Haul ke-2 Buya Maliki
Subuh hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan 1425H, kembalilah seorang ulama besar yang ilmunya tetap bersinar dan insya-Allah akan terus cemerlang melalui karangan dan murid-murid asuhannya. Hari ini 15 Ramadhan 1427H, adalah haul ke-2 pemergian almarhum Habib Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki rhm. Beliau adalah merupakan ulama besar dan pembela Ahlus Sunnah wal Jama`ah daripada serangan pentaksub ajaran Wahhabi. Beliau dididik dari kecil dengan asuhan agama, telah menghafal al-Quran ketika usianya 7 tahun dan hafal “al-Muwattha`” pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau meraih gelar doktor ilmu hadits dengan predikat mumtaz di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Muhammad Abu Zahrah. Rehlah ilmiahnya cukup panjang dan luas di bawah bimbingan para ulama yang 'amilin. Pada 2 Shafar 1421 / 6 Mei 2000 beliau telah dikurniakan dengan gelaran "ustadziyyah" atau "professor" daripada Universiti al-Azhar asy-Syarif.
Sebagai ulama dan daie, perjalanan hidupnya juga dipenuhi onak dan duri ujian pancaroba seperti jejak para pendahulu beliau. Pada tahun 80-an, terjadi perselisihan besar antara beliau dengan beberapa ulama Wahhabi (semestinya tidak mengaku Wahhabi) yang didokong oleh Kerajaan Saudi. Beliau telah dituduh sesat, penyebar bid`ah dan khurafat (subhanAllah, jika ulama besar lagi keturunan asyraf yang mulia ini juga tidak terlepas daripada tohmahan dan tuduhan puak mubtadi` Wahhabi-Salafi itu, maka siapakah kita untuk terlepas daripada tuduhan mereka. Oleh itu, jangan gusar apabila dituduh sebagai sesat, syirik dan ahli bid`ah oleh puak-puak tersebut. ) Perselisihan tersebut semakin meruncing sehingga beliau diajak berdialog dengan Syaikh Sulaiman ibnu Mani` al-Wahhabi atas saranan Mufti Wahhabi ketika itu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz al-Wahhabi (tanbih: berhati-hatilah dengan fatwa ulama Wahhabi ini) yang memang bermusuh dengan Habib Muhammad al-Maliki. Syaikh Ibnu Mani` kemudian menerbitkan dialognya dengan Habib Muhammad dalam bentuk buku dengan jodol “Hiwar ma`al Maliki li raddi munkaratihi wa dholalatihi” (Dialog bersama al-Maliki pada menolak kemungkaran dan kesesatannya). Habib Muhammad pula menerbitkan bukunya yang terkenal, iaitu “Mafahim yajibu an tushahhah”. Kitab beliau ini telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh ramai ulama besar dari seluruh pelusuk dunia Islam. Selain daripada itu, ulama-ulama Mesir, Tunisia, Kuwait dan sebagainya telah membuat pembelaan mereka terhadap Habib Muhammad al-Maliki dengan lisan dan tulisan. Kezaliman terhadap beliau tidak berhenti setakat itu, tetapi beliau juga telah ditegah dan dikeluarkan dari mengendali halaqah turun temurun keluarga beliau dalam Masjidil Haram oleh gembung-gembung Wahhabi. Semua ini dihadapi beliau dengan penuh kesabaran, setelah ditegah mengajar dalam Masjidil Haram, beliau mengajar di kediaman beliau di Syari` Alawi, Rushaifah, Makkah, kerana beliau berdakwah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Allah itu tidak mengambil tempat. Murid-murid yang memondok di situ ditanggung segala nafkah makan-minum mereka oleh beliau....Allahu...Allah, bandingkan dengan sesetengah pihak sekarang baru buat website yang kononnya Islami, dah mintak sedekah kiri-kanan, bahkan tak segan silu mintak bahagian zakat, kononnya untuk membiayai "jihad" mereka....Allahu...Allah.
Alhamdulillah, sebelum kewafatan beliau, Allah telah memperlihatkan kejayaan dakwah dan tarbiyah beliau dengan lunturnya sedikit demi sedikit fahaman ekstrem Wahhabi ini dan beliau kembali mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan Saudi. Beliau dimaqamkan di Jannatul Ma'ala dekat dengan maqam nenda beliau Sayyidatina Khadijah ummul mu'minin r.anha. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan menjadikan tempat kedudukannya Syurga yang tertinggi bersama nendanya Junjungan Nabi s.a.w......al-Fatihah.
Sebagai ulama dan daie, perjalanan hidupnya juga dipenuhi onak dan duri ujian pancaroba seperti jejak para pendahulu beliau. Pada tahun 80-an, terjadi perselisihan besar antara beliau dengan beberapa ulama Wahhabi (semestinya tidak mengaku Wahhabi) yang didokong oleh Kerajaan Saudi. Beliau telah dituduh sesat, penyebar bid`ah dan khurafat (subhanAllah, jika ulama besar lagi keturunan asyraf yang mulia ini juga tidak terlepas daripada tohmahan dan tuduhan puak mubtadi` Wahhabi-Salafi itu, maka siapakah kita untuk terlepas daripada tuduhan mereka. Oleh itu, jangan gusar apabila dituduh sebagai sesat, syirik dan ahli bid`ah oleh puak-puak tersebut. ) Perselisihan tersebut semakin meruncing sehingga beliau diajak berdialog dengan Syaikh Sulaiman ibnu Mani` al-Wahhabi atas saranan Mufti Wahhabi ketika itu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz al-Wahhabi (tanbih: berhati-hatilah dengan fatwa ulama Wahhabi ini) yang memang bermusuh dengan Habib Muhammad al-Maliki. Syaikh Ibnu Mani` kemudian menerbitkan dialognya dengan Habib Muhammad dalam bentuk buku dengan jodol “Hiwar ma`al Maliki li raddi munkaratihi wa dholalatihi” (Dialog bersama al-Maliki pada menolak kemungkaran dan kesesatannya). Habib Muhammad pula menerbitkan bukunya yang terkenal, iaitu “Mafahim yajibu an tushahhah”. Kitab beliau ini telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh ramai ulama besar dari seluruh pelusuk dunia Islam. Selain daripada itu, ulama-ulama Mesir, Tunisia, Kuwait dan sebagainya telah membuat pembelaan mereka terhadap Habib Muhammad al-Maliki dengan lisan dan tulisan. Kezaliman terhadap beliau tidak berhenti setakat itu, tetapi beliau juga telah ditegah dan dikeluarkan dari mengendali halaqah turun temurun keluarga beliau dalam Masjidil Haram oleh gembung-gembung Wahhabi. Semua ini dihadapi beliau dengan penuh kesabaran, setelah ditegah mengajar dalam Masjidil Haram, beliau mengajar di kediaman beliau di Syari` Alawi, Rushaifah, Makkah, kerana beliau berdakwah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Allah itu tidak mengambil tempat. Murid-murid yang memondok di situ ditanggung segala nafkah makan-minum mereka oleh beliau....Allahu...Allah, bandingkan dengan sesetengah pihak sekarang baru buat website yang kononnya Islami, dah mintak sedekah kiri-kanan, bahkan tak segan silu mintak bahagian zakat, kononnya untuk membiayai "jihad" mereka....Allahu...Allah.
Alhamdulillah, sebelum kewafatan beliau, Allah telah memperlihatkan kejayaan dakwah dan tarbiyah beliau dengan lunturnya sedikit demi sedikit fahaman ekstrem Wahhabi ini dan beliau kembali mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan Saudi. Beliau dimaqamkan di Jannatul Ma'ala dekat dengan maqam nenda beliau Sayyidatina Khadijah ummul mu'minin r.anha. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan menjadikan tempat kedudukannya Syurga yang tertinggi bersama nendanya Junjungan Nabi s.a.w......al-Fatihah.
19 ulasan:
Allahuakbar!
Semalam, merupakan nisf Ramadhan yg mengingatkan kita dengan pemergian Ulama' 'Amilin yg kita kagumi dan segani lagi sayangi.
Al-Marhum Abuya atau Syeikh Alawi Al-Maliki sangat ana kagumi akan peribadinya dan tulisannya. dengan peluang dan barakah yg Allah beri kebetulan sempenan Seminar di UIA baru2 ni yang ulama' ulama2 kita datang, ana ditaklifkan terjemah sedikit juzu' dr kitab beliau yang masyhur dan mustafid jiddan. Walau tersangat lemah dan banyak kekurangan namun menyelongkar isi kitab itu memang tersangat kagum.
SubhanAllah..
Namun yang teramat mendukacitakan, tanpa disangka kebetulan semasa ana ke bilik Syeikh Hadith di sini, untuk bertanya tentang salah satu takrij hadith tanpa disangka2 ana terjumpalah kita yang berkaitan dengan Syeikh Alawi.
Rasanya tentang hiwar tersebut rasanya. Bagaimana Syaikh Bin Baz mengatakan Syeikh Alawi sesat dan menyuruhnya bertaubat. Allahuakbar!
Kita pelajar, dan kita menilai dan bila ana baca sedih pula rasanya. Emm mudahnya tokoh2 puak2 tu menghukum. Aduhai! Habis ulama'2 yang kita cintai disesatkan. Mereka sangat mudah mentabid' dan menghukum zahir.
Kata mereka: Kita sangat tassub pd mazhab dan menganggap ulama' kita maksum...
Ini isu lama, dan sangat salah pula kenyataannya. Tanpa mereka sedari mereka itulah lebih taasub dengan aliran mereka itu.
Kita cinta pd Ulama' dan hormati mereka kerana mereka itu wajar dihormati kerana menghormati ulama' dan menjaga adab-adab bersama mereka adalah jalan salaf as-soleh mendapat barakah ilmu di sepanjang jalan. Banyak kitab2 sebut tentang ini(bagaimana ulama'2 salaf menjaga adab) termasuk di dalam Risalah Al-Mustarsyidin yg ditahqiq oleh Syeikh Abu-Guddah.
Mereka lupa bukannya kita tidak boleh berkhilaf dengan para Ulama' namun bagaimana kita hadam akan manhaj istinbat ahkam dan mafhum nas dan mahir pula di dalam setiap lapang ilmu syarie dengan daqiq, rasikh, damiqhah maka bolehlah kamu ingin berkata kamu ingin berselisih dengan ulama'.
Namun disebabkan kita sekarang isu aqidah tidak selesai, manhaj tidak faham, adab tidak jaga, berada di dalam kekeliruaan, fitnah sana-sini, baca buku sikit2 ceduk sana sini sudah kata faqeh di dalam agama.
Ana teringat akan sahabiah ana dr Us yang seorang Syafie suaminya mengajar talqqi Feqh Syafie dan anak murid kepada Syeikh Ali Jum'ah berkata; Ulama'-ulama' dahulu masyarakat dahulu sangat boleh membina tamadun kerana mereka itu tidaklah mcm kita sekarang, disebabkan sangat tersohor fitnahnya, maka mudah kita ambil dr buku2 tertentu tanpa berguru dengan guru yang sohih pula.
Ini adalah fitnah besar sekarang. Moga2 Allah suluh hati kita dengan Nur Iman yang tetap hingga ke akhir.
Moga2 Allah mencucuri RahmahNYA kepada roh Syeikh Alawi Al-Maliki Al-Hasani.
assalamu'alaykum ...
setahu kami kitab "hiwar" oleh sulaiman mani' itu palsu kerana tidak pernah ada dialog tersbut.seperti mana yg terkandung dlm sambutan ulama' terhadap kitab Mafahim Yajibu an Tushaha.
Sidi Ghumari,kemungkinan untuk tidak berlakunya hiwar secara rasmi memang wujud, mungkin abuya hanya dipanggil dan dialog tak sampai 5 minit berlaku tetapi Ibnu Mani` atau namanya telah digunakan untuk sebuah buku dengan jodol hiwar tersebut. Dan buku hiwar Ibnu Mani` ini telah ditolak dan dijawab oleh berbagai ulama sebagai pembelaan terhadap Buya Maliki antaranya oleh Syaikh Yusuf ar-Rifa`i.
Jadi apakah benar wujud hiwar itu, kita tidak dapat pastikan, sebagaimana yang aku katakan tadi mungkin hiwar itu cuma pertemuan biasa sahaja yang dipropagandakan sebagai hiwar, walau bagaimanapun memang ada dikeluarkan buku Hiwar ma`a al-maliki tersebut.
Org wahabi ni seperti lah sama macam anakin skywalker dalam cerita star wars tuh. asalnya nak belajar the dark side of the force untuk menyelamatkan padme amidala tapi in the end dia sendiri menyebabkan kematian padme amidala.
sama jugalah org wahabi nak menyatukan umat Islam berdasarkan la mazhabi tp in the end dia juga yang memecah belahkan org Islam.
nota kaki: walaupun star wars tuh cerita tahyul tp dari situ banyak pengajaran juga antaranya berkenaan analogi wahabi. so never underestimate the dark side of the force.hehehe
Salam untuk Ikhwan,
Nantikan tarjamah ke Bahasa Melayu Kitab Tahqiqul Amal Fiima Yanfa'ul Mayyiti Minal 'A'mal (Kajian Mendalam Keatas Manfaat Amalan Hidup Terhadap Para Arwah) oleh Alm Prof Sayyid Muhd 'Alawi Al-Maliki Al-Hassani. Tarjamahan oleh Abu Mazaya Al-Hafiz di terbitkan oleh Perniagaan Jahabersa.
Kitab ini membincangkan tentang dalil-dalil amalan soleh sebagai hadiyyah dari yang hidup kpd yang telah wafat.
Satu renungan: Al-Imam Al-Haddad Sohibur Ratib pernah berkata tentang para 'ulama solihin "They shall not know our worth until we leave them...when he becomes a tomb, then they know his worth" (Sufi Sage of Arabia, Imam Abdullah bin 'Alawi A-Haddad, ms 187-188). "Mereka tidak akan sadar nilai kita, sampai kita meninggalkan mereka...bila dia sudah jadi kuburan, baru mereka sadar nilainya".
'Ba laa', nilai jelek 'ulama bis suu' (kita sudah sedia maklum siapa 'ulama tersebut!)juga lebih diketahui sesudah wafatnya. MasyaAllah
Wa lillahi turja'ul 'umur
Boleh tau siapakah Abu Mazaya Al-Hafiz tu? Adakah dia salah seorang murid Buya Al-Maliki di Malaysia ni? Kalu sanad dia direct dari Abuya macam Syeikh Fahmi ngan Syeikh Fuad lagi sedap baca. Banyak barokah. Sebab difahamkan dari ulama2 tradisi, mereka mementingkan kebenaran dari waris2. Wallhualam
Aku pun tak berapa kenal dengan Abu Mazaya, katanya asal daripada Indonesia.
Cuma dia ada juga terjemah buku Ibnu Qayyim, kalau tak silap.
mengenai kitab beliau yaitu Mafahim Yajibu an Tushaha, saya mempunyai buku dalam bahasa indonesia berjudul "meluruskan pemahaman" merupakan terjemahan dari kitab berjudul"hadzihi mafahimuna" karangan shalih bin abdul aziz bin muhammad al syaikh tahun 1406 H, yang isinya membantah kitab Mafahim Yajibu an Tushaha, yang ingin saya tanyakan, apakah beliau sudah menanggapi kitab tersebut, jika tidak apakah berarti bahwa hujjah kitab "hadzihi mafahimuna" lebih kuat dari mafahim?
Cik Nony, kat luar tu berlambak buku yang mempertikaikan ajaran Islam karya puak yahudi, nasrani dan lain-lain. Tidak semua yang ditulis mereka telah dijawab oleh para ulama kita secara bertulis. Maka adakah ini bermakna hujjah mereka lebih kuat dan benar daripada Islam ? Kekadang diam itu adalah jawapan yang ampuh dan hujjah kepada orang ahmaq.
Cik Nony, sebenarnya segala tuduhan dan tohmahan geng Wahhabi tersebut telah ditanggapi oleh Buya Maliki dengan Mafahimnya yang sudah banyak kali ulang cetak kerana kedua-dua karangan tersebut adalah lebih kurang semasa. Di samping itu kemudian Buya Maliki menulis "Minhajus Salaf fi Fahmi an-Nushush bayna al-Nadzariyyah wath Thathbiq" sebagai melengkapkan lagi Mafahimnya itu.
Dengan itu buku Alu Syaikh itu sudah lama terjawab baik dalam karangan-karangan Buya Maliki. Alu Syaikh sendiri hanya berani menyatakan Hadzihi Mafahimuna, ya ikut kefahamannya dia, justru tidak semestinya kefahaman orang lain.
Mana Sholih alu Syaikh (marga yang ngak punya marga) ketika gelar Ustaziyyah diberi oleh al-Azhar asy-Syarif kepada Buya Maliki ????
Mana Alu Syaikh ketika Buya Maliki diundang dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertaskerja berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ruya Manhajiyyah Syamilah", beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil irhab wa ifsad al-mujtama`".
Cik Nony yang aku rasa saudara dari seberang, janganlah termakan dakyah Majalah al-Furqon yang penuh fitnah terhadap NU, para habaib dan kaum tua. Itulah golongan yang bermuka-muka untuk menarik petrol dollarnya kerajaan Pak Saud. Takkan ke mana perjuangan mereka itu.
Cik Nony, silalah telaah kitab Minhajus Salaf tersebut.
Assalamu alaikum saya sebagai orang awam sangat perlu bertabayyun mengenai artikel di bawah ini yang saya ambil di www.sidogiri.com, mohon tanggapannya
KESESATAN - KESESATAN ALAWI ALMALIKI
muqodimah kitabnya yang tercela yang dinamakan Ad Dzakho'ir Al
Muhammadiyyah. Dalam buku itu dia menisbatkan sifat-sifat ilahiyyah
kepada Rasulullah, semisal: "Rasulullah memegang kunci-kunci langit
dan bumi, beliau berhak membagi tanah di surga, mengetahui perkara
ghaib, ruh, dan lima perkara yang hanya diketahui Allah, makhluk
diciptakan karena beliau, malam kelahirannya lebih agung ketimbang
lailatul qadar, dan tidak ada sesuatu yang terjadi kecuali karena
beliau". Contohnya dia mengakui qosidah-qosidah yang dia nukil dari
kitab Ad Dzakho'ir yang berisi istighotsah dan meminta perlindungan
kepada nabi, sebab beliau adalah tempat berlindung ketika terjadi
musibah. Karena kemana lagi berlindung kalau bukan kepadanya, dan
masih banyak lagi...Dan sungguh menggelisahkan saya munculnya
kemungkaran yang jelek ini, bahkan sebagiannya jelas-jelas bentuk
kekufuran nyata dari Muhammad Alwi Al Maliki.
Sebagaimana banyak ulama merasa sesak dengan banyaknya kesesatan dan
kesyirikan yang dia tulis dibukunya, terutama Lembaga Ulama-Ulama
Besar. Oleh karena itu Lembaga tersebut menerbitkan keputusan no. 86
tgl 11/11/1401 H, berupa pengingkaran kepada dakwah Al Maliki yang
mengajak kepada syirik, bid'ah, kemungkaran, kesesatan dan
menjauhkan dari petunjuk salaf umat ini berupa akidah yang selamat
dan peribadatan yang benar kepada allah dalam uluhiyyah dan
rububiyyah-Nya".(lihat Muqoddimah kitab Syaikh Abdullah bin Mani'
ini).
Al Maliki juga menulis juga menulis kitab lain yaitu Mafahim Labudda
An Tushohhah (Namun patut disayangkan kitab ini telah telah
diterjemahkan oleh penerbit berinisial PZZ,dengan judul yang kami
singkat PYHD, Namun Al Alhamdulillah Majalah Al Furqon edisi
8/tahun III/Rabiul Awwal 1425 hal 19 telah memberikan bantahan
singkatnya yang diterjemahkan dari kitab Syaikh Shalih bin Abdul
Azis Alu Syaikh ). Kitab ini tidak jauh beda dengan kitab yang
pertama tadi. Oleh karena itu dibantah oleh Syaikh Shalih bin Abdul
Azis alu Syaikh ( MenAg Saudi Arabia sekarang ) dalam kitab Hadzihi
Mafahimuna. Dalam kitab tersebut Syaikh Shalih membongkar kedok Al
Maliki yang katanya ahli hadits itu. Ternyata dia bukan ahli hadits.
Dengan indikasi ini, kami yakin kitab yang disarankan untuk dibaca
isinya kurang lebih sama. Maka silahkan membaca dua kitab tersebut
agar memahami kebenaran yang sesungguhnya.
::: KESIMPULAN :::
Kitab penuh penyimpangan aqidah karya Muhammad alwi al maliki :
1.Ad Dzakho'ir Al Muhammadiyyah
2.Mafahim Labudda An Tushohhah
Wa 'alakumus salam,
Yasir, kamu dah baca ke betul-betul semua threads,posting dan artikel yang ada kat sidogiri tu. Kamu jangan baca tak abis. Apa yang kamu pastekan kat sini bukan asalnya daripada Sidogiri, tetapi thread geng milis as-sunnah (al-wahhabi), kamu jangan nak mengelirukan dengan menjual nama Sidogiri, lepas tu kamu datang kat sini dan paste khabits tu kat sini kononnya nak tabayyun. Allahumma inni shoim, Aku ni puasa, kalau tidak bukan takat tabayyun, dengan hayun dan hentak aku bagi.
Lembaga Ulama Saudi ke yang kamu nak jual kat sini. Daganganmu ngak laku di sini, sini Sunniyyun Syafi`iyyun Alawiyyun. Kamu bawaklah daganganmu ke tempat lain.
Bagaimana sokongan dan pujian ulama-ulama besar terhadap Buya Maliki ??? Kamu nak ketepikan ke? Karangan Buya Maliki, ditelaah oleh ramai ulama besar dunia, kalau tak salah aku lebih 30 orang min kibarul ulama yang telah memberi taqrith mereka untuk kitab Mafahim tersebut. Jadi aku tak perlukan dua tiga Ulama Rasmi Saudi tu? Kamu dah baca ke betul-betul Mafahim yang diberi taqrith oleh puluhan ulama besar dunia tu ?
Antara ulama besar yang telah memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab Mafahim ialah:-
1. Syaikh Hasanain Makhluf;
2. Syaikh Muhd al-Khazraji;
3. Syaikh Muhammad an-Najjar;
4. Habib Abdul Qadir as-Saqqaf;
5. Sayyid Abdullah Kanun al-Hasani;
6. Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim;
7. Sayyid Yusuf ar-Rifa`i;
8. Dr. Abdul Fattah Barakah;
9. Dr. Ahmad Umar Hasyim;
10. Syaikh Muhammad as-Sanrawi;
11. Dr. Abdul Ghani ar-Rajihi;
12. Sayyid Ahmad al-'Audh;
13. Syaikh Muhammad an-Naifur;
14. Syaikh Muhd Faal al-Banaani;
15. Syaikh Muhd Salim 'Aduud;
16. Syaikh Yusuf ash-Shiddiqi;
17. Syaikh Abdullah al-Ghumari;
18. Syaikh Abdul Aziz al-Ghumari;
19. Sayyid Muhd bin Ali al-Habsyi;
20. Sayyid Ibrahim bin 'Aqil;
21. Syaikh Muhd Malik al-Kandahlawi
22. Syaikh Muhd Ubaidulah al-Mufti;
23. Dr. Abdur Razzaq Iskandar;
24. Syaikh Muhd Yusuf al-Banuri;
25. Sayyid Muhd Abd. Qadir Azad;
26. Syaikh Nafis al-Husaini;
27. Syaikh Ali Ashghar;
28. Syaikh Muhd Abdul Wahid;
29. Prof. Dr. Hasan Qaribullah;
30. Prof. Ahmad 'Athar;
31. Sayyid Ahmad Muhd Zabbarah;
32. Syaikh Asad bin Hamzah;
33. Sayyid Abdul Hadi 'Ujail;
34. Syaikh Muhd Hizam al-Muqrimi;
35. Syaikh Ahmad Ali al-Washabi;
36. Sayyid Muhd bin Sulaiman;
37. Syaikh Abd Karim bin Abdullah;
38. Syaikh Husain bin Abdullah;
39. Sayyid Muhd Ali al-Baththah;
40. Syaikh Muhd Ali Mukram;
cukup 40, ada lagi, tapi tak laratlah nak tulis.
Nama kitabnya "MAFAAHIM YAJIBU AN TUSHAHHAH", tak tahu pulak nama kitab "Mafahim la budda an Tushahhah"????
Bila ulama Wahhabi menulis, habis semua disesatkannya...dan kerja2 golongan ini tak habis-habis nak tuduh orang sesat.
assalamu alaikum
alhamdulillah ada tanggpapan balik tapi
apa yang saya pastekan itu benal2 dari situs sidogiri ini alamat lengkapnya
http://sidogiri.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=3267#3267
Wa 'alaikumus salam,
Betul kamu ambil dari Sidogiri, tetapi bukan asal dari sana. Ianya dipost sama geng milis as-sunnah (wahhabi) dalam forum tersebut dengan nama usernya den bagus.
Assalamu'alaikum
Sungguh siapa sahaja yang buat ini blog, ana ta'jub pada ini blog. Smoga bisa menjadi penyatu para Ahlus Sunnah wal Jama'ah di seluruh dunia Aamiin. Sungguh di Indonesia banyak murid dari Sayyidina Alawawi Al Maliki yang murid murid beliau itu telah mempunyai banyak murid pula. Sperti kyai Pesantren Langitan dan KendalKaliwungu
banyak yg saya tidak tahu pasal ulama ini..abu mazaya al hafiz...saya jumpa kat buku senjata mukmin je...ke org lain yg karang buku ni...
Catat Ulasan