Berpada-padalah .....

إن كل بناء وبال على صاحبه إلا ما لا إلا ما لا
"Sesungguhnya setiap bangunan / binaan itu akan menjadi sesalan bagi pemiliknya, kecuali apa yang dibangunkan untuk sesuatu keperluan yang mesti baginya (yakni yang dibina atas hajat keperluan dan bukannya untuk bermegah-megah atau bermewah-mewah".Allahu ... Allah, hidup dalam dunia ini hanya sementara, rumah yang kita bina hanya untuk diduduki sekadar hayat kita kat muka bumi ini sebelum kita masuk ke dalam bumi. Ada manusia yang suka bermegah-megah dengan kediaman mereka atas bumi yang fana ini, dibinakanlah gedung megah secara bermewah-mewah dengan bilik-bilik yang banyak tanpa ada sesuatu keperluan. Sungguh ini juga satu bentuk pembaziran yang akan mengundang penyesalan di akhirat nanti. Ingatlah bahawa kebarangkalian untuk kita mendiami lubang kubur lebih lama daripada kita menduduki rumah kat muka bumi ini adalah tinggi. Ada si fulan hanya sempat menduduki istana mewahnya untuk 4 tahun, namun hingga kini dia telah mendiami kuburnya sudah 140 tahun. Maka hendaknya kita ambil iktibar, sukakan rumah yang besar dan luas, maka jangan lupa untuk melapangkan kubur kita dengan amalan sholeh dan menjauhi segala perkara yang boleh menjadi kesempitan dan kegelapan di dalamnya. Ingat seawal-awal manzil akhirat itu kubur, jika mudah kehidupan di dalamnya, maka insyaAllah, akan mudahlah pula kehidupan seterusnya di alam akhirat. Mudah-mudahan Allah meluaskan kuburan yang bakal kini huni dengan segala macam anugerah kenikmatan dan kelapangan sehingga duduknya kita nanti di dalamnya dalam keselesaan dan kenyamanan, aaamiin.
1 ulasan:
Aduh, baru imagine nak buat rumah macam mana...syukran Abu Muhd.
Catat Ulasan