Mawlid - Habib Zain BinSumaith
Tokoh ulama kontemporer Bani 'Alawi yang digeruni para penentang Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar. Digelar sebagai Imam Syafi`i ash-Shoghir kerana penguasaannya dalam bidang fiqh, beliau adalah al-'Alim al-'Allaamah al-Habib Zain @ Zainal 'Abidin bin Ibrahim BinSumaith hafizahUllah. Biografi beliau mudah dicari kerana telah banyak ditulis oleh para pencintanya. Ketokohannya dalam ilmu pengetahuan telah diakui umum. Mengenai hukum mengadakan sambutan mawlid, Habib Zain menulis mengenainya dalam karya beliau berjodol: "al-Ajwibatul Ghaliyyah fi 'Aqiidah al-Firqah an-Naajiyah". Pada halaman 146 beliau menulis sebagai berikut:-
S: Apakah hukum mengadakan majlis sambutan Mawlid Nabi SAW dan berkumpul baginya?Maka malanglah sesiapa yang enggan mengadakan peringatan - peringatan untuk membesarkan Junjungan Nabi SAW. Kawe menyeru kekawan yang di Indera Kayangan agar melepaskan pegangan yang memandang serong terhadap sambutan-sambutan Mawlid Junjungan Nabi dan hendaklah kamu adakan sambutan hatta peringkat negeri sebagaimana di negeri-negeri lain dalam Malaysia. Kata 1 Malaysia, awat hang pa tak ikut !!!!! Mufti hang pa la ni sure tak kata apa kalu hang pa dok pakat buat ramai-ramai, sebab mufti tu lambat laun akan balik jugak kat Darul Hana.
J: Mengadakan sambutan mawlid yang mana ianya adalah acara memperingati khabar-khabar yang datang mengenai sejarah awal kehidupan Junjungan Nabi SAW (yakni mulai awal kelahiran baginda), apa-apa yang berlaku tatkala kelahiran baginda dari segala tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat yang berlaku dan menghimpunkan orang atas tujuan tersebut adalah daripada bid`ah - bid`ah yang baik (hasanah) yang diberi pahala atasnya akan orang yang melakukannya. Ini adalah kerana sambutan-sambutan mawlid tersebut mengandungi penta'dziman terhadap kedudukan Junjungan Nabi SAW serta penzahiran kegembiraan dan kesukaan atas kelahiran baginda yang mulia, di samping memberikan makanan (bersedekah) dan seumpamanya dari pelbagai bentuk ibadah untuk bertaqarrub kepada Allah dan yang menyebabkan kegembiraan (yakni yang menggembirakan semua pihak di dunia dan di akhirat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan