Ahad, Ogos 06, 2006

Mujahid = Syahid ???

Ikhwah, memandangkan masa masih gawat. Aku hanya ingin menukil sepotong sabdaan Junjungan s.a.w.: " Inna-Allaaha la-yu-ayyidu haadzad-diina bir-rajulil faajir" (Sesungguhnya Allah akan mendokong/menguat/membela agama ini dengan (bantuan) orang yang derhaka." Yakni, kekadang Allah akan mempergunakan orang-orang yang derhaka untuk memperkukuhkan Islam. Antara pengajaran hadis tersebut ialah agar orang yang menegakkan agama merasa sudah selamat atau sudah sempurna dengan semata-mata berjuang menegakkan agama. Takut-takut, niatnya tidak ikhlas, ada agenda pribadi yang kurang tulus. Ada yang ceramahnya berapi-api, khutbahnya menggegarkan mimbar, tapi sayang Subuh entah ke mana. Begitu juga, bukan semua yang berperang itu berjihad, bukan semua yang berjihad itu mati syahid, bukan semua yang gugur syahid memperoleh syahid hakiki, dunia-akhirat. Berhati-hatilah, zaman fitnah telah tiba, kebenaran dan kebatilan bercampur-baur. Jangan terlampau ghairah sehingga lupa pada kebenaran Ahlus Sunnah Wal Jama`ah.

Tiada ulasan: