Kasyaf Imam Ali r.a.

Syaikh 'Abdul Qaadir 'Isa al-Halabi dalam membicarakan mengenai kasyaf telah membawa kisah kasyaf Imam 'Ali r.a. Dalam karyanya "Haqaaiq 'anit Tashawwuf" pada halaman 346 beliau menulis:-

Telah berkata Imam 'Ali r.a. kepada penduduk Kufah:- "Ahlul Bait keluarga Rasulullah s.a.w. akan datang kepada kamu meminta bantuan kamu akan tetapi mereka tidak dibantu." Maka begitulah sikap mereka terhadap Imam al-Husain r.a. (yakni mereka membiarkan sahaja Imam al-Husain dibantai oleh tentera Yazid tanpa memberikan apa-apa bantuan).Allahu ... Allah, jelas telahan Imam Ali r.a. yang bersumberkan kasyaf menjadi kenyataan dalam peristiwa yang menimpa anakanda baginda Imam Husain r.a. Puak Syiah yang telah mengutus surat kepada Imam Husain dan berjanji untuk berbai'ah serta berjuang bersama baginda akhirnya menjadi pengkhianat dengan membiarkan cucunda Junjungan Nabi s.a.w. menghadapi tentera musuh hanya bersama kaum keluarga baginda sahaja. Jelas darah Imam Husain turut terpalit ke tangan-tangan mereka yang mengkhianati baginda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan