Sabtu, Januari 21, 2006

Bumi Rata - Fatwa Bin Baz

Dalam zaman sains dan teknologi ini masih ada lagi individu yang berpegang kepada pendapat bahawa bumi ini rata dan menjadi pusat alam di mana matahari beredar mengelilinginya. Antara individu tersebut ialah mantan Mufti Saudi, Bin Baz. Bin Baz telah menulis sebuah risalah/buku di mana dia menukilkan nas-nas yang kononnya menyokong fatwanya bahawa bumi ini rata. Jodol risalahnya tersebut ialah "al-Adillat an-Naqliyya wal Hissiyya 'ala Jarayaan asy-Syamsi was Sukuni al-Ardh" (Dalil-dalil naqli dan hissi atas beredarnya matahari dan tetapnya bumi). Dalam risalah ini Bin Baz menyatakan bahawa bumi ini rata seperti piring dan matahari beredar mengelilinginya. Bin Baz yang buta ini sudah tentu belum pernah melihat bentuk bumi dari angkasa. Rasa-rasanya pihak Flat Earth Society sudah tentu gembira dengan sokongan mufti Bin Baz ini.

Ini contoh fatwa mengarut Bin Baz, banyak lagi sebenarnya fatwa songsang Bin Baz yang lebih dahsyat dari ini yang bersangkutan dengan agama. Bin Baz dah mati dan tetapi sejarah akan mengingatinya sebagai tokoh Wahhabi yang telah berbuat apa sahaja untuk menegak fahamannya yang serong tersebut. Sejarah juga akan ingat penindasan yang dilakukannya kepada ulama kita termasuklah menegah ulama kita mengajar bahkan memfatwakan ulama kita sebagai sesat, bahkan Buya Habib Muhammad al-Maliki al-Hasani pun tidak terkecuali daripada fatwa sesat Bin Baz ini.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaikum bro

saya nak tahu ttg pondok di dengkil... info nie Anak Alam yg maklumkan pada saya.. apa addressnya? bolehkah saya beli produk mereka di sana? kalau ada telefon no, bagilah pada saya... mungkin kalo ada rezeki... saya akan cuba ke sana..

akhie

Tanpa Nama berkata...

Nak address yg complete layari

www.aljenderami.com.my

Abu Muhammad berkata...

tima kacih

Tanpa Nama berkata...

toche- toche.. :D

akhie

Aljoofre berkata...

Tambah sikit bab Wahabi di Malaysia tu..

1. Dr Abdullah Yasin
2. Tuan Hasan Tuan Lah
3. Prof Madya Ahmad Jusoh (Libya) (Perlis)
dan ramai lagi...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu 'alaykum wr. wb.
Orang Wahhabi memang mengaku bahwa mereka ini merujuk kepada Ibnu Qayyim Al-Jauzy. Tapi sesungguhnya kalau kita baca buku Ibnul Qayyim, yang berjudul Ar-Ruh, maka kita dapati bahwa beliau sepakat akan sampainya pahala yang dihadiahkan bagi mayyit. Sudahkah Tuan memuat tulisan tentang itu?
Maklum, saya baru pertama kali mengunjungi situs ini.
Wassalam.
Saudara dari Indonesia.