Sabtu, Mac 14, 2020
"(Dan hasilnya) dibacakan dia pada ketika turun bala seperti wabak dan tha`un dan angin ribut pada perahu dan telah kami cuba akan dia maka kami dapat akan dia mujarrab."
- Tok Syaikh Wan Ali Kutan
Jumaat, Mac 13, 2020
Pautan & Tawakkal
Junjungan Nabi telah mengajar umat bahawa tidak berlaku penularan penyakit berjangkit itu melainkan dengan kekuasaan dan kehendak Allah ta`ala semata - mata. Kita diajar sejak awal bahawa yang Maha Berkuasa dengan kekuasaan yang mutlak hanya Allah ta`ala, hanya Dia sahaja yang memberi bekas dan merupakan al-Faa`il al-Mukhtar, yakni Zat yang bebas melakukan apa jua mengikut kehendakNya tanpa terpaksa atau dipaksa, Dia bebas untuk melakukan apa sahaja atau meninggalkannya. Oleh itu, kala mana Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Laa `adwa" ..... yakni "tidak ada penyakit berjangkit", maka bukanlah maksud baginda untuk menafikan wujudnya atau berlakunya penularan penyakit berjangkit atau wabak seperti thaun dan seumpamanya. Apa yang dimaksudkan adalah membetulkan pegangan dan iktiqad kita agar jangan sampai beriktiqad bahawa sesuatu penyakit itu boleh menular atau merebak dengan sendirinya, tanpa kehendak dan keizinan Allah yang Maha Kuasa. Seolah - olah penyakit atau virusnya itu mempunyai kuasa sendiri. Jadi penularan wabak itu memang wujud dan berlaku, namun ianya semua dengan kuasa dan kehendak Zat yang Maha Agung dan bukannya atas kuasa penyakit atau virus atau kuman itu sendiri. Inilah pegangan dan iktiqad kita, namun tidaklah pula bermakna kita disuruh meninggalkan segala ikhtiar dan sebab.
Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam mengajar untuk kita untuk menjalankan ikhtiar dan sebab dalam menangani penularan penyakit berjangkit. Umpamanya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam menegah kita masuk ke tempat di mana berlakunya penularan wabak dan melarang kita keluar jika sekiranya wabak menular di tempat kita. Junjungan shallaAllahu `alaihi wa sallam juga menyuruh kita melarikan diri daripada pesakit kusta seperti kita lari daripada singa. Semuanya ini adalah sarana untuk kita berikhtiar dan mencari jalan atau sebab dalam mencegah atau menghindar atau mengelak atau menyelamatkan diri daripada ketularan wabak penyakit. Namun, pada masa yang sama, Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam pernah memegang tangan pesakit kusta dan makan bersamanya. Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam turut mengajar satu doa untuk dibaca ketika seseorang makan bersama pesakit kusta. Dari sudut ini, Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam menegaskan bahawa sesuatu penyakit itu tidak ada kuasa untuk berjangkit melainkan dengan kehendak Allah ta`ala semata-mata, maka hendaklah kita mengimani hal ini dengan jazam. Maka imbangilah antara dua perkara tersebut, agar pegangan dan perlakuan kita selari dengan ajaran Islam. Dalam menjalankan usaha ikhtiar, jangan pula kita sampai ke tahap seolah - olah menuhankan virus atau penyakit tersebut, seolah - olah kita beranggapan virus tersebut ada kuasa untuk berjangkit atau untuk mematikan. Ingat bahawa yang memberi bekas hanya Allah `azza wa jalla. Jalankanlah segala sebab, usaha dan ikhtiar sebagaimana yang disyariatkan, namun pergantungan mutlak hendaklah kepada Allah semata-mata. Berpaut hanya kepada Allah dan bertawakkallah kepadaNya dengan sebenar - benar tawakkal.
Di sini, faqir nukilkan mutiara dari kitab Tuhfatuz Zakirin karya Imam asy-Syaukani yang mensyarahkan Hisnul Hasin bagi Imam Ibnu al-Jazari. Mudah - mudahan ada manfaatnya. Imam Ibnu al-Jazari menyatakan bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam ketika makan bersama dengan orang yang berpenyakit kusta atau penyakit berjangkit, baginda membaca: "Dengan nama Allah, hal keadaan aku berpaut / bersandar / bergantung semata-mata dengan Allah dan bertawakkal kepadaNya (Bismillah, tsiqatan billah, wa tawakkulan `alaih)." Imam asy-Syaukani menjelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi dan Imam Ibnu Hibban daripada Sayyidina Jabir radhiyaAllahu `anhu yang menyatakan bahawa Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam telah memegang tangan seorang pemuda (iaitu Mu`aiqib bin Abi Fathimah) yang menghidap penyakit kusta, lalu memasukkannya ke dalam hidangan makanan (yakni untuk makan bersama baginda), seraya bersabda: "Makanlah dan bacalah dengan nama Allah, hal keadaan aku bergantung dengan Allah dan bertawakkal kepadaNya." Ini adalah lafaz sebagaimana diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi yang dinilai shahih oleh Imam Ibnu Hibban. Selain daripada itu, Imam Ibnu Majah turut meriwayatkan hadis yang semakna daripada Sayyidina Jabir radhiyaAllahu `anhu. Selanjutnya, Imam asy-Syaukani menjelaskan bahawa riwayat ini (pada zahirnya seolah - olah) menyalahi hadis - hadis yang menyuruh lari atau menghindari pesakit kusta. Namun, boleh difahami bahawa anjuran untuk menghindari pesakit kusta tersebut tidak berlaku ke atas orang yang tidak terkesan dengan penyakit tersebut ketika makan bersama mereka (yakni mereka yang mempunyai daya tahan yang tinggi atau telah mengambil langkah - langkah penjagaan yang sewajarnya) dan juga ia tidak mendatangkan waham-waham kepadanya (yakni jangan sampai perbuatannya tadi boleh mengakibatkan dia waham atau ragu, antaranya atas kekuasaan mutlak Allah ta`ala, jika sekiranya sesuatu berlaku ke atas dirinya)....
Oleh itu, fahamilah dengan sebaiknya dan daripada hadis tersebut, dapatlah kita panduan, di mana jika kita terpaksa pergi ke tempat - tempat yang berlaku penularan wabak penyakit atau kita terpaksa berinteraksi dengan mereka - mereka yang terkena penyakit tersebut, maka selain menjalankan usaha, ikhtiar dan sebab zahir, hendaknya diamalkan bacaan tersebut dengan penuh keimanan, keyakinan dan tawakkal kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Ingat dan imankanlah bahawa yang memberi bekas hanya Allah semata - mata. Mudah-mudahan segala penularan diredakanNya dan segala kerisauan dihilangkanNya.

Rabu, Februari 12, 2020
Faedah Daripada Syaikh Daud
Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah mempunyai karya berjodol Kaifiyat Khatam al-Quran dan di antara kandungannya adalah panduan bagaimana kita mengisi, menghayati dan menjiwai wudhu kita. Sebagaimana yang kita ketahui wudhu adalah ibadah asas yang merupakan kunci bagi ibadah - ibadah besar seperti shalat dan tawaf. Maka sukalah untuk faqir kongsikan di sini, mudah-mudahan ada manfaat dan keberkatannya. Namun sebelum itu, faqir nukilkan juga sekelumit mengenai kitab ini sebagaimana yang dijelaskan oleh almarhum Ustaz Wan Muhammmad Shaghir dalam buku beliau yang berjodol Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Ulama dan Pengarang Terulung Asia Tenggara. Pada halaman 63, beliau menyenaraikan kitab tersebut sebagai karya Mawlana Syaikh Daud dan menyatakan sebagai berikut:- 12. KAIFIYAT KHATAM QURAN. Yang terkandung di dalamnya ialah tatacara melakukan khatam al-Quran dan berbagai doa. Kitab ini adalah merupakan kitab yang pertama untuk melaksanakan doa, sebelumnya memang belum terdapat satu kitab yang berbentuk demikian. Hampir seluruh pelosok Asia Tenggara ahli penghafal doa mengenal kitab ini sebelum adanya kitab - kitab lain sebagai pedoman. Kitab ini sudah banyak kali dicetak oleh berbagai percetakan baik di Mekkah, Mesir, Turki dan Bombay maupun oleh percetakan - percetakan yang berada di Asia Tenggara. Semua terbitan tidak pernah mencantumkan nama Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani sebagai penyusunnya, namun diyakini dan tidak dapat dinafikan bahawa memang susunan beliau....Berbalik kepada Kaifiyyat Khatam al-Quran tadi, maka pada halaman 119 sehingga halaman 127, Mawlana Syaikh Daud al-Fathani rahimahullah menulis, antara lain, sebagai berikut:-
......Lalu membasuh dua tapak tangannya hingga pergelangannya .......... beserta kita i`tiqad dalam hati kita minta kepada Allah ta'ala ampuni dosanya yang ada pada dua tangannya ini, jika ada tangannya itu memegang harta orang atau benda orang yang diharamkan Allah subhanahu wa ta'ala atau memukul orang dengan tiada sebenarnya.
Kemudian maka membasuh mulut tiga kali beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampuni dosanya yang ada pada mulut itu, jika ada mulut itu memaki orang dengan tiada sebenarnya atau memakan harta benda yang diharamkan Allah subhanahu wa ta'ala seperti harta orang dengan tiada sebenarnya atau memakan harta riba atau harta orang yang tiada mengeluarkan zakat atau harta anak yatim atau sekaliannya binatang haram.
Kemudian maka membasuh hidung tiga kali, beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampuni dosanya yang ada pada kedua lubang hidung itu, jika ada hidung itu mencium bau-bauan orang dengan tiada reda tuannya atau mencium bau-bauan yang ada pada tubuh perempuan, jika laki-laki, atau bauan yang ada pada laki - laki, jika perempuan yang mencium dia.
Kemudian maka membasuh muka tiga kali ............. beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah subhanahu wa ta'ala ampuni dosa yang ada pada muka itu, jika ada muka dan mata itu melihat yang diharamkan Allah ta'ala, seperti melihat perempuan yang helat atau perempuan melihat akan laki - laki atau laki - laki melihat samanya laki - laki pada barang yang dalam antara pusat dan lutut atau perempuan samanya perempuan demikian juga, atau melihat permainan seperti menora dan mak yong atau melihat dalam rumah orang dengan tiada izin tuannya. Dan minta akan Allah ta`ala beri muka itu boleh melihat Zat Allah ta'ala dalam negeri akhirat yang tiada dapat dihingga, bersalahan bagi segala yang baharu, dan melihat penghulu kita Nabi Muhammad shallaAllahu 'alaihi wa sallam dan melihat ibubapa yang mati dahulu kala di dalam syurga dan melihat anak bidadari dan permainannya dan bunyi - bunyi yang di dalam syurga dan buah - buah kayu yang indah - indah di dalam syurga itu.
Kemudian maka membasuh dua hasta (yakni dua tangan hingga ke siku) hingga siku keduanya tiga - tiga kali, beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampun dosanya yang ada pada kedua hasta itu (......) atau memukul orang atau sigong orang. Dan minta akan Allah ta'ala beri kitab (yakni kitab catatan amalan kita) pada pihak kanannya. Kemudian maka membasuh hasta pada belah kirinya tiga kali, maka i`tiqad seperti demikian itu juga berserta kita i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala jangan diberi kitab pihak kiri itu.
Kemudian maka membasuh kepala tiga kali, iaitu ubun - ubun beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampuni dosanya yang ada pada kepala itu, jika ada kepalanya itu menyembah kepada yang lain daripada Allah seperti menyembah penghulu dalam dunia ini dan seperti mengikut suruh dan tegah kepada raja - raja dan penghulu dalam dunia ini seperti Allah ta'ala. Dan minta akan Allah ta'ala beri kepala itu sentiasa menyembah dan mengikut suruh Allah ta'ala dan (minta akan Allah ta'ala beri naung) pada hari kiamat, yakni pada hari yang tiada naung melainkan naung di bawah arasy Allah ta'ala jua.
Kemudian maka membasuh telinga keduanya tiga kali beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta Allah ta'ala ampun dosanya yang ada pada kedua telinganya itu, (jika ada telinga itu) mendengar kepada barang yang ditegahkan Allah ta'ala seperti gendang dan serunai dan rebab dan kecapi dan barang sebagainya. Dan minta akan Allah ta'ala beri telinga itu mendengar zikrullah ta'ala dan mendengar kalamullah (dan) bunyian dalam syurga.
Kemudian maka membasuh leher (yakni tengkuk) tiga kali beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampuni dosa yang ada pada leher itu, jika ada leher itu memikul atau mengkandar yang ditegahkan Allah subhanahu wa ta'ala. Dan minta akan Allah ta'ala lepas daripada rantainya dan belenggu pada hari kiamat, dan minta akan Allah ta'ala beri leher itu memakai pakaian dalam syurga.
Kemudian, maka membasuh kaki kanan tiga kali dan kaki kiri tiga kali, beserta dengan i`tiqad dalam hati kita minta akan Allah ta'ala ampuni dosanya yang ada pada kedua kaki itu, jika ada kaki berjalan kepada yang ditegahkan Allah ta'ala seperti berjalan pergi melihat menora dan wayang dan berjalan pergi mencuri dan menyamun dan merampas dan segala yang ditegahkan Allah ta'ala. Dan minta akan Allah ta'ala beri kaki itu berjalan kepada masjid dan berjalan kepada kebajikan dan minta akan Allah ta'ala tetapkan kaki kita di atas titi shirathal mustaqim hingga masuk syurga......
Mudah - mudahan penghayatan dan pengisian seperti yang dicontohkan oleh Mawlana Syaikh Daud rahimahullah dapat kita laksanakan ketika berwudhu, agar wudhu kita tidak hanya sekadar membasuh anggota wudhu kita yang zahir, tapi dipenuhi dengan kesedaran dan keinsafan yang membawa kepada taubat dan memohon keampunan Allah serta memohon kesejahteraan sehingga wudhu tersebut benar - benar menjadi wasilah untuk kita mensucikan diri kita zahir dan batin. Apa yang dinukilkan hanyalah sekadar contoh, apa yang penting adalah segala ibadah, baik kecil maupun besar, kita lakukanlah dengan penuh kesedaran dan keinsafan serta dihayati dan dijiwai dengan jiwa kehambaan yang mendambakan keredhaan Tuhan yang Maha Mulia, Allah subhanahu wa ta'ala.

Ahad, Disember 01, 2019
Khiththah Mardhiyyah
Syaikh Ahmad al-Khatib bin 'Abdul Latif al-Minankabawi adalah seorang tokoh ulama Melayu yang telah menempa nama di kota suci Makkah al-Mukarramah. Beliau adalah murid kepada Sidi Ahmad Zaini Dahlan, mufti Makkah dan Sidi Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi, pengarang I`anatuth Thalibin. Beliau juga adalah guru kepada ramai pelajar, antaranya Syaikh Abdul Karim Amrullah, ayahanda Dr. Hamka. Atas ketinggian ilmunya, Syaikh Ahmad Khatib dilantik menjadi imam dan khatib bagi pengikut Mazhab Syafie pada maqam Ibrahim dalam Masjidil Haram yang mulia. Biografi beliau telah banyak ditulis dan dibukukan, antaranya oleh Dr. Mat Rofa Ismail dengan jodol "Biografi Agung Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minankabawi". Tuan - puan yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, bolehlah mencari dan membaca tulisan tentang sejarah hidup beliau yang cemerlang tersebut. Selain memimpin shalat, mengajar dan memberikan fatwa, Syaikh Ahmad Khatib juga tidak lupa menghasilkan karya-karya tulis. Bahkan, hasil karangannya beliau menjangkau 47 buah kitab dan risalah dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan termasuklah ilmu falak dan matematik. Sungguhpun sedemikian alimnya, beliau tetap sahaja, dalam hukum - hakam fiqh, bertaqlid kepada Mazhab Syafie. Contohnya dalam polemik yang dicetuskan oleh Kaum Muda pada masalah talaffuz bin niyyah (yakni hukum melafazkan niat "ushalli" sebelum memulakan shalat), Syaikh Ahmad Khatib rahimahullah telah mengarang satu risalah / kitab yang diberi jodol "al-Khiththah al-Mardhiyyah fi raddi syubhati man qaala bi bid`ati at-talaffuz bin niyyah" bagi mempertahankan Mazhab Syafie dan menjelaskan bahawa hukum melafazkan niat bukanlah bid`ah dhalalah sebagaimana dakwaan Kaum Muda (baca: Wahhabi).
"... Dan segala itu padalah bagi orang yang beriman pada menyatakan sesat Ibnul Qayyim dan gurunya Ibnu Taimiyyah dan jika seperti itu maka adalah saudara - saudara yang mengikut Ibnul Qayyim pada syubhahnya sesat pula. Maka Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim dan segala yang mengikut mereka itu ialah firqah yang telah keluar dari Ahlis Sunnah wal Jama`ah, yang memerangi mereka itu akan Ahlis Sunnah wal Jama`ah, dan mengkufurkan akan mereka itu, dan dinamai mereka itu Firqah al-Wahhabiyyah......" Mungkin ada yang tidak selesa dengan kata - kata dan kecaman keras Syaikh Ahmad Khatib terhadap Ibnu Taimiyyah dan Ibnul Qayyim serta pentaqlid mereka, namun apa yang dilakukan oleh Syaikh Ahmad Khatib tersebut hanyalah sebagai memulangkan paku buah keras kepada mereka yang terlebih dahulu menghukum orang - orang yang tidak mengikut pandangan mereka sebagai sesat, syirik, kufur dan sebagainya. Oleh itu, jika kita tidak suka dikecam orang, maka janganlah suka mengecam orang. Janganlah bersikap seolah - olah kebenaran mutlak itu adalah milik kita seorang. Belajarlah untuk menghargai khilaf dan menghormati ijtihad para ulama yang muktabar walaupun mungkin ijtihad mereka tidak selari dengan pegangan kita. Mudah - mudahan Allah mencucuri rahmat yang berkekalan ke atas Syaikh Ahmad al-Khatib rahimahullah dan menjadikan ilmunya bermanfaat sehingga kesudahan masa.
Selasa, Oktober 08, 2019
Khatib Berthaylasan
Sejauh ingatan faqir, para khatib di tempat faqir sejak dahulu lagi apabila menyampaikan khutbah akan memegang tongkat dan memakai thaylasan, iaitu kain kelubung atas kepala atau dalam bahasa kami "makey kain sal atas palak". Jika selendang atau kelubung itu diletakkan atas bahu, maka ianya tidak dinamakan berthaylasan tetapi disebut sebagai memakai selendang atau rida`. Terhasil asal sunnah pemakaian thaylasan ini dengan meletakkan selendang atau rida` tersebut atas kepala dan menyelubungi bahu serta belakang si pemakainya. Untuk kaifiat yang lengkap, boleh tuan - tuan rujuk kepada tok - tok guru dan rujuk umpamanya bab libas dalam kitab - kitab fiqh. Di tempat kami, berthaylasan adalah seolah - olah pakaian rasmi para khatib dan sebenarnya pemakaiannya adalah sesuatu yang elok dan baik serta dihukumkan sebagai mustahab / mandub / sunnat oleh para ulama.
Memakai thaylasan atau kain kelubung kepala ini ada khilaf di kalangan ulama kita. Sebahagian kecil daripada ulama menghukumkan makruh memakainya kerana dianggap menyerupai pakaian Yahudi. Di antara yang keras berpendapat sedemikian adalah Sulthanul Ulama, Syaikh `Izzuddin ibnu Abdis Salam rahimahullah, yang diriwayatkan sebagai pernah menegah para khatib di Jami` Umawi, Damsyik, daripada memakai thaylasan. Namun pendapat ini ditolak oleh kebanyakan ulama kita yang menghukumkan pemakaiannya sebagai mustahab / mandub / sunnat asalkan tidak menyerupai corak, rupa dan bentuk yang digunakan oleh kaum Yahudi. Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat berthaylasan bagi semua lelaki, tanpa mengira awam maupun khawas, ketika melakukan ibadah seperti ketika shalat, ketika khatib berkhutbah dan seumpamanya. Manakala di luar shalat atau di luar perlaksanaan ibadah, yakni untuk pemakaian seharian, maka ianya hanya disunnatkan bagi ulama sahaja sebagai pemuliaan kepada ilmu dan agar ahlinya dapat dikenali. Maka kita dapat lihat ada ulama kita yang membiasakan diri mereka dengan memakai thaylasan seperti al-'Alim al-'Allaamah Baba Eil Spanjang al-Fathani hafizahullah. Bagi sesetengah pengikut Thariqat Naqsyabandiyyah pula, berthaylasan adalah dituntut ketika menjalankan zikir thariqat. Manakala bagi awam macam kita, berthaylasan di luar tu hanyalah semata - mata untuk mengelak dari teriknya panas matahari. Mungkin di antara hikmah berthaylasan ini adalah untuk membatas ruang lingkup pandangan mata dengan sedemikian diharap terjagalah mata daripada melihat segala aghyar yang mungkin dapat menarik perhatian atau mengganggu kekhusyukan.
Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani rahimahullah dalam Nihayatuz Zain pada halaman 140 berkaitan thaylasan menukil antara lain perkataan Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah dalam Tanbihul Akhyar sebagai berikut: Adalah Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam tidak meninggalkan untuk berthaylasan dan adalah panjang thaylasan baginda itu 6 hasta dan lebarnya 3 hasta. Thaylasan itu menyerupai rida` yang diletakkan atas kepala, dua bahu dan belakang (yakni menutupi kepala, dua bahu dan belakang) sebagaimana dinukilkan daripada Imam as-Sayuthi.

Berbalik kepada subjek asal entri ini, iaitu persoalan hukum khatib berthaylasan ketika menyampaikan khutbah di atas mimbar. Imam Ibnu Hajar rahimahullah pernah ditanya mengenai perkara ini dalam fatwa beliau dan jawapan beliau sebagaimana termaktub dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah, juz 1, halaman 261 adalah sebagai berikut:-
Imam Ibnu Hajar telah ditanya tentang seorang khatib yang meninggalkan pemakaian thaylasan dan menganggap pemakaiannya tidak disunnatkan, maka adakah anggapannya tersebut benar atau salah? Maka Imam Ibnu Hajar menjawab dengan katanya: "Anggapan khatib tersebut tidak benar, bahkan yang benar adalah berthaylasan itu sunnat sebagaimana dijelaskan oleh ramai para imam kita. Adalah Imam Jalaluddin as-Sayuthi rahimahullah mempunyai karya tersendiri mengenai kesunnahan memakai thaylasan, di mana dihimpunkan dalamnya hadis - hadis yang warid serta penjelasan mengenainya juga penolakan terhadap pihak yang menyalahi pemakaiannya. Maka syukur kepada Allah atas usaha beliau tersebut. Adalah guru kami al-Imam al-Ustadz Abul Hasan al-Bakri saqaAllahu tsarahu sentiasa memakainya sejak mula lagi, ketika dalam pengajian dan selainnya. Maka perbuatan beliau telah ditentang oleh sesetengah manusia, lalu beliau bersungguh - sungguh menjawab tentangan mereka dengan mendatangkan segala riwayat yang menunjukkan atas sunnat (mandub) memakainya. Beliau telah menjelaskan kepada pihak yang menentang, bahawa yang ditentang oleh mereka itu sebenarnya adalah pemakaian thaylasan dengan sifat atau rupa yang tertentu (yakni bukanlah yang ditentang itu pemakaian thaylasan secara mutlak, tetapi pemakaiannya yang menyerupai pemakaian thaylasan Yahudi)........
Selanjutnya, Imam Ibnu Ziyad rahimahullah juga berpendapat memakai thaylasan adalah mustahab / sunnat bagi khatib ketika menyampaikan khutbah. Ini boleh kita lihat dalam fatwa beliau yang dikutip oleh Habib 'Abdur Rahman al-Masyhur Ba`Alawi rahimahullah, mufti Hadhramaut dalam "Ghayatu Talkhish", yang dicetak di tepi Bughyatul Mustarsyidin pada halaman 103. Pada halaman tersebut tercatat sebagai berikut:
Adalah mustahab (sunnat) hukumnya bagi si khatib untuk memakai thaylasan (kain selubung atas kepala) dan al-Qadhi (iaitu al-Qadhi Abu 'Ali al-Husain bin Muhammad bin Ahmad al-Marwazi @ Qadhi Husain) telah menjelaskan bahawasanya adalah mustahab bagi setiap orang yang shalat memakai serban dan berthaylasan, di mana ianya (yakni pemakaian thaylasan) adalah syiar bagi para pemuka ulama. Mustahab menadah tangan ketika berdoa setelah dua khutbah (yakni ketika khatib berdoa pada hujung khutbah kedua) bagi khatib dan jemaah lain. Namun, jika si khatib khuatir dia akan terjatuh jika dia menadah tangannya ketika berdoa tersebut, maka tidaklah mengapa untuk dia meninggalkan menadah tangannya tersebut.Oleh itu, eloklah bagi para khatib ketika menyampaikan khutbah memakai segala pakaian bagus meniru pakaian yang pernah digunakan oleh Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, dengan kopiah, dengan serban, dengan rida` dan dengan thaylasan. Hal ini mungkin dapat menambahkan lagi haibah dan waqar si khatib sehingga lebih mantap dia berkhutbah.
Isnin, September 30, 2019
Umpama Rakaat Lailatul Qadar
Oleh itu, ramai para ulama dan tuan - tuan guru kita berpesan agar menjadikan amalan ini sebagai amalan istiqamah kita. Imam Habib Abdullah al-Haddad rahimahullah dalam an-Nashaih ad-Diniyyah, turut berpesan agar kita menjaga amalan menunaikan shalat sunnat empat rakaat selepas Isya` ini. Pada halaman 138, beliau menyatakan, antara lain, sebagai berikut:-
Hendaklah engkau melazimkan shalat sunnat empat rakaat selepas Shalat Isya`. Sesungguhnya padanya ada kelebihan yang banyak sebagaimana sabda Junjungan Nabi `alaihish shalatu was salam: "Empat rakaat selepas Shalat Isya` adalah seperti empat rakaat (yang dikerjakan) pada malam Lailatul Qadar." Satu rakaat pada malam Lailatul Qadar menyamai 30,000 rakaat pada malam - malam yang lain......
Imam Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf, jilid 5, halaman 100, telah meriwayatkan beberapa atsar mengenai kelebihan shalat sunnat empat rakaat selepas Isya`. Atsar - atsar tersebut yang dihukumkan sebagai hadis marfu`, dengan berbagai darjat, antaranya sebagai berikut:-
7351 - ...... daripada Abdullah bin `Amru yang berkata: "Sesiapa shalat empat rakaat selepas `Isya` jadilah kadarnya seperti empat rakaat yang dilakukan pada malam Lailatul Qadar."
7352 - ....... daripada Sayyidah `Aisyah yang berkata: "Empat rakaat shalat selepas Isya` menyamai yang seumpamanya pada malam Lailatul Qadar."
7353 - .....daripada Sayyidina 'Abdullah (iaitu Sayyidina Ibnu Mas`ud) yang berkata: "Sesiapa yang shalat 4 rakaat selepas shalat Isya` tanpa memisahkan antara rakaat-rakaatnya dengan salam (yakni dilakukan dengan satu salam sahaja) menyamai akan yang seumpamanya pada malam Lailatul Qadar."
Inilah beberapa atsar sahabat yang menunjukkan kelebihan menunaikan shalat empat rakaat tersebut. Mudah-mudahan menjadi galakan untuk kita beramal. Tentang shalat sunnat empat rakaat ini dan cara melaksanakan cara, ulama berbeza pendapat. Sebahagian ulama, seperti para ulama daripada kalangan Hanafiyyah, berpendapat bahawa ianya adalah shalat sunnat mutlak dan bukannya shalat rawatib selepas Isya` (sunnat ba`diyyah Isya`). Manakala sebahagian ulama daripada kalangan Syafi`iyyah dan Hanabilah menyatakan bahawa shalat tersebut adalah shalat sunnat ba`diyyah Isya`. Mereka juga berbeza pendapat tentang kaedah melakukannya. Sebahagian ulama menghukumkan ia lebih afdhal dilakukan di masjid sebelum pulang ke rumah, manakala yang lain menghukumkan afdhal dilakukan di rumah. Sebahagian ulama menghukum empat rakaat ini afdhal dilakukan secara berpisah dengan dua salam, manakala sebahagian lagi berpendapat ianya dilakukan sekaligus dengan satu salam sahaja sebagaimana dalam riwayat Sayyidina Ibnu Mas`ud tadi. Seterusnya yang menghukumkan afdhal dengan satu salam, berbeza lagi pendapat, sebahagian menyatakan afdhal dilakukan tanpa tahiyyat awal untuk membezakannya dengan shalat fardhu Isya`, manakala sebahagian lagi menganjurkan dengan tahiyyat awal. Walau apa pun perbezaan pendapat tadi, namun para ulama sekata menyimpulkan bahawa selepas shalat fardhu Isya`, kita dianjurkan untuk melaksanakan empat rakaat shalat sunnat yang mana empat rakaat ini dikadarkan atau diukur ganjarannya menyamai atau seumpama rakaat - rakaat sembahyang yang dilakukan pada Lailatul Qadar, malam yang penuh kemuliaan. Oleh itu, berusahalah untuk mengamalkannya serta melaziminya.

Sabtu, Ogos 31, 2019
Wasiat Syaikh `Umar Maqdisi
Amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah telah sebati dengan masyarakat kita di Nusantara. Namun, amalan ini tidaklah terbatas di rantau kita sahaja dan bukanlah perkara yang diada-adakan masyarakat Nusantara semata-mata. Pasti ada asal - usulnya jika kita kaji. Namun, apalah guna mengetahui asalnya jika hanya untuk diketahui sahaja, apa yang lebih penting ialah diamal dan dihayati akan doa - doa tersebut sepenuh hati agar dikabulkan Allah dan diberiNya segala yang dipinta.
Syaikh Hasan al-`Idwi al-Hamzaawi (wafat tahun 1303H) rahimahullah, seorang ulama besar al-Azhar bermazhab Maliki. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli hadis dan memiliki karangan yang mensyarahkan Shahih al-Bukhari setebal 10 jilid dengan jodol an-Nuurus Saari min faydhi Shahih al-Imam al-Bukhari. Syaikh Hasan dalam karya beliau yang mensyarahkan hadis musalsal mengenai 'Asyura yang berjodol an-Nafahaatun Nabawiyyah fi Fadhaa-il al-`Aasyuuriyyah pada halaman 68 menukilkan wasiat Syaikh 'Umar bin Qudamah al-Maqdisi berhubung Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun, di mana Syaikh 'Umar menyatakan sebagai berikut: "Sentiasalah guru - guru kami berpesan kepada kami untuk mengamalkannya sebagaimana mereka mengamalkannya (yakni mengamalkan doa akhir dan doa awal tahun tersebut) dan aku belum pernah meninggalkannya selama umurku."
Wasiat tersebut juga dinukilkan oleh para ulama Jawi, antaranya Syaikh Abdul Hamid Qudus rahimahullah dalam Kanzun Najaah was Suruur pada halaman 68 dan oleh almarhum Mufti Negeri Sembilan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa`id dalam Tuhfatul Awthaan wal Ikhwaan. Syaikh Ahmad rahimahullah pada halaman 40 kitab tersebut menukil sebagai berikut: Telah menyebut oleh al-'Allaamah ad-Dairabi di dalam Fawaaidnya, ia nukil daripada al-'Allaamah Jamaaluddin cucu Ibnul Jawzi daripada Syaikh 'Umar bin Qudamah al-Maqdisi akan doa bagi awal tahun dan doa bagi akhirnya, dan berkata ia: "Sentiasalah guru - guru kami berwasiatkan dengan itu doa dan membaca mereka itu akan dia dan tiada luput akan daku selama umur aku."
Maka, terpulanglah kepada tuan - tuan untuk mengikut anjuran dan pesanan tersebut. Nak ikut, ikut. Tak nak, tak payah. Tak jatuh dalam dosa kalau tak buat. Yang jatuh dalam dosa adalah bila kita larang dan/atau caci dan/atau keji akan hamba - hamba Allah yang mahu berdoa memohon kepada Allah. Ingat berdoa adalah satu ibadah, bahkan ia adalah intipati ibadah.
Langgan:
Catatan (Atom)