Shallu 'ala Khairil Anam
Malam ini kita memperingati hari kelahiran Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW. Sekarang sambutannya turut dimeriahkan dengan konsert - konsert sholawat dan seumpamanya. Ianya adalah sesuatu yang elok dan baik, pada dasarnya, atas niat untuk membumikan sholawat, untuk menanamkan cinta kasih kepada Junjungan SAW, untuk memberi alternatif kepada hiburan-hiburan yang melalaikan, sebagai media dakwah istimewanya bagi para pemuda-pemudi yang sukakan suara-suara merdu dan bunyi-bunyian yang indah. Akan tetapi perlu diberi perhatian bahawa dalam berdakwah pun kita mesti menjaga syarat, peraturan dan adab agar apa yang dilakukan tidak mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan syariat. Maka perlulah diberi perhatian agar majlis-majlis seumpama ini tidak dicemari perkara-perkara yang ditegah oleh syarak yang mulia. Antaranya hendaklah diikhtiarkan sedapat-dapatnya agar pergaulan antara hadirin terjaga dari segala unsur pergaulan bebas yang dilarang oleh Syarak. Para penganjur hendaklah lebih peka untuk menegakkan syariah dari hanya meninggikan syiar. Moga kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT dan mendapat pandangan khusus daripada baginda Nabi Besar Muhammad SAW.
************************************
و أَحسنُ منكَ لم ترَ قطُّ عين
وَ أجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ
خلقتَ مبرءاً منْ كلّ عيبٍ
كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشاءُ
وَ أجْمَلُ مِنْكَ لَمْ تَلِدِ النّسَاءُ
خلقتَ مبرءاً منْ كلّ عيبٍ
كأنكَ قدْ خلقتَ كما تشاءُ
Yang lebih bagus daripadamu belum pernah disaksikan
Yang lebih indah daripadamu belum pernah wanita melahirkan
Engkau dicipta bebas dari segala keaiban
Seolah-olah menurut kemahuanmulah engkau diciptakan
Yang lebih indah daripadamu belum pernah wanita melahirkan
Engkau dicipta bebas dari segala keaiban
Seolah-olah menurut kemahuanmulah engkau diciptakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan