Khamis, Ogos 17, 2006

Membaca Yaasiin Malam Jumaat

Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai "berjikir" i.e. kat tempat aku jika dikatakan " urang berjikir" maka yang dimaksudkan ialah "orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu...Allah.

Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib - Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.

Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.

Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh 'sunnah (baca : salafi)' i.e. adik - beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji 'Abdullah bin 'Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi' telah menulis dalam bukunya "Kursus Qari` dan Qari`ah" mukasurat 145:- "Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi." Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called 'salafi/sunnah' pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah "apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua".

Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya "Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah" menulis:-

  • Imam al-Baihaqi dalam kitab "asy-Syu`ab" telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- "MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)".
  • Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- "MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).

Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.

Syaikh Ahmad bin 'Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya "Tatsbitul Fuad" yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-

  • Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan "Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi." Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

sheikh perihal hadis tu, ana pasti enta maklum ada khilaf dalam status hadis2 tu. tapi lebih molek rasanya kalau enta takhrijkan atau paling tidak pun menurunkan pendpt2 muhaddisin perihal hadis tu. Lebih adil kot kalau enta telus dalam hal status hadis. Pendpt mana yg dipilih itu terpulang. Sekadar pendapat...

Abu Muhammad berkata...

Bila dah ada khilaf kome faham-faham aje lah. Takkan aku ngan ekau yang nak takhrij hadis atau THTL atau Hafiz Firdaus, Dr. Asri ngan Maulana Asri pun belum tentu layak. Prof. Dr. Ali Mustafa Yaakub pun tak tentu lagi.

Bila Imam as-Sayuthi dah bubuh dalam kitab beliau sebagai satu anjuran ertinya beliau terimalah hadis tersebut untuk dijadikan amalan kelebihan (fadhail). Pastu bukan beliau seorang sahaja, ramai ulama kita yang bersetuju dengannya. Nak perjelas apa lagi.

Jika pun hadis-hadis tersebut dhoif, adakah ertinya amalan tersebut bathil ? Kalam hikmah pun dipakai orang ? Kalam Pak Lah Badawi pun ramai orang Umeno sanjung. Guna kepala otak sikit.

Cik Noni toksahlah kita nak berlagak muhadditsin, ingat senang ke ?

Jangan jadikan blog aku ini tempat mujadalah, tempat tunjuk berlagak ulama dan muhaddisin. Kalau nak berlagak, nak tunjuk terer, bolehlah pergi ke alam maya dan fantasi al-Ahkam Online.

Tanpa Nama berkata...

Sidi, I'm enjoying your posts very much.

Jadi ikutlah kaedah "apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua".

If I understand you correctly, that reminds me of a similar English proverb my father would say, "don't make the better the enemy of the good", in other words, we shouldn't fail to do the thing that is good simply because we cannot do the thing that is better than it.

Abu Muhammad berkata...

Sidi BinGregory, marhaba ya marhaba. Thanks for the visit.

This is one of the qawaid al-fiqhiyyah "ma la yudraku kulluh, la yutraku kulluh".

Tanpa Nama berkata...

aslamualaikum abu muhd.said.. pada benar dgn jawapan anta maslah yasin.. nak tanya satu.. camna rasul dahri pakai istilah "yasinan", "tahlilan", .. mana dia dapat tu?.. apa ade ke wazan dlm ilmu saraf arabiyah camtu.. tambah nan belakang?..

Tanpa Nama berkata...

salam.. abu muhammad..
baca yasin malam jum'at memang baguih..
mujarrab diamalkan.. diserta doa nya.
inikan namanya tawassul dengan ibadat?. sedangkan tawasul ngan ibadat adalh harus disisi ijmak...
wslm.

.....................

Abu Muhammad berkata...

Cik Noni, wazannya ada dalam bahasa wong Jowo. Di sane ade, yasinan, tahlilan, selamatan, mawlidan dan sebagainye. Sekedar istilah yang digunakan oleh sedare-sedare kite yang kat Pulau Jawe. Jangan plak dikomen Ustaz Wak Rasul kite pasal gune istilah tersebut. Nak buat cam mane, kat mane tumpah kuah kalau tak ke nasi.

Tok Aki,wa'alaikumus salam, betul sungguh apa yang dikata. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Syahir Hassan berkata...

Salam untuk Ikhwan,
Nantikan tarjamah ke Bahasa Melayu Kitab Tahqiqul Amal Fiima Yanfa'ul Mayyiti Minal 'A'mal (Kajian Mendalam Keatas Manfaat Amalan Hidup Terhadap Para Arwah) oleh Alm Prof Sayyid Muhd 'Alawi Al-Maliki Al-Hassani. Tarjamahan oleh Abu Mazaya Al-Hafiz di terbitkan oleh Perniagaan Jahabersa.

Kitab ini membincangkan tentang dalil-dalil amalan soleh sebagai hadiyyah dari yang hidup kpd yang telah wafat.

Wa lillahi turja'ul 'umur

Syahir Hassan berkata...

Salam,
Untuk yang belum puas, sila lihat www.hizmetbooks.org yang memuat pelbagai kepercayaan dan amalan para Ahl Sunnah wal Jama'ah. Juga balasan-balasan kpd mereka yang menyalah-nyalahi semua amalan-amalan tersebut.

Termuat juga artikel tentang Jamaat Tabligh. Cuma semua dalam Bahasa Inggeris.

Wa likulli 'ilman 'aleem

Abu Muhammad berkata...

Ade org komen, sebab ambo dok bawak nukilan dari tulisan Ustaz Dollah, katanye tulisannya itu ditulis waktu ilmu sunnahnye tak berapa lagi, macam ibnu qayyim tulis kitab ar-Rohnye tu.

Ambo jawab senang je, Ustaz Dollah hidup lagi, kenapa dia tak buat pembetulan ke, isytihar ke yang dia tulis tu tak betul ? Bukunye itu pun ambo ingat dah banyak kali diulang cetak.

Jadi tok sahlah mamat tu nak jawab bagi pihak Ustaz Dollah, atau buat kajian kononnye buku ni dia tulis waktu dia tak wahhabi lagi, ni dia tulis waktu dia dah wahhabi.

Alah hujah ni biasa geng wahhabi pakai, sampai Imam Asy`ari pun dikatakan mereka sudah ikut mujasimah seperti mereka.

elm berkata...

saya jg kadang masih membaca yaasin malam jumat :) thanks