Ceramah Habib 'Umar
Tanda ulama akhirat, mencintai kitab-kitab Imam al-Ghazali
Mawlid ad-Diba'ie adalah antara mawlid yang indah susunan katanya. Karya seorang ulama dan ahli hadits terkemuka berdarjat hafiz, Imam Wajihuddin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Umar bin 'Ali bin Yusuf bin Ahmad bin 'Umar ad-Diba`ie asy-Syaibani al-Yamani az-Zabidi asy-Syafi`i. Beliau dilahirkan pada 4 haribulan Muharram tahun 866H dan wafat hari Jumaat 12 Rajab tahun 944H.Adalah Junjungan Nabi s.a.w. itu, sebaik-baik manusia dari segi kejadian dan akhlaknya. Bagindalah orang yang paling benar menunjuki jalan Allah. Akhlak baginda adalah al-Quran dan sifat pemaaf menjadi tabiatnya. Baginda suka memberikan nasihat kepada manusia serta banyak membuat ihsan. Baginda memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya, tetapi jika dicuaikan hak Allah, maka tiada siapa yang dapat menahan kemarahannya. Sesiapa yang melihat baginda sekali pandang akan merasa gerun kepadanya (kerana kehebatan baginda). Apabila dipanggil oleh orang miskin, baginda menyahut panggilan tersebut. Baginda berkata benar walaupun pahit. Baginda tidak pernah menaruh perasaan hendak menipu atau menyusahkan orang lain. Sesiapa yang melihat wajah baginda, nescaya nampak nyata yang ianya bukan wajah seorang pendusta.Allahu .. Allah, betapa hebatnya kejadian diri dan pribadi Junjungan Nabi s.a.w. yang mulia. Sungguh bagindalah ciptaan teragung Allah yang tiada tara. Moga sentiasa baginda kita jadikan idola dan ikutan serta contoh teladan sepanjang zaman. Dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis mawlid, diharap kita semakin memahami hal-ehwal dan prilaku manusia agung ini serta bertambah pula kecintaan kita kepada baginda.
Adalah Junjungan Nabi s.a.w. tidak pernah mengeji atau mencela orang. Jika baginda bergembira, wajahnya seolah-olah bulan purnama. Apabila baginda berkata-kata dengan manusia, maka seolah-olah mereka mengambil buah-buahan yang manis daripada mulut baginda. Apabila baginda tersenyum, maka senyumannya sejuk menawan seperti butir-butir embun berturunan. Apabila baginda bercakap-cakap, seolah-olah mutiara berguguran daripada percakapan baginda tersebut. Apabila baginda mengucapkan sesuatu, maka seolah-olah kasturi yang keluar daripada mulut baginda. Jika baginda lalu di suatu tempat, maka dapat diketahui bahawa tempat itu telah dilalui baginda kerana bau harum baginda masih tercium di tempat tersebut. Jika baginda duduk di suatu tempat, akan berkekalan keharuman baginda beberapa hari di tempat tersebut. Bau baginda sentiasa harum semerbak walaupun baginda tidak memakai sebarang wangian. Jika baginda berjalan bersama-sama para sahabat, maka seolah-olah baginda bulan purnama yang dipagar bintang. Jika baginda datang ke suatu tempat pada waktu malam, orang - orang yang ada di tempat tersebut merasakan seolah-olah berada di waktu Zuhur disebabkan cahaya baginda. Adalah Junjungan Nabi s.a.w. itu sangatlah pemurah orangnya. Baginda sangat berlembut terhadap anak-anak yatim dan para janda. Setengah sahabat yang pernah menceritakan sifat baginda menyatakan: " Tidak pernah aku melihat seorang yang berambut hitam memakai pakaian merah yang lebih kacak lagi tampan dari baginda Rasulullah s.a.w."
Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri dilahirkan di Kota Tarim, Hadhramaut pada tahun 1359H. Ayahanda beliau, Habib 'Abdullah adalah pendiri Rubath Tarim yang telah melahirkan ribuan ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Beliau terkenal sebagai seorang ulama yang sholih. Bonda Habib Salim, Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan Mawla Aidid, adalah seorang wanita yang sholihah yang gemar beruzlah untuk beribadah kepada Allah.
Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad wafat pada 7 Dzul Qa`edah 1132H. Beliau adalah seorang waliyullah yang mencapai darjat quthub dan ahli dakwah yang unggul. Mufti negeri-negeri Hadhramaut, Habib 'Abdur Rahman dalam "Ghayatu Talkhis al-Murad" menyatakan bahawa Imam al-Haddad adalah mujaddid kurun yang ke - 11H. Maqamnya sebagai wali Quthub atau Sulthanul Awliya` telah diketahui umum dan diperakui oleh para ulama pada masa hayat beliau dan selepasnya.
"Dan hendaklah kita beriman yakni percaya dengan (adanya) syafaat para nabi, kemudian syafaat para ulama, kemudian syafaat para syuhada`, kemudian syafaat segala orang mukmin menurut jah dan kedudukannya di sisi Allah ta'ala."Mudah-mudahan dengan kita memperingati al-Habib, maka al-Habib akan juga ingat kepada kita. Mudah-mudahan al-Habib sudi mendoakan kita agar sejahtera di dunia dan di akhirat. Mudah-mudahan kita dikumpulkan bersama beliau dalam syurga Firdaus beserta nendanya yang mulia Junjungan Nabi s.a.w. Allahu ... Allah, inilah kesudahan cita-cita kita, untuk dapat bersama mereka dalam keredhaan dan rahmat Ilahi Rabbi. ..... al-Fatihah bil qabul
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.