Ahad, September 18, 2005

Malam Nishfu Sya'baan

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :


"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

  • Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

  • Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sabtu, September 17, 2005

Kelebihan Membaca Yaasiin.

Tadi malam kuliah kitab "Hidayatus Salikin" karangan Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani tercatat dalamnya beberapa hadits berhubung fadilah membaca surah Yaasiin. Biar kunukil di sini moga-moga ada manfaat bagi kita sekalian.
  • Bahawasanya bagi tiap-tiap suatu itu hati, dan hati Quran itu Yaasiin. Dan barangsiapa membaca Yaasiin sekali nescaya disuratkan Allah ta`ala baginya dengan membaca akan dia seperti membaca Quran 10 kali.

  • Barangsiapa membaca Yaasiin berkehendak kerana Allah ta`ala nescaya diampun baginya yang terdahulu daripada dosanya, maka baca olehmu akan dia pada mayat (orang mati) kamu.

  • Barangsiapa membaca Yaasiin nescaya diampun baginya dosanya dan barangsiapa membaca akan dia pada hal ia lapar nescaya kenyang ia; dan barangsiapa membaca akan dia pada hal sesat nescaya dapat pertunjuk; dan barangsiapa membaca akan dia pada hal ada baginya suatu yang hilang nescaya dapat akan dia; dan barangsiapa membaca akan dia pada makanan yang ditakut akan kurangnya nescaya memadai; dan barangsiapa membaca pada orang yang hendak mati nescaya dimudahkan atasnya; dan barangsiapa membaca akan dia pada orang perempuan yang susah atasnya beranak nescaya dimudahkan atasnya; dan barangsiapa membaca akan dia maka seolah-olah membaca Quran 11 kali; dan bagi tiap-tiap suatu ada hati dan hati Quran itu Yaasiin.

Nisfu Sya'baan

Nisfu Sya'ban datang lagi, insya-Allah, malam Isnin ini mengikut taqwim Kiyai Agung dan juga taqwim Raja Haron bin Raja Mohammad Salleh, taqwim pemerintah pun sama. Maka terdengar juga suara-suara yang tidak enak didengar, seperti mana awal tahun, maulid nabi dan lain-lain sambutan hari-hari kebesaran Islam, suara-suara ini juga akan muncul seolah-olah siaran ulangan yang tetap waktunya. Musim menghina para ulama terdahulu pun muncul lagi. Inilah masanya kononnya mengembalikan ummah ke jalan yang betul dan fikrah yang soheh. Suci dari kekotoran yang dilakukan oleh ulama dahulu. Kononnya hendak membersih dari penyelewengan yang diajarkan oleh tok-tok guru dan habaib yg mengajar kita. Na'udzubillah. Amalan pada malam Nisfu Sya'ban antara perkara yang sering kali dihebohkan bahawa ia merupakan amalan yang tertolak. Ini kerana suatu perkara baru dalam agama ini yang tidak diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maka ia tertolak. Maka terzahirlah kelantangan pihak-pihak tertentu mengharamkan segala ibadah yang dilakukan khusus pada malam tersebut. Kita katakan bahawa terdapat malam-malam tertentu yang dimuliakan oleh Allah lebih dari malam-malam yang lain sepanjang tahun. Antara malam tersebut adalah malam Nisfu Sya'ban. Perkara ini disepakati oleh kesemua ulama terdahulu. Ini kerana terdapat hadis sohih mengkhabarkan pengampunan diberikan oleh Allah kepada semua manusia kecuali segelintir yang durhaka. Kemuliaan malam ini tidak boleh diingkari oleh sesiapa jua.Adapun amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (solat sunnah, bacaan Quran serta zikir) mempunyai sandaran-sandaran tertentu yang diperselisihkan. Secara ringkasnya, para ulama yang menganjurkannya bersandarkan kepada banyak hadis yang menceritakan amalan-amalan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri pada malam tersebut. Walaupun ada di kalangan hadis-hadis ini yang lemah, tetapi menurut mereka hadis-hadis yang sekian banyak ini menguatkan satu sama lain, selain dikuatkan pula oleh hadis kemuliaan Nisfu Sya'ban yang soheh. Selain itu para ulamak juga berpegang kepada dalil bahawa malam yang dimuliakan oleh Allah mempunyai kelebihan sendiri. Maka itu perlulah kita membuat seberapa banyak amalan yang termampu dalam mengharap keredhaan dan maghfirah Allah Ta'ala. Oleh yang demikian, perlulah kita sedaya mampu melebihkan malam Nisfu Sya'ban dari malam-malam lain dalam menggarap kemuliannya ini. Walaupun ada di kalangan ulama yang membantah amalan-amalan ini sekarang, namun bantahan tersebut adalah bantahan yang lemah. Ini kerana mereka hanya mengatakan hadis-hadis tersebut lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Lantas amalan tersebut tertolak. Kita katakan amalan soleh dengan fadhailul a'mal dibolehkan (selain hadis-hadis tersebut sebenarnya sudah dikuatkan). Amalan yang dilakukan oleh generasi-generasi dari zaman salaf sehingga sekarang membuktikan kebenaran perkara ini. Lagipun ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia.Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu. Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam. Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Ahad, September 11, 2005

Malam Nishfu Sya'baan

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya daripada Kathir bin Murrah berkata: Sabda Nabi s.a.w. : "Sesungguhnya Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nishfu Sya'baan, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia: (i) orang musyrik dan (ii) musyahin (orang yang suka bermusuhan).

Rabu, September 07, 2005

Ni`al al-Musthofa s.a.w. 4



Rupa bentuk lakaran ni`al yang tercatat dalam kitab "Jawahirul Bihar" karangan Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani.
  • Menurut Kiyai Haji Abdul Jalil Bakri, Mudir Pesantren Darut Tauhid, Brongkal, Pagelaran, Malang, Jawa Timur, sebahagian ulama menyatakan bahawa antara kelebihan timtsal / lakaran / gambaran / mitsal ni`al Junjungan s.a.w. adalah:-
  1. Apabila timtsal ni`al ini disimpan dalam rumah, maka rumah tersebut selalu mendapat perlindungan Allah dari berbagai marabahaya seperti kebakaran, kecurian dan sebagainya, serta penghuni-penghuni rumah tersebut akan memperolehi rahmat, barakah, keamanan, selama di rumah tersebut tiada suatu apapun yang menjadi pantangan masuk malaikat rahmat ke dalamnya.
  2. Apabila timtsal ini dibawa berpergian, maka perjalanannya diberkati dengan keamanan dan selamat serta berhasil.
  3. Apabila timtsal ini ditaruh di badan orang sakit, maka insya-Allah cepat disembuhkan Allah dengan keberkatan Sayyidina Empunya Ni`al.

Ahad, September 04, 2005

Surah al-Ahzab ayat 56


Ketibaan bulan Sya'baan antara yang berlaku ialah dalam bulan ini diwahyukan Allah ayat 56 surah al-Ahzab yang memerintahkan kita supaya mengucapkan sholawat dan salam ke atas Junjungan. Sehingga dikatakan oleh ulama: "Bulan Rajab untuk istighfar, bulan Sya'baan untuk sholawat dan bulan Ramadhan untuk membaca al-Quran." Oleh itu mari kita tingkatkan lagi ucapan sholawat dan salam kita dengan penuh rasa kecintaan dan kerinduan kepada Junjungan s.a.w. Allahumma sholli wa sallim wa baarik 'alaih wa 'ala aalih.

Surah al-Ahzab ayat 56:

Artinya: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya".

Imam asy-Syafi`i

Sempena akhir Rajab, mari kita peringatkan kewafatan Imam kita asy-Syafi`i yang wafat di Mesir pada Hari Jumaar akhir Rajab tahun 204.
  • Beliau adalah Muhammad bin Idris Asy-Syafi'iy Al-Mutholliby. Nasab beliau bertemu dengan Nabi SAW pada nenda beliau Abdu Manaf. Beliau dilahirkan di kota Ghazzah pada tahun 150 H dan kemudian dibawa pindah ke kota Makkah. Di sana beliau menuntut ilmu pada guru-gurunya yaitu pada Al-Imam Khalid Muslim Az-Zanji, Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyainah dan lain-lain. Pada saat umur beliau menginjak 18 tahun, beliau pergi menuju kota Madinah. Untuk mempersiapkan diri berguru pada Al-Imam Malik, beliau menghafalkan seluruh isi kitab Al-Muwaththo' dalam jangka waktu 9 hari. Baru setelah itu beliau berguru pada Al-Imam Malik sampai akhirnya beliau menjadi murid yang paling pandai. Selain itu, beliau juga berguru kepada ulama Madinah dan Makkah. Pada saat usia beliau masih 15 tahun, beliau sudah menjadi seorang mufti. Disaat itu beliau juga sudah menguasai syair-syair arab dan ilmu-ilmu bahasa Arab sampai-sampai Al-Asma'iy (seorang periwayat syair-syair Arab) mendapat manfaat dari beliau dan mengambil dari beliau syair-syair kabilah Bani Hudzail. Kemudian berpindahlah beliau ke kota Iraq. Disana beliau berguru kepada Al-Imam Muhammad bin Hasan Asy-Syaibany (murid Al-Imam Abu Hanifah). Dari gurunya itu, beliau Al-Imam Asy-Syafi'iy mendapatkan ilmu dan membacakan kitab-kitabnya. Beliau juga sempat berguru kepada beberapa teman gurunya tersebut. Disinilah beliau Al-Imam Asy-Syafi'iy menulis sebuah kitab yang berjudul Al-Hujjah yang menghimpun madzhab beliau yang pertama (al-madzhab al-qodim). Banyak para ulama besar yang mengambil madzhab beliau itu, di antaranya adalah Al-Imam Ahmad dan Al-Imam Abu Tsur. Dari Iraq beliau kemudian pindah ke kota Mesir. Disini seringkali ijtihad beliau berbeda dari sebelumnya pada banyak masalah. Hal itulah yang menyebabkan beliau akhirnya menarik madzhabnya yang pertama (al-madzhab al-qodim) dan mengokohkan madzhabnya yang baru (al-madzhab al-jadid). Di kota Mesir, beliau mendiktekan kitabnya yang bernama Al-Um. Beliau juga mengarang sebuah kitab dalam ilmu ushul fiqih yang berjudul Ar-Risalah. Kitab inilah yang menjadi peletak dasar ilmu ushul fiqih dan kunci pembuka kesulitan-kesulitan di dalamnya. Al-Imam Asy-Syafi'iy dianggap sebagai pembaharu (mujaddid) abad kedua. Hal ini tidak lain disebabkan oleh karena beliau mampu menggabungkan ilmu hadits dan ilmu logika. Beliau telah mengokohkan kaidah-kaidah ilmu ushul figih. Selain itu beliau juga seorang pakar hadits, riwayat-riwayat dan perawi-perawinya. Beliau juga menguasai Al-Qur'an dan ilmu-ilmunya. Ditambah lagi beliau adalah seorang ahli sejarah, penyair, sastrawan dan pakar bahasa. Dan yang tak kalah pentingnya beliau adalah seorang yang sangat wara', takwa dan zuhud di dunia. Sampai akhirnya beliau menghembuskan napas yang terakhir di kota Kairo pada tahun 204 H. Berkata Al-Imam Ahmad tentang Al-Imam Asy-Syafi'iy, "Keberadaan Al-Imam Asy-Syafi'iy bagaikan keberadaan matahari bagi dunia, dan bagaikan keberadaan kesehatan bagi tubuh." Beliau Al-Imam Ahmad juga berkata, "Dahulu ilmu fiqih ini sudah tertutup bagi manusia, sampai akhirnya Allah membukanya kembali dengan Asy-Syafi'iy." Berkata Al-Imam Abu Zur'ah, "Tidak ada orang alim yang sangat diagung-agungkan oleh umat Islam seperti Asy-Syafi'iy, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semua dan merestuinya."
    Radhiyallohu anhu wa ardhah..........al-Fatihah