Jumaat, Julai 21, 2006

Syed Ahmad Bin Semait

Ikhwah, beberapa hari aku disibukkan dengan satu urusan sehingga terpaksa bersafar dan menyebabkan aku tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling sehinggalah aku kembali ke bandaraya tercinta baru sampai berita kepadaku perginya seorang lagi ulama kebanggaan dunia Jawi. Perginya Syed Ahmad Bin Semait dalam kemalangan pada 15 Julai lepas, amatlah mendukacitakan, tetapi selaku umat beriman kita dikehendaki redha dan bersabar. Semestinya hati kita terasa pilu dan sedih atas pemergiannya secara tiba-tiba. Dari terjemahan kitabnya aku mula mengenal jalan salaf Bani 'Alawi. Kitab pertama yang kutadah dari masyrab Bani Alawi ialah terjemahan beliau bagi kitab "Nashoih" karya Imam al-Haddad, waktu itu usiaku masih belum baligh. Jadi kenapa tidak aku bersedih. Seorang demi seorang ulama kita pergi meninggalkan kita, adakah pengganti mereka ? Atau yang tinggal hanya protaz -protaz sahaja? Ulama yang khumul yang berjuang untuk mendekatkan masyarakat kepada agama, harmoni dalam beramal, tanpa menimbulkan kekeliruan dan kecelaruan telah pergi, harap-harap penggantinya pun menurut jejak mereka. Jangan ada penggantinya belajar sahaja tinggi, tetapi ajarannya membuat masyarakat keliru, bercelaru dan haru biru.

Untuk renungan bersama kunukil beberapa hadis yang disebut oleh dalam "Lubabul Hadits". Antaranya Imam asy-Sayuthi meriwayatkan "mautul 'ulama` dzhulmatun fid din" - Matinya ulama itu kegelapan dalam agama. Diriwayatkan lagi bahawa " idza maatal 'aalim, bakat 'alaihi ahlus samaawaati wal ardhi sab`iina yawman " - Apabila mati orang alim, maka menangislah semua ahli langit dan bumi atas kematiannya 70 hari. Diriwayatkan lagi bahawa " man lam yahzan li mautil 'aalim fa huwa munafiq munafiq munafiq " - Sesiapa yang tidak bersedih dengan kematian seorang alim, maka dia adalah munafiq munafiq munafiq. Allahu...Allah.

Marilah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah dan al-Ikhlash serta mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama para nabiyyin siddiqin syuhada` dan sholihin.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

received the announcement through email on tuesday. inna lillah.

safar --> case janggut dan serban ke, ;)?

Abu Muhammad berkata...

Idak, kes dunia. Poning kepalo ese.

Tanpa Nama berkata...

Ya Abu Muhammad,

Terkejut jgak sya dgn pmergian al-Habib Sayyid Ahmad. Saya tau pun dari blog Pondok Tampin. Itu pun dah bbrapa hri slpas beliau meninggal. Phm2 sjalah, d dunia yg fana merangkap mementingkan dunia ni, ulama2 semakin terasing. Lainlah kalau artis atau raja yg meninggal, wooo..seluruh dunia tau. Seluruh dunia brkabung. Seluruh dunia menangis.

Tp, tak heranlah. Bukankah adat keluarga Ba'alawi memang bgtu - masyhur dan mulia di dalam tawadhu'nya? D mata manusia mmg tk dkenal, tp d mta org2 beriman mrkalah 'royal family'.

Ana pun takut jugak, hari demi hari ulama2 kita dah ramai yg pergi. Mungkinkh ada pengganti mreka utk menegakkan kebenaran, mewarisi ilmu nabi dan para solihin?

Ya Abu Muhammad, terus terang aku katakan - salah seorang dri org2 yg bertanggungjwb memikul tugas berat (bagi membela kemuliaan bermazhab dan maruah Sa'adah Ba'alawi) ini adalah dirimu sendiri.

Teruskan perjuanganmu, jgn sekali2 engkau mengalah dgn golongan biadap itu. Kami - muhibbin ahlil bait dan ahli sunni - dari jauh mendoakanmu, mdh2n dtmbahkan ilmumu, dilancarkan lidahmu, dluaskan rezekimu…agar engkau berupaya menjalankan tugas mulia ini dan akhirnya berjaya mendiamkan golongan yg tdk menghormati para arifin, solihin dan org2 soleh tersebut.

Allahumma Shalli 'Ala Sayyidina Wamaulana Muhammad, Wa 'Ala Alihi Washahbihi Wabarik Wasallim...

Tanpa Nama berkata...

Ya Abu Muhammad,

Mintak Sayyid Ahmad Semait punya pic, ada tk?

Tanpa Nama berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Abu Muhammad berkata...

Sidi Burnawi, ana ghair munasib, Minal muhibbin aidhan.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu yg dicabut Allah tidak sama lagi dgn yg tinggal...

Maka menjerit dan trauma lah kaum Wahabi bila dijentik telinga depa oleh Faizal Tehrani melalui cerpen Ahad lalu. Begitulah adanya para pentaklid wahabiyyah ni kat Malaysia..

Wallahualam

Syahir Hassan berkata...

Satu renungan: Al-Imam Al-Haddad Sohibur Ratib pernah berkata tentang para 'ulama solihin "They shall not know our worth until we leave them...when he becomes a tomb, then they know his worth" (Sufi Sage of Arabia, Imam Abdullah bin 'Alawi A-Haddad, ms 187-188). "Mereka tidak akan sadar nilai kita, sampai kita meninggalkan mereka...bila dia sudah jadi kuburan, baru mereka sadar nilainya".

Inna lillahi wa inna ilahi roji'uun