Tempat Amalan
Dalam satu syair dikhabarkan dengan bait yang indah bahawa mati itu akan datang secara tiba - tiba, tanpa mengira samada yang didatangi itu berada dalam apa jua keadaanya, samada berada dalam ketaatan dan ingat jalan pulang atau lupa lalai penuh kealpaan. Kematian yang pasti datang menemui kita, mestilah kita sambut dengan penuh kehormatan, kerana utusan Allah yang diperintahkan untuk mengambil nyawa kita itu adalah malaikat yang dimuliakan Allah. Janganlah kita menghina utusan Allah tersebut dengan mempersembahkan kebencian kita untuk bertemu dengan Pencipta kita. Kebencian yang dikeranakan kekurangan bekal kita untuk perjalanan tersebut, kerana hati kita masih bertaut dengan dunia - dunia yang fana, kerana kasih kita akan makhluk yang mengatasi kasihkan Pencipta. Di situlah timbul kebencian kita untuk menerima utusan kematian pabila ajal menjelang tiba. Kita tidak suka untuk menemui Allah, sedangkan kematian adalah tuhfatul mu'min (hadiah yang dianugerahkan kepada orang beriman), hadiah pertamanya adalah menemui Sang Pencipta SWT, menemui kekasihNya Junjungan Nabi SAW, belayar ke negeri abadi yang penuh kenikmatan sejati dan keluar dari negeri fana yang penuh ranjau duri pancaroba. Tapi malangnya, kita tidak bersedia, kita sibuk dengan kenikmatan duniawi yang fana dengan menggadaikan kenikmatan abadi. Aduhhhhhhhhhhhhhhh bagaimana hendak kita kembali kepadaNya. Kembali kita membawa apa???? Kubur itu tempat menghimpunkan segala amalan kita, yang baik dibalas baik, yang buruk, buruk juga balasannya. Dan itu hanyalah permulaan ...... Allahu Allah. Yang dapat kebebasan, berbahagia sepanjang masa, yang terbelenggu pasti menderita.
Oleh itu, wahai diri janganlah engkau alpa akan negeri kembali. Dunia yang engkau anggap luas dan indah ini, jangan sampai melalaikan engkau kepada keindahan negeri yang abadi. Gunakanlah dunia yang sebentar ini untuk meraih kenikmatan yang hakiki. Itu tanda kebijaksanaan, bijak sana dan bukannya bijak sini. Sana itu abadi, manakala sini pasti akan sirna suatu hari nanti. Bersedialah untuk kembali kepadaNya. Apabila kita memasuki gerbang barzakh, yang akan dibawa adalah amalan kita untuk diperkira baik buruknya, maqbul mardudnya ... Allahu ... Allah.
Marilah kita renungi satu cerita yang dinukil oleh Sayyidul Ulama al-Hijaz, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahUllah dalam syarah beliau bagi nazam 'aqidatul 'awwam bagi Sidi Ahmad al-Marzuqi rahimahUllah dengan jodol "Nuruzh Zholaam". Pada halaman 30 karya tersebut dinyatakan sebagai berikut:-

".... Diceritakan bahawasanya ketika wafat Sayyidah Fatimah az-Zahra` binti an-Nabi SAW, jenazah baginda diusung ke tanah perkuburan oleh empat orang, iaitu Sayyidina 'Ali, Sayyidina Hasan, Sayyidina Husain dan Sayyidina Abu Dzar al-Ghifari, radhiyaAllahu 'anhum ajma`in. Tatkala jenazah baginda diletakkan di sisi kuburnya, maka berkatalah Sayyidina Abu Dzar: "Adakah engkau tahu siapa yang kami hantar kepadamu, inilah Sayyidah Fatimah az-Zahra` binti Rasulillah SAW, isteri Sayyidina 'Ali al-Murthada, bonda Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain." Lalu mereka mendengar satu seruan dari kubur tersebut berkata: "Bukanlah aku tempat (membangga-banggakan) kebangsawanan dan nasab keturunan. Bahawasanya aku tempatnya segala amal salih, maka tiada yang selamat daripadaku (yakni dari azab kubur) melainkan orang yang banyak kebajikannya, sejahtera hatinya (yakni hatinya bersih dari segala penyakit hati), dan tulus amalannya.Allahu ... Allah, inilah jugalah pesanan Baginda Nabi SAW kepada anakanda kesayangannya tatkala hayat mereka di dunia, iaitu jangan hanya mengandalkan keturunan tetapi beramallah. Ini tidaklah bererti menafikan keutamaan dan fadhilat berketurunan mulia seumpama Sayyidah Fatimah, tetapi ianya adalah pengajaran agar jangan hanya mengandalkan kemuliaan keturunan dengan meninggalkan amal-amal salih dan membersihkan jiwa dari segala mazmumah. Ianya mendidik agar sentiasa menjejaki jalan para leluhur yang mulia agar keturunan mereka juga turut mulia sebagaimana leluhur mereka terdahulu. Sungguh pelik dan mengherankan, jika ada orang yang kemuliaan keturunan dan kebangsawanannya tidaklah melebihi atau setara dengan Sayyidah Fatimah az-Zahra`, tetapi hanya bergantung dan berbangga-bangga dengan kebangsawanannya. Bukalah mata, janganlah tertipu dengan nasab keturunan, dan apa yang penting jangan bikin malu kompeni, jangan memalukan para leluhur yang mulia. Menapaklah atas tapak-tapak kesalihan mereka, agar kamu pun akan terpimpin sebagaimana mereka yang terdahulu terpimpin menuju keredhaan Allah SWT dan menjadi penyejuk mata Baginda Nabi SAW. Moga kubur kita nanti diluaskan Allah dan dijadikanNya satu taman dari taman-taman syurga ... Allahumma aamiiin bi jaahi Sayyidil Mursalin.
***************************
Menanti Di Barzakh
Menanti Di Barzakh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan