Jumaat, April 06, 2007

Bai`ah Mawlid

Alhamdulillah, walaupun saban tahun dakyah mereka-mereka yang tidak suka kepada kita menyambut Mawlidur Rasul berkumandang, tapi sambutan tetap meriah. Majlis-majlis mawlid tetap diadakan, Barzanji, Diba`ie, Habsyi, Dhiya-ul Lami`, Azab, Syaraful Anam, tetap dibaca dengan penuh syahdu. Masih ada yang menitiskan air mata kerinduan dan kegembiraan atas kelahiran Rahmat bagi sekalian alam. Alhamdulillah. Dalil dan hujjah telah lama dimaklumkan oleh para ulama kita, cuma yang matanya sakit tidak dapat melihat cahaya mentari. Biarlah mereka dengan hujjah dan dalil mereka, kita pun ada hujjah dan sandaran kita. Mari kita renungi kata-kata Habib Munzir al-Musawa yang ditulisnya dalam website "Majelis Rasulullah s.a.w." antara lain:-

Saudara-saudaraku, kelompok anti maulid semakin gencar berusaha menghalangi tegaknya panji dakwah, maka kalian jangan mundur dan berdiam diri, bela Nabimu saw, bela idolamu s.a.w, tunjukkan akidah sucimu dan semangat juangmu, bukan hanya mereka yg memiliki semangat juang dan mengotori masjid-masjid Ahlus Sunnah dengan pencacian dengan memfitnah kita adalah kaum musyrik karena mengkultuskan Nabi.

Saudaraku bangkitlah, karena bila kau berdiam diri maka kau turut bertanggung jawab pula atas kesesatan mereka, padahal mereka saudara-saudara kita, mereka teman kita, mereka keluarga kita, maka bangkitlah untuk memperbaiki keadaan mereka, bukan dengan pedang dan pertikaian, sungguh kekerasan hanya akan membuka fitnah lebih besar, namun dengan semangat dan gigih untuk menegakkan kebenaran, mengobati fitnah yg merasuki muslimin muslimat..

Nah saudara-saudaraku, para pembela Rasulullah s.a.w. jadikan 12 Rabiul awwal adalah sumpah setiamu pada Nabimu Muhammad saw, Sumpah Cintamu pada Rasulullah saw, dan Sumpah Pembelaanmu pada Habibullah Muhammad saw.

Oleh itu, marilah kita wahai ikhwani
Dalam bulan Mawlid ini
Kita baharui bai`ah kita dengan Junjungan Nabi
Bersumpah setia kita berjanji
Atas ajaran Junjungan Nabi sentiasa dijalani dipegangi
Ajaran yang kita telah kita warisi
Zaman berzaman daripada para ulama yang dihormati
Sambung menyambung generasi ke generasi
Dari zaman ini hingga zaman sahabi
Lalu terus bersambung kepada Junjungan Nabi
Ingatlah tatkala mahalul qiyam kita berdiri
Marhaban, sholawat serta salam dilantuni
Jangan lupa satu bait yang kita lazimi
Bait berbunyi:-

ايها المبعوث فينا * جئت بالأمر المطاع
ِ
Ayyuhal Mab`uutsu fiina * ji'ta bil amril mutho`i

Wahai Junjungan Nabi yang dibangkitkan kepada kami
Datangmu membawa perintah urusan agama yang mesti ditaati
Jadikan bait ini sumpah janji setia mu wahai ikhwani
Bai`ahmu agar segala titah perintah Junjungan Nabi ditaati
Tiap saat tiap ketika tiap waktu silih berganti
Saat malam dan siang hari
Bangun tidur berjalan duduk sentiasa diingati
Segala panduan ajaran Junjungan Nabi
Biar hidup kita diberkati
Pabila mati syafaat baginda diperolehi

اللهم صل و سلم على سيد المرسلين سيدنا محمد و على اله و صحبه اجمعين



5 ulasan:

swordofdeen berkata...

Alhamdulillah..tapi Tuan abumuhd, saya ada terlepak di lama ah-ye-tak-ye-jugak.net..dan ada baca hujjah mereka yang mempersoalkan tarikh kelahiran rasul junjungan.

mereka mempertikaikan 12 rabi'ul awwal sebagai tarikh kelahiran dan menyatakan tarikh2 lain (seperti 9 Rabiul awwal) tak silap saya sebagai lebih 'tepat'

Mereka juga menghukumkan 12 rabiul awwal sebagai tarikh yang diadakan oleh golongan syiah (berdasarkan imam 12)

Macam mana ya dengan isu ini?

Abu Muhammad berkata...

Begitulah cara kaum muda(h) nak menghukum org. Kalau kita kata 12, dia kata pengaruh Syiah. Mudah betul deme nak menghukumkan orang.

Sedangkan tarikh kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. memang ada khilaf antara ulama. Mufti Syafi`iyyah Madinah Sayyid Ja'far al-Barzanji (beliau selain ulama juda adalah ahli tarikh) dalam mawlidnya menyatakan bahawa :-

Berhubung tarikh kelahiran Junjungan ada khilaf dan telah diriwayatkan beberapa aqwal daripada para ulama. Dan yang RAJIHnya adalah sebelum fajar (sedikit sebelum terbit fajar) hari Isnin tanggal 12 Rabi`ul Awwal tahun gajah.

Jadi jika deme nak kata apa, biaq pi. Kan benda ni ada khilaf, jika deme berhak dengan pendapat deme, maka kita berhak dengan pendapat ulama kita.

Kaki Bangku berkata...

kat wikipedia kata Syiah sambut pada 17 rabiulawwal, sama dgn tarikh kelahiran imam jaafar.

Suryadi berkata...

Salam Abu Muhammad,
Siapakah Sohib Maulid Azabi? Ejaannya gimana? Antum boleh write-up tentang maulid ini?

Masykur

Suryadi berkata...

Salam Semua,
Haul Habib Noh Al-Habsyi di Singapura ialah pada Sabtu 12 May manakala Haul Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad Al-Attas (Haul Masjid BaAlawi Spura) ialah 17 May.

Harap Ma'lum