Shalawat Amjad
Ini satu lagi shighah shalawat yang ringkas, memuliakan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan panggilan an-Nabi al-Amjad yakni Nabi yang paling mulia lagi terhormat. Shighah shalawat ini amat dekat dengan sebahagian pengamal Thariqat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah sehingga menjadi rutinan mereka, istimewa ketika menunggu masuknya waktu shalat Jumaat. Berbahagialah mereka - mereka yang banyak bershalawat ke atas Nabi yang termulia, ingat pesanan baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam bahawa orang yang paling utama di sisi baginda nanti di hari kiamat, yang paling hampir dan paling dekat dengan baginda nanti adalah yang paling banyak shalawatnya ketika di dunia dahulu. Ingat tu, shalawat shalawat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan