Hukum Mawlid - Haji Sulong
Tuan Guru asy-Syahid Haji Sulong @ Haji Muhammad Sulum bin 'Abdul Qadir al-Fathani rahimahUllah, ulama dan mujahid Fathani Darus Salam, rupa-rupanya ada menulis sebuah kitab berhubung mawlid Nabi s.a.w. Karyanya tersebut diberi jodol " Kitab Cahaya Islam - Gugusan Mawlid Sayyidil Anam" yang ditulis pada tahun 1362H (1943M). Dalam kitab tersebut, asy-Syahid Tuan Guru telah menyatakan, antara lain, bahawa:-
Maka sesungguhnya berbuat mawlid itu bid'ah, akan tetapi masuk di dalam bahagian bid`ah hasanah. Diberi pahala akan orang yang mengerjakan dia, seperti memperbuat ibadat sunnat ... Maka perhamba sebutkan sedikit fasal bahagian bid`ah kerana takut terkeliru di atas mereka yang tidak tahu bahagian bid`ah, maka ia berkata bahawasanya berbuat mawlid itu bid`ah yang keji atau haram seperti sangkaan mereka yang telah disesatkan."Maka janganlah kita terpedaya dengan dakyah puak-puak yang tidak bersetuju dengan amalan bermawlid. Biarlah mereka dengan dunia mereka, asalkan mereka tidak mengganggu kita dengan amalan kita. Tetapi jika mereka menyerang amalan kita dan bersikap biadap terhadap para ulama kita, maka janganlah kita berdiam diri. Bangkitlah dan pertahankanlah ulama kita yang telah banyak berjasa berbanding mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan