia mengenepikan ayat alquran (yg memuji sahabat rasulullah s.a.w)hanya semata2 membaca buku sejarah. ada manusia yg mencerca ahli bayt kerana semata2 ingin mempertahankan sunnah.
kedua2 golongan (syiah dan wahabi) adalah ghuluw dalam mendokong aliran mereka.
sepatah kata habib ali aljifri:
sekiranya syiah berhenti mencerca sahabat rasulullah s.a.w dan wahabi berhenti membid'ah amalan umat islam..insyaallah umat islam boleh bersatu dibawah panji kalimah taiyibah.
yaa akhi kaef halak?
ana dari indonesia salam kenal dan salam ukhuwah ! mohon kranya antum dan kawan2 dimalaysia membantu jika adanya info terlebi jika bisa kirimkan ana surat daru 25 habaib tersebut guna menjadi perjuangan kami... agar kami bisa hantarkan kepada guru2 kami yakni alhabib Ali bin Sholeh Al-Athos, alhabib Hasyim Ubaidillah Al Bahar, alhabib Ahmad Syarqowy Qosim Bahman dan al Habib Fauzan Syarqowi Bahman
dan kita GAYANG WAHABIYYAH DAN AHMADIYYAH DAN SYI'AH
Catat Ulasan