Ceramah Habib Taufiq
Ceramah Habib Taufiq di Pasuruan, Jawa Timur

Harap semua yang berada di sekitar Kuching & Kota Samarahan boleh meluangkan masa untuk hadir dalam majlis yang berkat ini.
Tentatif Program:-
5.30 - Bacaan Yaasin & Ratibul Haddad & Tahlil
6.27 - Sholat Maghrib
- Bacaan al-Quran
- Ucapan alu-aluan
- Ceramah oleh Ustaz Najmuddin
7.40 - Sholat Isya'
- Ceramah oleh Habib Taufiq
9.30 - Jamuan
Habib Taufiq bin 'Abdul Qadir bin Husein as-Saqqaf @ as-Segaf, adalah seorang da'ie kondang yang berasal dari kota santri, Pasuruan, Jawa Timur. Beliau dilahirkan dalam tahun 1969. Sejak kecil, beliau telah menerima sebaik-baik asuhan dan didikan agama daripada ayahanda beliau, Habib 'Abdul Qadir as-Saqqaf rahimahullah, yang merupakan murid kepada Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf, murid Shohibul Mawlid, Habib 'Ali al-Habsyi. Begitulah seterusnya didikan yang diperolehinya melalui majlis-majlis ta'lim dan berguru langsung dengan tokoh-tokoh ulama dan awliya' yang terkenal di Kota Pasuruan dan di luarnya. Antara yang menjadi guru langsung beliau adalah Habib Ahmad bin Hadi al-Hamid dan Habib 'Umar bin Hasyim Ba'Agil, Surabaya.
Selain mengasuh madrasah dan pesantren serta majlis-majlis ta'lim, Habib Taufiq, turut turun gelanggang untuk berdakwah terus kepada massa umum termasuklah di tempat-tempat minoriti umat Islam seperti di Sampit, Bali, Tengger dan lain-lain. Bahkan, beliau turut menjadikan tempat-tempat tersebut sebagai sasaran dakwahnya dan sering mengirim santri-santrinya ke sana untuk berdakwah dan mendampingi masyarakat yang masih belum memeluk agama Islam ataupun yang baharu memeluk agama Islam. Selain daripada itu, beliau turut mempelbagaikan cara dakwahnya dengan mengadakan stesyen radio Islami yang dinamakannya Radio Suara Nabawiy. Melalui siaran radio tersebut, dakwahnya semakin luas jangkauannya ke masyarakat umum di pelbagai daerah. Beliau juga turut menerbitkan "Cahaya Nabawiy", sebuah majalah dakwah Islami.
Walaupun mempunyai jadual dakwah yang ketat, Habib Taufiq tetap meluangkan masa beliau untuk mengasuh majlis ta'lim yang sudah berlangsung turun-temurun daripada datuknya, Habib Ja'far bin Syaikhan dan kemudian diasuh oleh ayah beliau, Habib 'Abdul Qadir. Majlis ta'lim ini amat terkenal di Kota Pasuruan, dan diikuti oleh bukan sahaja masyarakat Pasuruan, bahkan juga masyarakat sekitarnya. Teks rasmi majlis ta'lim ini adalah kitab "Ihya' Ulumiddin" karya Hujjatul Islam al-Ghazali r.a., di mana ianya dibaca dan dikaji untuk diamalkan.
Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi, murid Imam al-Haddad yang mensyarahkan "Qasidah al-'Ainiyyah" telah menukilkan beberapa kelebihan sholawat dalam syarahnya tersebut. Sukacita hati perhamba pindahkan serba sedikitnya di sini moga ianya menjadi galakan buat memperbanyakkan sholawat atas Nabi Pilihan s.a.w. Biarlah berulang-ulang peringatan diberi, Tuhan Rabbul Jalil telah memfirmankan agar peringatan diberikan kerana ianya pasti akan memberi manfaat bagi hamba-hambaNya yang beriman.
Habib Ahmad bin Zain bin 'Alwi bin Ahmad al-Habsyi al-Hadhrami asy-Syafi'i rahimahullah dilahirkan sekitar tahun 1069H di Kota Ghurfah. Antara guru beliau yang mulia adalah Imam al-Haddad rahimahullah, di mana dikhabarkan bahawa beliau telah mentelaah dan mengaji lebih 70 buah kitab dalam berbagai disiplin ilmu di bawah bimbingan Imam al-Haddad. Beliau mengarang berbagai kitab dari sekecil-kecil "ar-Risalatul Jami'ah" sehinggalah yang besar seperti "as-Safinatul Kubra" yang 20 jilid. Beliau rahimahullah turut memberikan perhatian besar dalam pembangunan rumah-rumah Allah sehingga beliau telah mendirikan tidak kurang dari 17 buah masjid di pelbagai kota di Hadhramaut. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini untuk bersama kekasihNya, Rabbul 'Izzah dan bersama para leluhurnya yang mulia di Kota Houthah pada asar Jumaat, 19 Sya'baan 1145H. Maka berkatalah Habib yang mulia, Ahmad bin Zain al-Habsyi, moga Allah merahmatinya sentiasa:-Telah bersabda Junjungan Nabi s.a.w. : " Orang yang bakhil itu adalah orang yang ketika mana aku disebut di sisinya dia tidak mengucapkan sholawat ke atasku." Hadits diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi daripada Baginda 'Ali r.a. dan dihukumkannya sebagai hasan shohih.Allahu ... Allah, mari perbanyakkan ucapan sholawat dan salam atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Jangan lalai kerana kita pasti akan memerlukan syafaat baginda di hari pembalasan kelak. Yakinlah bahawa Allah ta'ala tidak akan mensia-siakan amal sholeh seseorang dan tiadalah balasan bagi kebaikan melainkan dengan kebaikan jua.
Juga didatangkannya satu riwayat lagi:- "Sesiapa yang bersholawat ke atasku, para malaikat akan bersholawat ke atasnya. Sesiapa yang bersholawat ke atasku sekali, Allah bersholawat ke atasnya 10 kali, dihapuskan daripadanya 10 kesalahan dan diangkatkan baginya 10 darjat," - dalam satu riwayat - "ditulis baginya 10 kebajikan".
Telah warid hadits yang menyatakan:- "Sesiapa yang mengucapkan salam ke atasku 10 kali, maka seolah-olah dia memerdekakan seorang hamba." ........ "Sungguh akan datang kepadaku beberapa kaum (pada hari kiamat nanti) yang aku tidak mengenali mereka melainkan dengan banyaknya sholawat mereka ke atasku." ...... "Orang yang paling berjaya di antara kamu pada kedudukannya nanti di hari kiamat adalah sesiapa di antara kamu yang paling banyak bersholawat ke atasku."
Sayyidina Abu Bakar r.a. berkata:- "Sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. lebih kuat pada menghilangkan dosa-dosa daripada air sejuk memadamkan api; Dan salam ke atas baginda lebih utama daripada memerdekakan hamba."
Daripada Sayyidina 'Umar dan Sayyidina 'Ali radiyaAllahu 'anhuma:- "Sesungguhnya doamu terhenti di antara langit dan bumi (yakni tidak naik), sehinggalah engkau mengucapkan sholawat ke atas Nabimu."
Dan telah warid: "Doa yang dipanjatkan antara dua ucapan sholawat ke atasku tidak akan ditolak. Dan sesungguhnya Allah telah mewakilkan di kuburku satu malaikat yang diberi keupayaan untuk mendengar segala ucapan makhluk. Maka tiadalah seseorang yang bersholawat ke atasku sehinggalah ke hari kiamat, melainkan sampai kepadaku akan namanya dan nama bapanya: "Inilah si fulan anak si fulan yang telah bersholawat ke atasmu."
Dan telah datang riwayat bahawasanya Allah ta'ala telah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s.: "Keadaanmu yang paling Aku sukai dan yang paling hampir denganKu (yakni dengan keredhaanNya), adalah ketika engkau memperbanyakkan ucapan sholawat ke atas Nabi Muhammad."
Dan telah warid: "Sholawat kamu ke atasku menyebabkan doa-doa kamu diterima, menyebabkan Tuhan kamu redha, menjadi zakat penyucian bagi badan (diri) kamu. Dan sesiapa yang bersholawat ke atasku dalam kitab (yakni dengan tulisan atau dengan mengucapkan sholawat apabila bertemu dengan nama Junjungan dalam sesebuah tulisan), maka sentiasalah para malaikat beristighfar baginya selama mana namaku masih berada dalam kitab tersebut."
Dan telah diriwayatkan daripada Junjungan s.a.w.: "Sholawat ke atasku adalah nur." ...."Penyuci hati umatku dan pembersihnya daripada kekaratan adalah ucapan sholawat ke atasku."
Diriwayatkan daripada Junjungan s.a.w. daripada Allah ta'ala (yakni hadits qudsi):- "Wahai Muhammad, Aku telah menjadikan engkau sebagai satu zikir daripada zikirKu, sesiapa yang menyebutmu maka dia telah berzikir kepadaKu, dan sesiapa yang mencintaimu, maka dia telah mencintaiKu."
Dan telah warid: "Sesiapa yang mengucapkan sholawat ke atasku pada hari Jumaat 80 kali, Allah akan mengampuni baginya dosa-dosa 80 tahun."
MAKKI MADANI - O one from Makkah and Madinah
[translated from Urdu] (Shaam)
Mari ikhwah yang sudi kita telaah sikit kitab "I'aanatuth Thoolibiin" karya Sidi Abu Bakar al-Bakri ibn Muhammad Syatho berhubung ziarah kubur dan yang berhubung dengan ahwal si mati. Kitab ini adalah hasyiah bagi kitab “Fathul Mu’in”. Kitab mu’tabar yang menjadi sandaran dan pegangan dalam fiqh Mazhab Syafi’i. 'Allaamah Sayyid Abu Bakar al-Bakri bin Sayyid Muhammad Syatha ad-Dimyaathi rahimahullah adalah murid Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Jilani al-Hasani rahimahullah dan guru kepada Syaikh ‘Utsman bin ‘Abdul Wahhab as-Sarawaki rahimahullah. Moga-moga ada manfaatnya, bagi sesiapa yang tak suka nak baca, tak dapek den nak nolongnya, silalah berangkat ke tempat lain, janganlah nak sibuk mengacau di sini, ambo dah tak kuasa nak melayannya.
[Perkataannya muallif (yakni perkataan pengarang kitab “Fathul Mu’in” iaitu Syaikh Zainuddin bin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari rahimahullah, murid Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah: Dan sunnat ziarah kubur bagi lelaki] kerana nash hadits: “Dahulu aku telah menegah kamu untuk menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah akan dia (yakni kubur) kerana bahawasanya ia mengingatkan kamu kepada akhirat.” Dan juga diriwayatkan daripada Junjungan Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda: “Sesiapa yang lalu di sisi kubur saudaranya (yakni saudara seagama) yang dia kenal sewaktu di dunia dahulu, lalu dia mengucapkan salam kepadanya melainkan si mati mengenalinya.”
Dan sunnah muakkad ziarah tersebut pada hak kaum kerabat, terutama sekali kubur dua ibubapa, walaupun kubur mereka berada di negeri atau tempat lain. Telah diriwayatkan oleh Imam al-Haakim daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a.: “Sesiapa yang menziarahi kubur dua ibubapanya atau salah seorang daripada mereka, pada setiap hari Jumaat sekali, diampuni Allah akan dia dan jadilah dia anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya.” Dalam satu riwayat lain: “Sesiapa yang menziarahi kubur dua ibubapanya setiap Jumaat atau salah seorang daripada mereka, lalu dia membaca di sisinya surah Yaasin, nescaya diampunkan baginya sebanyak bilangan ayat atau huruf (yakni ayat atau huruf yang terkandung dalam surah Yaasin).” Dan dalam riwayat lain: “Sesiapa yang menziarahi kubur ibubapanya atau salah seorang daripada mereka, maka seolah-olah dia mengerjakan haji (yakni diberi pahala mengerjakan haji sunnat).” Dan diriwayatkan: “Bahawasanya ada orang yang tatkala ibubapanya meninggal dunia, dia dalam keadaan mendurhakai mereka. Lalu dia berdoa kepada Allah bagi kedua ibubapanya setelah mereka meninggal dunia (yakni keinsafannya untuk berbakti kepada ibubapanya hanya muncul setelah ibu bapanya meninggal dunia), maka ditulis Allah baginya yang dia termasuk dalam golongan anak yang berbakti kepada orang tuanya.” Segala khabar (yakni hadits) ini memberi pengajaran bahawa sesiapa yang menziarahi kubur ibubapanya maka dia telah berbakti kepada mereka berdua dan tidak mendurhakai mereka lagi tidak mensia-siakan / memperlecehkan hak mereka berdua. Dan adalah Imam Ibnu Waasi’ menziarahi kubur pada hari Jumaat dan dia berkata:- “Telah sampai kepadaku (hadits) bahawasanya orang mati mengetahui orang-orang yang menziarahi mereka pada hari Jumaat dan sehari selepasnya (yakni hari Sabtu).”
Juga telah warid: “ Bahawasanya roh-roh orang mukmin datang pada setiap malam ke langit dunia dan mereka berhenti di hadapan rumah-rumah mereka. Setiap seorang daripada mereka menyeru dengan suara sedih 1000 kali: “Wahai ahli keluargaku, wahai kaum kerabatku, wahai anakku, wahai orang yang mendiami rumah-rumah kami, berpakaian dengan pakaian kami, berbahagi harta kami, tidak adakah sesiapa antara kamu yang mengingati kami dan memikirkan keadaan kami yang berada dalam kejauhan, kami berada dalam tahanan yang panjang dan kawalan yang ketat? Kasihanilah kami, moga-moga Allah akan mengasihi kamu, dan janganlah kamu bakhil kepada kami sebelum kamu menjadi seperti kami. Wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya kelebihan yang ada pada tangan kamu sekarang, dahulunya ada pada tangan kami. Malangnya kami tidak menafkahkan sebahagian daripadanya untuk jalan Allah, maka perkiraan hisab serta penyesalan atas kami sedangkan manfaatnya bagi orang lain. Maka apabila tidak memperolehi sesuatu (yakni hadiah, sedekah, doa, istighfar dan sebagainya daripada orang hidup kepada mereka), pergilah roh-roh tersebut dengan kekecewaan dan hampa.” Dan telah warid juga bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah orang mati itu di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang kelemasan memohon pertolongan. Dia menunggu datangnya doa-doa kepadanya daripada anaknya atau saudaranya atau temannya. Apabila diterimanya (doa-doa tersebut), maka ianya adalah sesuatu yang terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya (yakni menerima hadiah berupa doa adalah lebih disukai si mati daripada memperolehi dunia dan segala isinya).

Dan janganlah seseorang itu lupa mendoakan kaum kerabatnya yang telah meninggal dunia serta mengucapkan istighfar memohon keampunan mereka serta bersedekah bagi pihak mereka. Jika dia melupakannya, maka dia juga akan dilupakan oleh anak cucunya yang datang selepasnya setelah dia mati. Jadilah apa yang berlaku kepadanya sebagaimana perlakuannya terhadap mereka yang telah pergi sebelumnya. Sesungguhnya sesiapa yang ingat akan diingat dan sesiapa yang lupa akan dilupai. Dan janganlah seseorang itu lupakan orang-orang matinya (yakni istimewanya kaum kerabatnya yang telah meninggal dunia) daripada doa-doanya, istighfarnya dan sedekahnya, lalu nanti dia akan dilupakanSesiapa yang ingat akan diingat; Dan sesiapa yang lupa akan dilupa". Dan kebaikan itu pasti akan diberi balasan baik, Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang melakukan kebaikan.

Habib Hadi bin 'Abdullah bin 'Umar bin 'Abdullah bin Sholeh al-Haddar adalah seorang ulama lagi wali yang dilahirkan pada tahun 1325H (1908M) di Banyuwangi, Jawa Timur. Beliau sejak kecil lagi telah menunjukkan pribadi dan akhlak yang luhur, sehingga sesama kanak-kanak pun beliau tidak pernah bergaduh walaupun diganggu. Dari kecil juga beliau amat menjaga makan-minumnya agar tidak ada secuil pun makanan yang syubhah apatah lagi haram masuk ke tubuhnya.
Setelah ayahandanya meninggal dunia, Habib Hadi belajar dengan Habib Muhammad bin Hadi As-Saqqaf (gambar di sebelah) di Kota Seiwun. Habib Muhammad bin Hadi ini adalah murid dari Habib Ali bin Muhammad bin Husein Al-Habsyi, Shohibul Mawlid Simthud Durar. Di majlis ta'lim Habib Muhammad ini, Habib Hadi belajar bersama dengan Habib 'Abdul Qadir bin Husein As-Saqqaf (ayahanda Habib Taufik as-Saqqaf, Pasuruan). Selain belajar, Habib Hadi tidak pernah lalai melakukan amal-amal nafil sebagai upaya bertaqarrub kepada Allah. Setiap malam, Habib Hadi bermunajat, berdzikir dan mengamalkan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, manakala siang harinya beliau berpuasa. Kesungguhannya ini telah terlihat sejak kecil lagi, dan inilah antara sebab gurunya, Habib Muhammad, memberikan kedudukan yang istimewa kepada beliau di tengah murid-muridnya. Dalam mengajar, Habib Muhammad selalu menyediakan tempat duduk di sampingnya dalam keadaan kosong, dan tidak pernah ada seorang pun dari murid-muridnya yang berani menempati tempat duduk yang kosong itu. Tempat duduk yang kosong itu adalah tempat duduk Habib Hadi bin Abdullah Al-Haddar.
Habib Hadi wafat pada usia 65 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak (1 putra, 7 perempuan), pada Khamis, 4 Muharam 1393 H (8 Februari 1973). Jenazah beliau kemudian dishalati dengan diimami Habib 'Abdul Qadir bin Husein As-Saqqaf Pasuruan (gambar di sebelah) dan dimakamkan di komplek makam Blambangan, Lateng, Banyuwangi. Moga-moga Allah mencucurkan rahmat kasih sayangNya yang tidak berkesudahan ke atas beliau serta memasukkan beliau dalam diwan awliya'Nya yang dimuliakan....... al-Fatihah.
Ketahuilah wahai diri, bahawa Imam 'Abdullah al-Haddad menganjurkan agar diamalkan membaca suratul Ikhlash sebanyak sebelas (11) kali dan dihadiahkan pahalanya kepada saudara-saudaramu yang telah mendahuluimu kembali ke rahmatullah. Ini adalah anjuran daripada seorang ulama dan waliyullah yang menjadi ikutan dan panutan dirimu, maka apa perlu engkau mendengar suara-suara sumbang yang membid'ahsesatkan amalan-amalan seumpama bertahlil dan hadiah pahala ini. Cukuplah bagimu jika hanya Imam yang mulia ini sahaja yang menganjurkannya, apatah lagi jika bukan hanya beliau seorang sahaja tetapi ribuan bahkan jutaan ulama dan awliya' yang sependapat dengan beliau. Tetaplah engkau istiqamah dengan amalan yang telah engkau terima daripada para ulama dan leluhurmu terdahulu. Jangan dihiraukan celaan para pencela.Dan hadiah al-Quran (yakni hadiah pahala bacaannya) yang sangat memberi manfaat kepada orang mati, kendatipun seluruh al-Quran adalah adalah bermanfaat lagi berkat, adalah bacaan 11 kali surah al-Ikhlash yang agung. Dan hal ini (yakni manfaat amalan tersebut) telah dilihat dalam mimpi-mimpi yang berkat (yakni ru'yatush sholihah / mimpi-mimpi yang benar sebagaimana disabdakan oleh Junjungan bahawa ianya adalah 1/46 daripada nubuwwah).Maka sewajarnya seseorang itu membaca surah al-Ikhlash menurut bilangan tersebut (yakni 11 kali), sama ada pada setiap malam atau pada setiap hari, atau lebih kerap daripada itu ataupun kurang daripada itu, walaupun hanya setiap malam Jumaat, dan dihadiahkannya pahala yang sedemikian itu kepada dua ibubapanya, para gurunya dan mereka-mereka yang mempunyai hak atasnya.
Sungguhpun umat Islam di negara ini sejak dahulu lagi menganut fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, tetapi kini mereka telah banyak diresapi oleh fahaman `aqidah-`aqidah yang berlawanan dan bertentangan dengan fahaman dan `aqidah Ahlus Sunnah wal Jama`ah, sehingga ada yang sudah dipengaruhi oleh fahaman dan `aqidah Syiah dan Mu'tazilah, bahkan ada pula yang telah terpengaruh dan mengikut fahaman dan `aqidah Ibnu Taimiyyah dan lain - lainnya.