Ahad, Ogos 31, 2008

Mubarak ... Mubarak

Ramadhan Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa kita lebih hampir kepada keredhaan Allah swt. Semarakkanlah Ramadhan ini dengan berbagai amal kebajikan sebagai sarana untuk meraih rahmat dan kasih-sayang Allah swt. Jangan kita persiakan bulan yang penuh keberkatan ini. Jalanilah ibadah puasa dengan sungguh-sungguh, setekun mungkin disertai ketulusan hati. Sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhanwalaupun hanya sehari, tanpa uzur, maka atasnyalah penyesalan yang tidak berkesudahan. Sehari Ramadhan yang dipersia-siakan, tidak akan dapat ditebus walaupun dengan berpuasa sepanjang masa, sebagaimana sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan, antaranya oleh Imam Abu Dawud, yang bermaksud :-

من افطر يوما من رمضان من غير رخصة
رخصها الله له و لا مرض لم يقضه صوم الدهر كله و إن صامه


"Sesiapa yang tidak berpuasa sehari dari bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (rukhshah) yang diizinkan Allah atau kerana penyakit, maka ianya tidak dapat diqadha' dengan puasa sepanjang masa, meskipun dilaksanakan."

Jumhur fuqaha mengatakan bahawa seseorang yang meninggalkan puasa Ramadhan, maka dia berkewajipan mengqadha' menurut bilangan hari yang ditinggalkannya. Namun, ini tidak bermakna bahawa pahala yang luput dengan dia meninggalkan kewajibannya tersebut dapat diraihnya semula, tidak sekali-kali, walaupun dia berpuasa sunnat sepanjang hayatnya. sebagaimana pernyataan Junjungan s.a.w. tadi. Sungguh ganjaran amalan sunnat sekali-kali tidak akan mengatasi amalan fardhu. Juga menarik untuk disebut bahawa Imam an-Nakha'ie berpendapat bahawa sesiapa yang meninggalkan berpuasa sehari di bulan Ramadhan, maka dia berkewajiban untuk mengqadha'nya dengan 3,000 hari.....Allahu ... Allah. Nasib baik fuqaha lain tidak sependapat dengannya. Selamat berpuasa, selamat bertarawih, utamakan yang wajib, laksanakan yang sunnat.

Rabu, Ogos 13, 2008

Pemakaman Fathimah bt. Asad

Imam ath-Thobarani dalam Mu'jam al-Kabir dan al-Awshat meriwayatkan kisah kewafatan Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim dengan sanad yang jayyid. Di mana hadits tersebut turut diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam al-Hakim daripada Sayyidina Anas r.a. dan mereka memandangnya sebagai shohih. Ianya juga diriwayatkan oleh Ibnu 'Abd al-Bar daripada Sayyidina Anas r.a., Abu Syaibah daripada Sayyidina Jabir r.a., ad-Dailami dan juga Abu Nu'aim. Antara pengajaran dalam hadits ini adalah bagaimana Junjungan Nabi s.a.w. berdoa menyebut dan berwasilah dengan "haq" diri baginda yang mulia serta dengan "haq" para nabi yang telah datang sebelum baginda. Difahamilah bahawa segala para anbiya' tersebut selain beberapa yang dipercayai masih hidup, telah pun wafat dan kini hidup di alam barzakh. Maka dapat disimpulkan bahawa Junjungan Nabi s.a.w. telah bertawassul dengan para anbiya' yang telah wafat. Oleh itu, jika tsabit perkara bertawassul dengan orang yang telah mati daripada perbuatan Junjungan Nabi s.a.w., maka kenapakah dipertikaikan perbuatan umat baginda yang bertawassul dengan "haq", "barkah" dan "jah" baginda setelah kewafatan baginda? Jika dikatakan bahawa hadits tersebut tidak tsabit, maka telah kami nyatakan ianya tsabit jika tidak di sisi sekalian muhadditsin, maka setidak-tidaknya di sisi sebilangan mereka, menjadikan ianya perkara yang diikhtilafkan oleh para ahlinya. Maka tiadalah hak untuk kita mencegah mereka-mereka yang berpegang dengan hadits ini kerana mereka punya panutan dan sandaran. Allahu ... Allah, bertasamuhlah, biarlah masing-masing berpegang dengan keyakinan masing-masing.

Pemakaman Bonda Fathimah binti Asad r.'anha
Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim r.'anha. adalah bonda Imam 'Ali r.a., dan beliau juga merupakan ganti ibu bagi Junjungan Nabi s.a.w. setelah kewafatan bonda baginda, Sayyidah Aminah r.'anha. Baginda s.a.w. amat menyayanginya seperti bonda baginda sendiri. Apabila Sayyidah Fathimah wafat, Junjungan Nabi s.a.w. telah memerintahkan agar beliau dimandikan dan ketika sampai ke siraman air kapur barus, maka Junjungan Nabi s.a.w. sendiri menjirus jenazahnya dengan tangan baginda yang mulia. Setelah itu maka Junjungan Nabi s.a.w. telah menanggalkan qamish baginda dan dipakaikan kepadanya serta dikafankannya. Baginda Nabi s.a.w. telah memerintahkan beberapa sahabat, antaranya Sayyidina 'Umar r.a., Sayyidina Abu Ayyub dan Sayyidina Usamah untuk menggali kuburnya, manakala liang lahadnya dibuat oleh Junjungan Nabi sendiri dengan dua tangan baginda yang mulia. Setelah liang lahad disiapkan, baginda s.a.w. telah berbaring di liang lahad tersebut dan dalam perbaringan tersebut baginda berdoa:-

اللَّهُ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لا يَمُوتُ،
اغْفِرْ لأُمِّي فَاطِمَةَ بنتِ أَسَدٍ،
ولَقِّنْهَا حُجَّتَها، وَوَسِّعْ عَلَيْهَا مُدْخَلَهَا،
بِحَقِّ نَبِيِّكَ وَالأَنْبِيَاءِ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِي،
فَإِنَّكَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

"Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup yang tiada menerima kematian. Ampunilah bagi bondaku Fathimah binti Asad, bimbing dia untuk menegakkan hujjahnya (yakni untuk menjawab fitnah kubur), luaskanlah kuburnya, demi haq nabiMu dan segala nabi yang sebelumku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengasih."


Setelah itu, baginda mensholati jenazahnya dengan 4 takbir dan memakamkannya ke dalam lahad tersebut dengan dibantu oleh Sayyidina al-'Abbas r.a. dan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.
Ambo nukilkan kalam dua ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terbilang mengenai pengajaran daripada hadits ini. Yang pertama kalam Imam Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim dalam karyanya "al-Ifhaam wal Ifhaam @ Qadhaya al-Wasiilah wal Qubur" halaman 32, di mana beliau, rahimahUllah, menyatakan:-
Dan juga kita dapat perhatikan di sini bahawa para nabi yang Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan haq mereka kepada Allah dalam hadits tersebut dan lain-lain hadits telah pun wafat. Maka tsabit harus (jawaz) bertawassul kepada Allah dengan "haq" atau dengan "ahlil haq" yang hidup dan yang mati. Justru setelah ini adakah hujjah bagi orang yang menegah bertawassul?! Ya Allah, tiada kekuatan melainkan denganMu!!
Kalam yang kedua daripada al-Faqih Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith dalam "al-Ajwibah al-Ghaaliyyah" halaman 76, di mana beliau, hafizahUllah, menyatakan:-
Lihatlah kepada sabdaan baginda : "dengan haq para nabi sebelumku", maka itu adalah dalil yang jelas bagi mengharuskan / membolehkan bertawassul dengan para nabi setelah kewafatan mereka, sesungguhnya mereka itu hidup di alam barzakh. Dan demikian pulalah segala waris-waris mereka yang sempurna dari kalangan para shiddiqin dan awliya. (Yakni boleh bertawassul dengan mereka semuanya, sama ada yang masih hidup maupun yang telah wafat).

Allahu ... Allah, inilah pemahaman para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jamaah. Cuba tuan-tuan gi banding ngan pemahaman Wahhabi dan Silapi. Rasul Dahri as-Silapi dalam buku khabitsnya "Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin?" pada halaman 26 menulis:-

Hasan al-Banna membolehkan seseorang berdoa atau bertawassul (berperantaraan) kepada kuburan, menyeru roh wali yang dikeramatkan, berperantara dengan orang yang telah mati terutamanya berperantaraan dengan para syeikh-syeikh sufi yang dianggap sebagai orang suci. Hasan al-Banna tidak pernah menarik semula (tidak pernah membatalkan) atau memansuhkan fatwa-fatwanya, antara fatwa beliau:-

Berdoa apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhlukNya (yang telah mati), maka yang demikian itu adalah furu'iyyah dalam tata cara berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah".

Subhanallah, astaghfirullah! Bukankah perbuatan memuliakan orang-orang soleh dengan cara berdoa dan bertawassul (berperantaraan) kepada orang soleh tersebut yang telah mati termasuk amalan jahiliyah yang berkait dengan akidah? Ia berkonsekuensi kepada syirik akbar (syirik besar) dan membatalkan tauhid seseorang kepada Allah.

Allahu ... Allah, sungguh lahabau si Rasul Dahri bekas pelajar al-Junid. Kalu kome baca bukunya tu, abis ulama dan daie semuanya disesatkannya, Hasan al-Banna sesat, Mustafa Siba'i sesat, Said Hawa sesat, Zainab al-Ghazali sesat, Umar Tilmisani sesat, Qardhawi sesat, Mawdudi sesat, hanya ulama Saudi je yang betul. Maka adakah tatkala Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan para nabi yang telah wafat tersebut hendak kita hukumkan sebagai melakukan amalan jahiliyah? Biar betul si Abu Farouq Rasul bin Dahri niiiiii, karang jadi Abu Beruk pulak. Maaplah wak tongah goram ni !!! Abis, semua orang dah ekau sosatkan, kalau budak Asri sorang tak pa lah, buleh kontrol laie, tapi dah menjalar sampai tokoh-tokoh bosa yang ekau sosatkan..... mau tak goram. Kalau diturut dek hati ni, mau lobam bijik mata, kalau tak mata ese, mata ekaulah..... takut glamer je masuk suratkoba.


Sabtu, Ogos 09, 2008

Tulisan Syaikh Jibril - 1

Two Sahihs' Canonicity & al-Ghazali

Q:- The importance of the six books in hadith has been exagerated in western scholarship, as well as among modernist Muslims. Sahih Bukhari, for example, served mainly as a ritual tool in the late Middle Ages. Al-Ghazali, whose works are very important for the Shafi'i madhhab only started to learn the two Sahihs shortly before his death.

*************************

The two Sahihs were already canonic generations before al-Daraqutni (306-385) as shown by the earlier critiques, commentaries, and Mustakhrajs of: Ibn Abi Hatim (d. 327) on al-Bukhari; Ibn al-Akhram (250-344) on al-Bukhari and Muslim; Ibn `Abduyah (260-345) and Ibn `Adi (277-365) on al-Bukhari; al-Masarjasi (297-365) and Ibn Abi Dhuhl (294-378) on al-Bukhari and Muslim; al-Ghitrifi (d. 377) and Abu Ahmad al-Hakim (285-378) on al-Bukhari....

As for Imam al-Ghazali (450-505) he was no different than the other great Mujtahids in that he was thoroughly familiar with the two Sahihs. Ibn `Asakir in his Tabyin and al-Dhahabi in the Siyar mention that al-Ghazali took al-Bukhari’s Sahih from Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi, meaning he read it with him from cover to cover. Since the latter died in 465 or 466, it means al-Ghazzali was at the most 15 or 16.

Ibn al-Jawzi narrated in al-Thabat ‘ind al-Mamat (“Firmness at the Time of Death”) from al-Ghazzali’s brother the “peerless admonisher” Ahmad:

“On Monday [14 Jumada al-Akhira] at the time of the dawn prayer my brother Abu Hamid made his ablution, prayed, then said: ‘Bring me my shroud.’ He took it, kissed it and put it on his eyes, saying: ‘We hear and obey in readiness to enter the King’s presence’ (sam`an wa-ta`atan lil-dukhuli `alal-Malik). Then he stretched his legs, facing the Qibla, and died before sunrise – may Allah sanctify his soul!” As cited by Sibt Ibn al-Jawz? in Mir’at al-Zaman (8:40) and Ibn al-Subki in Tabaqat al-Shafi`iyya al-Kubra (6:201).

Even if it were accurately reported that at the time al-Ghazali died he was reading Sahih al-Bukhari, this does not mean it was the first time he opened that book. If he died with an open Mus-haf in front of him it would not mean he was just beginning to memorize the Qur’an.

At the end of Qanun al-Ta’wil Imam Ghazali humbly stated of himself: “Know that my wares in the science of hadith are poor.” This disclaimer only typifies the Friends of Allah that abhor self-promotion even in what they know. In reality al-Ghazali is a bottomless ocean of hadith. In the book of `ilm of the Ihya’, in the section listing the minimum syllabus of the Muslim student he states:

“As for Hadith, the bare minimum in it is to become thoroughly familiar with the two Sahihs, verifying your copy by reading it with an expert in the science of hadith-texts.... and it is not necessary for you to memorize the texts of the two Sahihs but only familiarize yourself with them thoroughly. This way, you can obtain whatever you need out of them at will. If you want more then add to them other compilations such as the narrations in the sound Musnads. As for the maximum then it encompasses everything else besides whether weak, strong, or sound together with knowledge of the many chains of transmission that are conveyed and mastery of the status of the narrators, their names, and their attributes.”

In Ihya `Ulum al-Din there are close to 1,000 references to hadiths in the two Sahihs not to mention other compilations. Allah have mercy on him.

GF Haddad

Selasa, Ogos 05, 2008

Wahhabi = Hizbusy Syaithan ????

Al-'Alim al-'Allaamah al-'Arif billah asy-Syaikh Ahmad ash-Showi al-Maliki, pengarang "Hasyiah ash-Showi 'alal Jalaalain" yang wafat tahun 1241H / 1825 adalah antara ulama besar yang menolak ajaran dan pegangan puak Wahhabi yang ekstrem. Puak Wahhabi terkenal dengan sikap "mau menang sendiri", sehingga sanggup mengkafirkan atau mensyirikkan atau mensesatkan orang-orang yang berbeda pendapat dengan mereka, persis sifat dan kelakuan golongan Khawarij. Mereka sanggup melancarkan peperangan ke atas saudara seagama sehingga menumpahkan darah sesama umat seperti yang berlaku di Hejaz sewaktu mereka menyerang Tanah Suci atas nama ishlah dan pemurnian tawhid. Namun puak Wahhabi akan bertamengkan "ini isu khilafiyyah" untuk menyelamatkan diri mereka apabila kematian hujjah, sedangkan merekalah yang mula menimbulkan serta menggunakan isu-isu khilafiyyah tersebut untuk menghentam orang lain. Lihat sahajalah gelagat puak-puak ini di Inderapura oppss silap Indera Kayangan esp. zaman mantan MBnya dulu (harap-harap MB baru ni tak begitu). Kalau dah tau khilaf, hang pa dok hingaq, dok bising, dok heboh, buat apa. Bising-bising kan dah melepas jadi MB. Maka beringatlah wahai Sunniyyun, jangan terperangkap dengan permainan dan strategi puak Wahhabi ni.

Berbalik kepada Imam ash-Showi, beliau ini telah menulis dalam karyanya tersebut bahawa puak Wahhabi adalah hizbusy syaithan. Syadid sungguh pandangan Imam ash-Showi ini, namun mungkin ada kebenarannya, jika kita lihat tindakan dan perlakuan mereka terhadap sesama umat. Kalu dok pikiaq, inilah juga sebabnya umat Islam mundur dan hina di dunia sekarang, sebab pusatnya telah ditawan oleh puak Wahhabi. Wahhabi dok habaq kat kita yang depa mai nak ishlahkan masyarakat, nak memurnikan agama, ishlah mende !!!!, murni mende ni !!!!!!. Dulu Khilafah Utsmaniah, ada empayar besar, barat pun gerun. Ni bila ishlah versi Nejd mari, mana semua tu pergi? Mana kebangkitan umat? Kalau betullah yang meke-meke ini dah berjaya membetulkan dan mengishlahkan umat Islam, maka sepatutnyalah meke dah boleh buat empayar yang lebih besar, lebih baik, lebih adil daripada khilafah yang deme ada saham menjatuhkannya. Ini tidak, negeri deme pun orang kapiaq yang dok jaga dan dapat hasilnya. Tapi apa yang meke buat????? Kafirkan orang Islam, sesatkan orang Islam, bunuh orang Islam, runtuhkan kubur, hapuskan peninggalan sejarah Islam dan dan dan sebagainya. Kome lihat sajelah fatwa ulama deme - tabligh sesat, ikhwan sesat, hamas sesat, qardhawi sesat, itu sesat, ini sesat, abih yang betul tu siapa???? Deme sorang saje keeee???

Mari kita telaah kitab Imam ash-Showi tersebut, tapi hang pa kenalah pi cari kitabnya yang terdahulu cetaknya, seperti cetakan Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah / Isa al-Halabi di Kaherah sekitar tahun 1930an atau Maktabah al-Masyhad al-Husaini di Kaherah sekitar tahun 1939 atau cetakan Dar Ihya at-Turats al-'Arabi sekitar tahun 1970 di Beirut. Apa yang sodihnya, kebanyakan yang ada di pasaran sekarang adalah cetakan baru oleh Dar al-Fikr Beirut yang telah mengalami perubahan di mana rujukan kepada Wahhabi telah dipadamkan, berkat pertodolar puak tersebut. Ini ambo nukil cetakan Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah juzuk 3, halaman 255, di mana rahimahUllah menyatakan, antara lain:-

... Dikatakan juga bahawa ayat ini diturunkan berkenaan puak Khawarij yang memesong/mengubah tafsiran/takwilan al-Quran dan as-Sunnah, untuk menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka (yakni antara pemesongannya adalah seperti ayat-ayat yang ditujukan kepada orang kafir dan musyrik, mereka alih kepada orang Islam dengan tujuan untuk mengkafirkan dan memusyrikkan sesama umat), sebagaimana yang dapat disaksikan sekarang kelompok yang mempunyai pendapat-pendapat seperti mereka, iaitu satu firqah di Hejaz yang dipanggil sebagai al-Wahhabiyyah di mana mereka mengira bahawa mereka adalah atas kebenaran. Ketahuilah bahawasanya mereka adalah pendusta yang dikuasai oleh syaithan sehingga mereka lupa untuk mengingati Allah. Merekalah hizbusy syaithan, ketahuilah bahawa hizbusy syaithan adalah golongan yang rugi. Kita memohon kepada Allah al-Karim agar memutuskan tipu daya mereka.
Allahu ... Allah, ni kalu Wahhabi nak marah, marahlah kat Imam ash-Showi. Hang pa cariklah kubuqnya kat mana, pas tu hang pa ranapkanlah sama cam kekawan hang pa buat kat Jannatul Baqi' dan Ma'ala.

*********************************************************
Ini halaman 379 juzuk 3 Hasyiah ash-Showi,
cetakan Dar al-Fikr tahun 1993 yang telah diubah


Ahad, Ogos 03, 2008

Selasa, Julai 29, 2008

Wahhabi Bukan Sunni

Alhamdulillah, terima kiriman daripada Sidi Abu Zahrah, antaranya kitab "ad-Durratun Naafi'ah fi Asyraathis Sa'ah" karya Syaikh Utsman Jalaluddin Penanti. Dulu ambo ada kitab ni, tapi pastu pass three pass four tak return return, nasib baik Sidi Abu Zahrah kasi copy se, syukran jazilan. Insya-Allah, dah dapat ni kena tunai janji plak nak kasi secopy kat kawan (harap sabar no. ambo gi sepotet dulu, nanti ambo anta se).

Berbalik kepada Syaikh Utsman Penanti, sapa yang tak kenal ilmu, warak dan ketokohan beliau. Murid Tok Kenali dan pengasas pondok Manabi'ul Ulum yang terkenal sehingga sekarang. Rupa-rupanya beliau sejak dahulu lagi telah memberi peringatan mengenai kebejatan puak Wahhabi ni. Dalam kitabnya itu, beliau terang-terang menyatakan bahawa PUAK WAHHABI IALAH PUAK YANG KELUAR DARIPADA AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH. Ni kalu nak marah ngan ambo tak kene ni, sebab ni bukan kata ambo tapi kata orang alim besar Tanah Melayu, Tok Syaikh Utsman Penanti rahimahUllah.

Moh kita tengok tulisan Syaikh Utsman Penanti pada halaman 15-16 dalam bab "Kenyataan Alamat Kiamat Yang Telah Jatuh", dinyatakan, antara lain:-

....... Puak Mariqin (yang mencarikkan dan yang merosakkan agama) dan telah menyuruh oleh Nabi s.a.w. akan bahawa kami berperang bersama - sama dengan 'Ali akan puak Mariqin itu, maka tiada kami lihat akan mereka itu kemudian daripada itu. Maka difaham daripada hadis ini bahawasanya zaman segala sahabat Nabi ada puak yang merosakkan agama, maka istimewa pula pada masa kita ini.

Dan diriwayat daripada Abi Sa'id akan hadis yang marfu' (yang berhubung sanadnya dengan Nabi) bahawasanya lagi akan dikeluarkan daripada ahli puak Mariqin ini oleh satu kaum yang membaca ia akan kitab Allah (Quran) pada hal otaknya masih basah, maka tiada melampaui ia akan halqum mereka itu (di dalam hati) bahkan pada mulut jua, lagi mencarik oleh mereka itu akan agama sebagaimana mencarik oleh anak panah akan tempat lontar, lagi membunuh mereka itu akan ahli Islam dan meninggalkan oleh mereka itu akan segala kafir yang menyembah akan berhala daripada bunuh. Bersabda Nabi: "Demi Allah, jikalau aku dapat akan mereka itu di dalam masa aku, nescaya aku bunuh akan mereka itu sebagai bunuh kaum 'Aad dan kaum Tsamud."

Dan dikehendakkan dengan suatu kaum itu ialah kaum yang keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti kaum Wahhabi dan kaum Rafidhi dan yang lain daripada mereka itu, kerana diriwayat hadis Ibnu 'Umar daripada Nabi s.a.w. bersabda ia akan keluar oleh manusia daripada pihak masyriq Madinah, hal keadaan mereka itu membaca oleh mereka itu akan Quran padahal tiada melampaui ia akan segala halqum mereka itu. Tiap-tiap diputuskan suatu kurun, nescaya digantikan oleh kurun yang lain pula hingga akhir mereka itu berhubung dengan keluar dajjal bersama-sama dengan Nabi 'Isa a.s. Kerana puak Wahhabi dan Rafidhi itu diam mereka itu pada pihak masyriq Makkah Madinah dan mereka itulah membaca akan Quran tiada melampaui ia akan halqum mereka itu. Bahkan pada mulut jua, tiada mesra ia pada memberi faedah ia akan mengikut mereka itu akan barang yang menyuruh ia akan mereka itu.
Allahu ... Allah, begitulah tulisan Syaikh Utsman Penanti berhubung puak Wahhabi yang dianggapnya sebagai terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Lihat sahaja betapa mudahnya puak-puak ini mengeluarkan hujjah dengan nas al-Quran yang ditafsir mengikut fahaman mereka, tetapi sayang nas-nas tersebut digunakan untuk menghukum orang yang tidak sefaham dengannya sebagai kafir, musyrik, mubtadi' dan sebagainya. Ini bid'ahhhhhh, harrraaaaaaaaaaaammmmmmm, sesaaaaattttttt dan sebagainya. Hujjah orang lain deme tak nak dengar, khilafiyyah dianggap sebagai perkara pokok dan usul agama. Bukannya nak bawak orang ke jalan Allah tetapi nak memecahbelahkan perpaduan umat yang telah sedia ada. Ngan kapiaq tak berani pulak deme nak berhujjah, dengan kapiaq buleh plak deme tasamuh. Macam Mamat kat Indera Kayangan tu, dengan kapiaq buleh plak kata- tak pa buleh jawab salam orang kapiaq sebab ada khilaf ulama dalam hal ini, bahkan sampai buleh hukumkan wajib menjawab salam kapiaq zaman ini atas alasan ianya kewajipan dari segi nas dan dakwah, tetapi kenapa masuk bab-bab Barzanji, marhaban, baca yaasin, talqin, tahlil, kamu garang sangat, takkah itu pun termasuk perkara khilaf? Kalu ko tak nak, itu ko punya pasal, karang ko mati kita humban je dalam lubang kubuq. Tapi yang ko sibuk ngan orang nak buat tahlil, buat talqin apasal. Betul sungguhlah apa yang Tok Syaikh Utsman tulis dalam kitabnya tersebut, rahmat Allah atas beliau .... al-Fatihah.

Ahad, Julai 27, 2008

Tradisi Khatam Bukhari

Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawwal 194 di Kota Bukhara. Beliau rahimahUllah adalah seorang amirul mukminin dalam bidang ilmu hadits. Kitab "Jami'ush Shohih" karyanya diakui sebagai kitab kedua paling shohih setelah al-Quran. Ramai ulama yang mensyarahkan karya ini, antaranya Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dengan "Fathul Bari", Imam al-Qasthalani dengan "Irsyadus Sari" dan Imam Badruddin al-'Ayni dengan "Umdatul Qari". Selain mensyarahkannya, maka ada pula ulama yang meringkaskannya agar kandungan kitab asalnya dapat dimanfaati pula oleh golongan awam yang mungkin kesibukan untuk mentelaah kitab asalnya. Antaranya yang terkenal adalah Imam az-Zabidi dengan "at-Tajridush Shorih", Imam al-Qasthalani dengan "Jawahirul Bukhari"nya dan Imam 'Abdullah bin Abu Jamrah dengan "Mukhtashar"nya.

Sungguh kitab shohih karya Imam al-Bukhari ini telah mendapat pandang istimewa para ulama. Selain dibaca untuk mendapat petunjuk daripada sabdaan Junjungan Nabi s.a.w., para ulama turut menyatakan keistimewaan lain bagi pembacaan kitab ini. Contohnya Imam 'Abdullah bin Abi Jamrah menukilkan dalam mukhtasharnya bagi kitab tersebut menyatakan seperti berikut:-
فوقع لي أن يكون كتاب البخاري لكونه من أصحها و لكونه رحمه الله تعالى كان من الصالحين و كان مجاب الدعوة و دعا لقارئه. و قد قال لي من لقيته من القضاة الذين كانت لهم المعرفة و الرحلة عمن لقي من السادة المقر لهم بالفضل: إن كتابه ما قرئ في وقت شدة إلا فرجت و لا ركب به في مركب فغرقت قط
Aku memilih untuk menjadikan kitab al-Bukhari ini kerana ianya adalah kitab hadits yang paling shohih, juga kerana pengarangnya Imam al-Bukhari rhm. adalah seorang sholih yang mustajab doanya dan beliau telah mendoakan para pembacanya. Telah memberitahuku para qadhi yang ahli ma'rifah lagi luas perjalanan mereka (yakni dalam mencari ilmu) yang telah aku temui, daripada para pemuka agama yang diakui keutamaan mereka bahawasanya kitab Imam al-Bukhari ini tidaklah dibaca oleh seseorang pada waktu kesusahan melainkan dilepaskan dia dari kesusahan tersebut dan tidak tenggelam kenderaan yang membawa kitab tersebut sekali-kali.
Oleh itu, tidak pelik jika menjadi tradisi sebahagian ulama untuk menjadikan pembacaan dan pengajian kitab hadits ini sebagai wirid mereka. Di kalangan para habaib, tradisi membaca hingga khatam kitab Shohih al-Bukhari terutama sekali dalam bulan Rajab telah berjalan sudah ratusan tahun. Menurut penjelasan Habib Salim asy-Syathiri, tradisi Khatam Bukhari pada bulan Rajab telah dimulakan oleh Syaikh Abul Khair Ahmad bin Manshur asy-Syammadz, seorang ulama ahli hadits yang 'abid dari Kota Zabid. Beliaulah yang telah mengajak kaum muslimin untuk membaca dan mentelaah sehingga tamat akan Shohih al-Bukhari di Masjid Jami' Zabid. Kota Zabid ini telah melahirkan ramai ulama terkemuka, antaranya ialah Imam Zainuddin Ahmad bin 'Abdul Lathif az-Zabidi (w. 893H) . Beliau inilah yang telah menulis ringkasan Shohih al-Bukhari yang diberinya jodol "at-Tajridush Shorih li ahaadits al-Jami' ash-Shohih". Maka di sesetengah tempat, Khataman al-Bukhari dilaksanakan dengan membaca dan menamatkan kitab mukhtashar ini. Sungguh tradisi yang mendekatkan umat kepada kitab panduan kedua setelah al-Quran yang suci sepatutnya tetap dilestari dan dimakmurkan. Dan hendaknya mereka-mereka yang mendakwa diri mereka pengikut sunnah, jangan menuding jari kepada para ulama kami dengan menuduh mereka tidak mempedulikan hadits, bahkan para ulama kami sentiasa menjunjung tinggi sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. bahkan menjadi tradisi mereka untuk mengkhatamkan setidak-tidaknya Shohih al-Bukhari setiap tahun. Maka kamu yang mendakwa ahli hadits, berapa kali sudah kamu khatam dan telaah karya Imam Bukhari ini?
**************************